follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, April 28, 2011

Tips Berdepan Dengan Hantu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Mau kongsikan tips ni yang diemelkan kepada saya oleh seorang sahabat beberapa tahun yang lepas (bunyi macam lama sangat dah :P). Layankan ajer okeh! Tengah kelam kabut untuk update entri terakhir sebelum naik bas kul 10.30 am ni, nak balik bercuti sampai hari Selasa depan.

Okeh mari lihat tipstips berikut...



Tip 1: Hantu Pocong

  • Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir

  • Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak


  • Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya


  • Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah


  • Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung


  • Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan.

Tip 7: Hantu Toyol


  • Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. Nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... Lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Tip 8: Hantu Ponteng


  • Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 cam korang lerrr. Takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu blogging macam sekarang nih. Sah-sah tengah ponteng nie. Macamana nak jawab? Korang sendiri gak jadik hantu. Jadi bawak-bawaklah buat kerja... hehehehehe...
  • TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU
Gurau je okeh! :)


Doa Masuk Rumah




Bertindaklah Sekarang Jika Kamu Seorang Muslim

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...
Sedang blogwalking malam tadi, tiba-tiba terjumpa satu entri mengenai gambar di bawah. Maka saya merasa bertanggungjawab untuk menyebarkannya kepada kamu semua yang bernaung di bawah agama Allah. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya. Diharapkan kamu semua juga akan melakukan perkara yang sama setelah melihat apa yang terpapar di bawah  ini...



Melihat kepada gambar profilenya saja mungkin kamu sudah dapat mengagak maksudnya. Semudah itu dia menghina agama Islam. Masih kurang jelas?! Lihat gambar di bawah ni pula. 


Jadi apa yang perlu kamu lakukan?! Ikut saja langkah 1 hingga 4 di bawah untuk sama-sama melaporkan perkara ini. Kita wajib perangi musuh Allah. Sekiranya owner profile ni adalah seorang Muslim, laknat Allah ke atasnya!


Klik mana-mana gambar di atas untuk ke profile makhluk itu...


Wednesday, April 27, 2011

Jom Join Bloglist Jamal

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...


ARAHAN DARI PIHAK PENGANJUR:
Cerita la sikit kenapa korang nak masuk bloglist Jamal ini dan kenapa Jamal patut pilih blog korang. Kalau ade masa lebih tue, cerita la kenapa tertarik dengan blog Jamal nie dan tolong berikan teguran supaya boleh dibuat penambah baikkan nanti ye.

JAWAPAN SAYA:
  • Mustilah kena masuk bloglist Jamal kalau nak dapat trafik tambahan dari blog Jamal (ayat terus terang ni, tadak cover2!)
  • Kenapa patut pilih blog saya?! Hurmmmm, macam soalan interview je neh! Sebab saya sangat layak?! Hahahaha... Sebabnya, blog saya ni pun ada banyak informasi biarpun cikai2 camni jer. Pastu, saya ni kalau ada masa lapang, confirm akan update blog, so takdelah blog saya ni duk dalam list paling bawah dalam bloglist tu nanti. Hari-hari akan bertukar tajuk latest entri. Bukan tajuk yang sama duk terpampang selama sebulan.
  • Satu yang saya suka pasal blog Jamal sebab tutorial dan tips yang disediakan tu nampak manfaatnya pada blog saya. Dan yang paling penting blog Jamal tak berat.
  • Pasal penambahbaikkan, saya tak terfikir la pulak apa yang perlu ditambah, apa yang perlu dibaiki.

Okeh, itu sajalah kata-kata dari saya. Sekian terima kasih!


Mari Sertai Bloglist Bangku Kosong

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Assalamualaikum...

Bloglist Bangku Kosong kini dibuka sekali lagi untuk pernyertaan. Jika kamu inginkan blog kamu tersenarai dalam bloglist beliau, mari sama-sama menyertainya. Sila klik banner untuk maklumat lanjut.


Pesanan buat HH: Anda punya blog sudah lama berada di pasaran okeh... ;) Jangan buat-buat tak perasan pulak! (ayat bodek, aci tak?!)


 

Walaupun blog saya sudah berada dalam bloglist beliau, tapi mana la tau dibuatnya beliau ingin merombak kembali bloglist tersebut, tak ke naya?! Maka dengan ini, saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyertai segmen ini lagi...


Mrs Fiza Giveaway

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Assalamualaikum... Sudah lama tak join contest/giveaway/segment... Bz (kononnya la....). Baik, petang ni saya sedang merajinkan diri untuk join giveaway ni. 
 
 

 Tarikh Tutup : 18 May 2011 (3pm)

 Maklumat lanjut, sila klik banner di atas...



Apabila Surau Dijadikan Kedai Kopi!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Firstly, saya ingin mohon ampun dan maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut kepada sesiapa yang berkaitan yang bakal kecik hati, marah, terasa, touching, benci, tersinggung atau apa-apa perasaan negatif yang lain setelah membaca entri ini. Saya cuma ingin menegur. Ingin ditegur secara face-to-face, nanti ada pulak yang tarik muka, muncung sejengkal sampai boleh diikat dengan getah, mula la nak mengumpat, mula la tak mau bertegur sapa dah. Maka, kalau lepas baca ni, mulai besok, tolonglah jangan buat lagi.


Pernahkah kamu menghadapi situasi ini?! Kamu ingin menunaikan solat, namun 'jemaah menteri' sedang mengadakan 'mesyuarat tergempar' di belakang kamu?!

Sebab tu la waktu solat Zuhur saya selalu postponed kepada selepas jam 2pm. Waktu diantara jam 1tgh-2ptg adalah waktu surau itu dijadikan kedai kopi oleh 'astro-astro' itu. Macam mana mau solat dengan aman dan kusyuk, kalau orang yang duduk 'huhahuha' kat belakang tu sangat membingitkan telinga?! Ruang surau tu dah la kecik saja, dinding pulak tile, bila ada bunyi pasti akan bergema, suara yang rendah pun boleh jadi kuat ditambah dengan bilangan 'jemaah menteri' yang ramai.

Setiap hari bekerja, itulah rutin mereka. Jam 1tgh, berkumpul beramai-ramai dalam surau kemudian bukak macam-macam cerita, sehinggakan ada seorang sahabat ni pernah bercerita kepada saya yang dia hampir tergelak semasa sedang solat kerana 'jemaah menteri' di belakang sedang buat lawak. Ada juga yang merasa geram, mengumpat dalam hati (masa solat ni). Tak pasal-pasal dapat dosa free. Lalu solat menjadi tidak kusyuk.

PESAN KAMI YANG PRIHATIN:
  • Jangan jadikan surau sebagai kedai kopi.
  • Lepas selesai solat, tinggalkan surau.
  • Jika ingin bersembang, sila keluar dari surau.
  • Hormati orang lain yang ingin menunaikan solat.
  • Hormati fungsi surau.
Kesimpulannya:

TOLONG JANGAN BISING DALAM SURAU!!!!!


Hana Tajima Simpson Memeluk Islam Kerana Kagum Kandungan Al-Quran

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...

"I have always found the vision of beauty in Islam incredibly inspiring." - Hana Tajima

Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.


Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.


Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai  tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap  sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita. Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.


Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan,  dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.

   
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.


Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami  fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya. Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam.

 

Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.

 
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Hana, bolehlah melayari blog peribadi Hana Tajima Simpson dan blog fesyen Hana, Style Covered.


Doa Menghadapi Pekerjaan Yang Sukar dan Sulit


Rujukan :  Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia


Tuesday, April 26, 2011

10 Tempat Paling Menakjubkan Di Dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum..

Berikut merupakan pemilihan 10 tempat dengan lanskap paling menakjubkan di dunia berdasarkan penemuan dalam blog-blog sepanjang tahun 2010 oleh Top 10 Source.
Merupakan 'blue hole' terdalam di dunia dengan kedalaman 202 meter (663 kaki) yang terletak di barat Teluk Clarence Town , Long Island, Bahamas
 
Bentuk muka bumi ini terhasil daripada batuan pasir yang dianggarkan berusia 190 juta tahun.

8. HUTAN BATU SHILIN, YUNNAN CHINA
Batuan tinggi ini kelihatan seperti tumbuh dari tanah secara stalagmite, dengan kebanyaknya kelihatan seperti pokok-pokok batu yang memperlihatkan ilusi sebuah hutan yang diperbuat daripada batu.  Dikenali sebagai "Keajaiban Dunia Yang Pertama" sejak Dinasti Ming (1368-1644 masihi)

 7. PULAU SOCOTRA, YAMAN
Merupakan kediaman bagi lebih daripada 800 spesis tumbuhan, sebahagian 240 daripadanya merupakan endemik kepada pulau itu yang tidak boleh ditemui dari tempat lain di dunia. Walaupun dengan iklim yang panas dan kering, namun tumbuhan yang paling menakjubkan tumbuh subur di sana. Lagi gambar Pulau Socotra di [SINI].

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan, terdapat sebanyak 1776 bukit yang terletak pada keluasan 50km persegi (20 batu persegi). Bukit-bukit ini dilitupi dengan rumput hijau yang akan bertukar menjadi perang/coklat semasa musim kering yang bmembawa kepada penamaan kawasan tersebut.

5. SUBMERGE FOREST, PATAGONIA
Terletak pada kedalaman 30 meter di dasar Tasik Traful, Patagonia, hutan terendam (submerge forest) ini mewujudkan semula lanskap fantasi yang mampu mempesonakan mereka yang berani menyelam di antara pohon-pohon gergasi yang hampir sempurna.

4. TASIK LAHAR, HABSYAH (ETHIOPIA)
Terletak di timur laut Habsyah, sumber hangat dan cahaya yang aneh yang muncul dari perut bumi: merupakan tasik lahar gunung berapi Erta Ale. Ia merupakan 1 daripada hanya 4 tasik lahar di dunia.

3. PULAU YAKUSHIMA, JEPUN
Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia semulajadi pada tahun 1993. Yakushima merupakan daerah paling lembab di Jepun dengan hujan dikatakan turun 30 hari sebulan.

2. HUTAN BULUH SAGANO, JEPUN
Hutan buluh ini merupakan hutan buluh yang paling indah di Jepun. Suara yang dihasilkan oleh hutan bambu ini dari tiupan angin telah dipilih sebagai "100 Suara Jepun Yang Mesti Dikekalkan" oleh kerajaan Jepun. Pada tahun 1870an semasa Thomas Edison mencari buluh yang bagus untuk dijadikan bahan filamen bagi mentol lampu awalnya. Gabenor Kyoto telah menyarankan dua sumber untuk buluh yang mana ini merupakan salah satu daripadanya, dan Edison memilih yang sebaliknya.

1. TAMAN NEGARA RICHTERSVELD, AFRIKA SELATAN
Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1997.


Doa Keluar Dari Rumah




Monday, April 25, 2011

8 Habitat Paling Terancam Di Dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Berikut merupakan 8 tempat di planet bumi yang disenaraikan sebagai tempat paling terancam dan bakal melenyapkan habitat semulajadi yang membawa bersama kepupusan beribu spesis haiwan dan tumbuhan yang merupakan penghuni peribumi kawasan tersebut. 

8. MADAGASCAR

Imej dirakam pada 4 June 2003 menggunakan MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) dari satelit Terra NASA. Photo courtesy: NASA

Madagascar yang suatu ketika dahulu yang mana keseluruhan kawasannya dilitupi dengan kehijauan dan kesuburan tumbuh-tumbuhan, kini telah menyaksikan kemusnahan hampir 80% daripada kawasan hutan hijau tersebut. Kawasan lapang merah keperangan seperti yang kelihatan dalam imej sebenar di atas merupakan imej satelit utara Madagascar yang diperolehi pada 24 May 2000 oleh satelit Terra NASA.

Pulau yang terletak di pesisir laut timur Africa ini merupakan kediaman bagi 21 juta penduduk. Menurut Conservation International, pulau tersebut juga merupakan habitat bagi 8 spesis keluarga tumbuhan, 4 spesis keluarga burung dan 5 spesis keluarga primat, termasuk 50 spesis pukang yang tidak boleh ditemui di tempat lain.

Berikutan aktiviti penternakan gembala, pembalakan dan 'pertanian tebang dan bakar', kini hanya 17% tumbuhan asal Madagascar yang masih tinggal. Ditambah pula dengan spesis ceroboh yang menghancurkan flora dan fauna tempatan. Pada May 2010, BirdLife International, sebuah agensi perlindungan alam sekitar telah mengesahkan bahawa Alaotra Grebe, sejenis burung air, telah pun mengalami pupus. Kepupusannya dikaitkan dengan kombinasi ancaman dari pukat nelayan dan ikan karnivor bukan peribumi kawasan tersebut.


7. BORNEO

 Imej dirakam pada 31 Ogos 2005 menggunakan MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) dari satelit Aqua NASA. Photo courtesy: NASA

Hutan hujan daripada gabungan antara tiga buah negara iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia, merupakan habitat asal bagi Orang utan Borneo, badak Sumatera, dan sekurang-kurangnya 1,000 ekor gajah kerdil yang merupakan keunikan fauna bagi pulau tersebut.

Kepelbagaian biodiversiti kawasan tersebut sangat mengkagumkan: Menurut World Wild Fund for Nature (WWF), antara July 2005 dan September 2006 sahaja, 52 spesis baru flora dan fauna telah ditemui dalam hutan hujan Borneo. Malangnya, hutan hujan tersebut turut terancam. Menurut laporan WWF, Borneo Indonesia telah kehilangan lebih daripada 1.21 juta hektar hutan hujan setahun antara tahun 1997 dan 2000. Pembalakan haram, pembakaran hutan dan perluasan penanaman kelapa sawit merupakan antara penyebab utama.


Sementara itu, menurut laporan yang sama, perdagangan secara haram bagi haiwan liar yang dilindungi merupakan perniagaan yang mencecah nilai billion Euro setahun di Indonesia. Orang utan menpunyai nilai yang sangat tinggi. Tinjauan pada 2003 oleh kumpulan pemerhati perdagangan hidupan liar TRAFFIC, mendapati bahawa Indonesia telah menyita sebanyak 30 ekor orang utan daripada individu yang disyaki sebagai pengedar haiwan liar dalam tempoh hanya sebulan.


6. MICRONESIA & POLYNESIA


Digelar sebagai "pusat gempa bumi kepada kepupusan global semasa" oleh Conservation International, segelintir daripada lebih 4,000 pulau Pasifik Selatan berhadapan dengan risiko daripada aktiviti penduduk setempat dan perubahan iklim global. Manusia mula menduduki pulau-pulau tersebut sekitar 2,000 ke 3,000 tahun dahulu. Menurut ulasan dalam Journal Sains Arkeologi pada tahun 1989, ribuan spesis burung telah pupus ejak penempatan manusia bermula di situ.

Perburuan dan pertanian dinyatakan sebagai pendorong kepada kepupusan tersebut, namun spesis ceroboh dikatakan memainkan peranan yang besar. Menurut satu kajian dalam journal Oryx pada tahun 1992, salah satu penyerang terburuk adalah tikus biasa yang menjadikan burung dan reptilia seakannya sebagai mangsa.

Pulau Mounu, Vava'u, Tonga, Pasifik Selatan. Photo courtesy: dreamstime

Sementara spesis ceroboh merosakkan pulau-pulau tersebut dari dalam, pemanasan global pula mengancam dari luar. Menurut Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), peningkatan sebanyak satu meter paras laut boleh menenggelamkan 4 batu persegi (10km persegi) daripada 100 batu persegi (257km persegi) pulau Tongatapu, Tonga. Gelombang air laut daripada ribut tropika akan menenggelamkan tambahan 27 km persegi. Pulau-pulau rendah lain juga turut mengalami nasib yang sama. 


5. ARIZONA, NEW MEXICO & CHIHUAHUAN DESERT: SKY ISLANDS

Pergunungan Chiricahua, Arizona. Photo courtesy: dreamstime

Pulau khususnya sangat terdedah kepada ancaman kerana keterpencilannya. Spesis yang berevolusi berhampiran dengan persekitaran pulau mungkin tidak dapat menerima perubahan terhadap habitat semulajadi mereka.

Tetapi tidak semua pulau dikelilingi oleh air. Di arizona, New Mexico dan Chihuahua, Mexico, puncak gunung mencapai ribuan kaki di atas lantai padang pasir. Pada iklim mikro yang lebih sejuk di puncak "pulau-pulau" tersebut, terdapat kantungan biodiversiti yang hidup dengan subur. Menurut Sky Island Alliance, separuh daripada spesis burung Amerika menjadikan puncak pergunungan tersebut sebagai habitat mereka. Begitu juga dengan 104 mamalia, termasuk jaguar, ocelot (spesis kucing hutan) dan javelina (spesis 'kerbau pendek').

Selain gangguan daripada manusia yang telah mengancam habitat haiwan-haiwan tersebut, pemanasan global dan pengeringan juga merupakan petanda buruk bagi 'sky island'. Sementara suhu meningkat, lereng-lereng gunung menjadi semakin gersang, yang menyebabkan habitat spesis penghuni puncak gunung semakin mengecil.


4. LEMBAH MEDITERRANEAN


Lingkaran garisan pantai yang mengelilingi Laut Mediterranean telah dihuni dengan kepadatan manusia sekurang-kurangnya sejak 8,000 tahun dahulu. Mungkin kelihatan aneh untuk menganggap kawasan yang berpenghuni tersebut sebagai terancam. Namun menurut Conservation International, pantai-pantai Mediterranean merupakan kediaman bagi 22,500 spesis tumbuhan, 4 kali ganda lebih daripada seluruh gabungan negara-negara Eropah. Separuh daripadanya hanya boleh ditemui di sini.

Walaupun industri pelancongan merupakan penyumbang besar kepada ekonomi kawasan tersebut, namun pembangunan terhadap kawasan pantai secara langsung mengundang pelancong untuk menjadi ancaman kepada flora asli. Aktiviti penebangan hutan, pembakaran dan pengembalaan telah memusnahkan 95% tumbuh-tumbuhan Lembah Mediterranean.

Kawasan tersebut juga merupakan habitat bagi Iberian lynx dan Monachus (Mediteranean monk seal), masing-masing merupakan spesis kucing dan anjing laut paling terancam di bumi menurut International Union for Conservation of Nature (IUCN). Hanya tinggal lebih kurang 500 monk seal dan 150 Iberian lynx yang selamat di persekitaran asalnya.

3. HUTAN TROPIKA ANDES

Imej dirakam pada 2 September 2007 menggunakan MODIS (Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer) dari satelit Aqua NASA yang menunjukkan Pergunungan Andes Bolivia yang terletak kira-kira 250 km di tenggara la Paz, ibu negara Bolivia. Imej perang dalam imej di atas merupakan kesan penebangan hutan. Photo courtesy: NASA

Rangkaian pergunungan ini terbentang di pantai barat Amerika Selatan dari Bolivia ke Chile. Kawasan tersebut merupakan habitat bagi 1/6 dari kesemua tanaman hidup di muka bumi. Lebih daripada 660 spesis amfibia menjadikan tropika Andes sebagai habitat, 450 daripadanya telah disenaraikan sebagai terancam oleh IUCN pada tahun 2004. Spesis yang paling terancam adalah yellow-tailed woolly monkey yang sebelum ini pernah dianggap pupus, banyak berkeliaran dalam hutan Andes. Begitu juga dengan satu-satunya spesis beruang di Amerika Selatan, spectacled bear.

Andes buka sahaja sangat kaya dengan kepelbagaian flora dan faunanya, tetapi juga kaya dengan sumber semulajadi. Menurut Conservation International, minyak dan gas telah ditemui dalam wilayah tersebut dan syarikat-syarikat mula membina jalan raya dan saluran paip melalui kawasan sensitif. Empangan hidroelektrik mengancam ekosistem sungai. Penebangan hutan yang disebabkan oleh pertanian, khasnya penanaman kopi, menjadikan burung yang berasal dari kawasan tersebut kehilangan tempat tinggal.


2. ANTARTIKA

Pengguin Emperor dan pasangannya. Credit: British Antarctic Survey
Antartika terkenal dengan 'padang pasir' sejuknya yang mana suhu musim sejuk biasanya jatuh serendah -94 darjah Fahrenheit (-70 darjah Celcius). Namun disebalik benua yang tandus ini, terdapat banyak hidupan laut termasuk pengguin, burung laut, anjing laut dan ikan paus. Bahkan laut dalam tergelap, Laut Weddell di Antartika Barat merupakan harta karun kehidupan: Kajian mengenai Laut Weddell yang diterbitkan dalam journal Nature pada tahun 2007 menemui lebih daripada 700 spesis baru, termasuk lelabah laut, span karnivor dan sotong kurita.

Ancaman kembar daripada pemanasan global dan penangkapan ikan secara berlebihan mengancam biodiversiti Antartika. Satu laporan yang dibuat oleh WWF memberi amaran bahawa sekiranya suhu global meningkat 3.6 darjah Fahrenheit (2 darjah Celcius) di atas purata pra-industri, ais laut di Southern Ocean boleh menyusut diantara 10 ke 15 peratus. Jika itu berlaku, spesis yang bergantung kepada ais akan kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan. Pada masa ini, amaran mengenai penangkapan berlebihan krill (sejenis udang yang menjadi rantai makanan asas Antartika) boleh mengancam keseluruhan ekosistem.


1. ARTIK

Beruang kutub. Credit: U.S. Fish & Wildlife Service

Artik diibaratkan sebagai ground zero bagi perubahan iklim. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal Nature pada April 2010, suhu di sana telah meningkat hampir dua kali ganda purata global,  mungkin disebabkan oleh pencairan ais.

Pencairan ais merupakan berita buruk bagi mamalia besar di Artik. Menurut Penilaian Kesan Iklim Artik (ACIA) pada 2004, beruang kutub akan mengalami kepupusan sekiranya lautan Artik tidak lagi kekal beku sepanjang musim panas. Karibu dan rusa kutub boleh kehilangan daerah mencari makanan kerana pemanasan menyebabkan perubahan tumbuhan di kawasan tundra. Peningkatan aras laut boleh memusnahkan hampir separyh daripada kawasan bersarang bagi sesetengah burung berhijrah.

Namun pemanasan Artik bukan sahaja memberi kesan buruk kepada organisma yang menetap di sana. Kesan daripada pencairan ais, permukaan lautan akan  menyerap lebih banyak tenaga solar seterusnya meningkatkan suhu lautan dan kitaran (feedback loop) pencairan ais yang masih tinggal semakin pantas. Perubahan kadar kemasinan lautan boleh mengganggu kestabilan arus lautan. Pencairan permafrost (tanah pada atau di bawah takat beku air (0 ° C atau 32 ° F) selama dua tahun atau lebih) boleh melepaskan karbon ke atmosfera, mencipta satu lagi kitaran pemanasan bumi. Dalam erti kata lain, perubahan di Artik bukan sahaja kesan daripada perubahan iklim global, tetapi ia juga boleh menjadi penyebab.

Psssttt... Bumi ni bukan untuk dihuni pada zaman ini sahaja, bagaimana dengan zaman anak cucu kita pada masa hadapan?! Mahukah kita mewariskan bumi yang tidak bernyawa buat mereka?! Jangan jadi terlalu mementingkan diri sendiri! Berubahlah demi kelestarian bumi di masa hadapan! Perubahan kecil yang kita lakukan pada hari ini boleh memberikan perbezaan yang besar pada masa hadapan.

*sedang sangat rindukan kehijauan dan kesejukan bumi negeriku, Sabah di Bawah Bayu...

Article courtesy : ouramazingplanet.com


Tutorial Memasang URL Bar Icon

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... 

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai apa itu 'URL bar icon', sila lihat pada kedua-dua gambarajah berikut...

URL bar icon asal bagi blogspot

URL bar icon yang telah diubahsuai

Nampak bukan perbezaannya?! Dah tau kan apa yang dimaksudkan dengan URL bar icon?

Okeh, berikut tutorial ringkas bagaimana untuk memasang URL bar icon tersebut.


Step 1:
  • Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML

Step 2:
  • Jangan lupa tick pada 'Expand Widget Templates' seperti gambarajah di bawah:
 

Step 3:
  • Tekan 'Ctrl+F' pada keyboard, dan toolbar Find akan terpapar pada sebelah bawah skrin.

Step 4:
  • Salin [CODE INI] dan paste code tersebut seperti posisi dalam gambarajah di bawah.
  

Step 5:
  • Jangan lupa masukkan image url icon anda dalam code di atas.

Step 6:
  • Klik 'Preview' untuk melihat hasilnya. Setelah berpuas hati, klik 'Save Template'.

CARA UNTUK MENDAPATKAN IMAGE URL UNTUK ICON

1. Cari gambar yang kamu ingin jadikan URL bar icon. 

2. 'Right click' pada gambar tersebut dan klik pada 'Copy Image Location' seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.


3. 'Right click' dan 'Paste' menggantikan perkataan yang di'highlight' seperti di bawah.
 

SELAMAT MENCUBA ;)