follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, January 04, 2010

Rahsia di Dalam Loker?!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hahahaha... Hari ini sungguh bersemangat untuk memulakan hari baru (biarpun sy dah start hari baru tu pg td, sebab sy tidur jam 2am). Seperti biasa, apabila celik sahaja, perkara pertama yang dibuat adalah turn on my lappy, then minum segelas air kosong (perlu melatih diri utk mengamalkan perkara ini), kemudian ke bilik air. Setelah selesai semua perkara-perkara wajib, sy amik baju-baju yang dah 2 hari bertimbun di atas tilam (dah basuh, dah kering, dah angkat, hanya malas untuk melipatnya okeh), kemudian sy bukak loker, belek-belek baju dalam loker, kemudian berkata di dalam hati "banyaknya baju aku ni!". Asyik beli baju sahaja, tapi jarang memakainya, mau tak bertimbun baju dalam loker.


Keadaan dalam loker yang dah agak "lost weight" sedikit.. Hahaha... Sebab tahun ni dah beberapa kali angkut bawak balik Sabah. Timbunkan semua di Sabah pula. Kalau tidak, memang penuh! Rasa macam nak jual baju-baju yang dah lama tu pun ader. Patutkah sy jual?

Nice jugak susunan dalam loker sy ni yer? Bukan masa nak snap gambar ni baru susun tau! Memang sentiasa begini keadaan dalam loker me. Like mother, like daughter. Tak percaya, boleh tanya siapa-siapa yang pernah masuk my room. Ikut perangai my mom yang sentiasa kemas dan teratur. Sengaja ingin beri pujian pada diri sendiri sebagai satu semangat untuk memulakan hari ini.. Haishhhhh...


Sebenarnya ada dua loker. Loker yang satu lagi ni, tidak harus didedahkan isinya.. Hahaha... Kerana, macam-macam ada! Nanti kamu terkejut pulak melihat isinya seperti kamu melihat sebuah peti sejuk...





Friday, January 01, 2010

TOP-UP FREE sempena Tahun Baru


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Senario:
"Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.." Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan 'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, "Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya.
Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

Kisah renungan:
Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda', "Setiap umat ada orang fakih, dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus." Kembali kepada kisah Syadad bin Aus. Satu malam, Syadad bin Aus hendak tidur, tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah. Maka dia berkata, "Ya Allah, nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini." Lalu, beliau bangkit dan solat sehingga Subuh. Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidur malam. Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang menentang golongan kuffar dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu, inikan pula hendak mengangkat senjata untuk pergi berperang.
Tahun baru:
Sesuatu cita-cita tidak mungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan semata-mata, tetapi harus dilaksanakan dengan perencanaan yang culup rapi. Yang dimaksudkan dengan perencanaan ialah suatu aliran menentukan matlamat, menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara yang dimaksudkan dengan perencanaan pula ialah penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya. Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan.
Konklusi:
Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal, 2)
Berkata ulama', terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati:
1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2. Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan.
3. Bangun malam dengan beribadat.
4. Bermunajat pada waktu sahur.
5. Berdamping dengan orang Soleh.
6. Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat.
7. Uzlah (mengasingkan) diri daripada orang jahil.
8. Jangan selalu bersama mereka (orang jahil).
9. Makan benda yang halal.
Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka:
1. Mata yang berhirasah (berjaga malam) di jalan Allah.
2. Mata yang menangis kerana Allah.

Ihsan Institut Kefeloan UMP
P/S: Gambar hanya sbg hiasan... :p


Thursday, December 31, 2009

Sepetang bersama adek beradek!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


THEIR POTRAITS

Bahagianya mereka... Muka sy jugak yg x masuk! Ishkkkk...

Berlari berkejaran menuju ke laut...

Lela

Linda

Lempeng

Pichi

Lempeng again

Lempeng lagik!

Pichi in action...

THEIR ACTIONS

Makcik Mia just duduk2 kt tepi tgk anak n anak2 buah dia belari2, berenang2, bekejar2, bemain2....

Oh adikku Ecam yg gendut! Uhukkk...

Pichi sedang mengapungkan diri...

Apa yg sedang dilakukan oleh c Ancong ini?! Hahahhaa...

Model ka ni?!

Bilakah adik ku ini akan kurus?!

Ancong sedang mengeluarkan air yg masuk d telinganya... Telampau main air ba dia ni.. Baru ketau!

Sekali ada witch yg terbang dgn ranting kayu..


Sedang melakarkan 'LUNA' di atas pasir....

Sy yg tak suka mandi laut... Tp suka snorkling.. Hahaha...

THE SCENEs



Thursday, December 24, 2009

Selfmade Hantaran Kawen


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hahaha... Not me but my younger sister punya kerja la ni... Hantam saja la. Asalkan ada. Tapi tak sangka pulak lagi cantik drp decoration hantaran kawin pihak lelaki... Tahniah la kpd si Lempeng. Cumanya, sirih junjung tiada, sbb nda pandai gubah. Nanti my wedding, blh la jadikan si Lempeng ni mangsa lagi utk mendecorate my hantaran kawin. Hukhukhuk.. F.O.C maaa...

Tempat cincin. Nampak macam sirih junjung ja..

Al-Quran

Chocolate VOCHELLE...

HUGO for men kalik...

Kasut

Yg ni tali pinggang sama belt kalik...

Ermmm... Baju kemeja, seluar slack sama neck tie..

Baju Melayu sama songkok...

Tertanya-tanya pulak, mana la dia dpt idea mau bikin mcm ni? Siap ada bantal guling lg tu. Sejadah sama kain pelikat ba ni...


Friday, December 11, 2009

Shopping Sampai Sawan?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


November dan Disember, bulan sy shopping sakan sampai hampir nak sawan.. Wawawwawaa.. Mau tak cepat kering poket kalau begini? Tak cukup dengan online shopping, g mall pulak dah.. Berikut merupakan shopping items yg received tis week.

Finally, beli jugak tis maxi dress. But, lining dress ni singkat sangat dan jarang la, stakat paras lutut sahaja. Terpaksa hantar kedai utk alter. Tukar dan labuhkan lining. Nasib baik tak mahal upah jahit.

Pussy Cat dress. Hahaha, bukan penyanyi tu la, but jenama baju ni. Dah lama sy mau beli baju design tingkat2 begini, tp tiada yg berkenan di hati.

I called it as 'Baju Guni'... Why? Coz for me, material baju ni lebih kurang seperti guni beras kaler coklat yang jual di Pekan Papar tu.. Hahaha.. Bau baju ni masa dapat ari tu pun lebih kurang bau guni beras tu. Tp serius, baju ni sgt comel.

I tot baju ni kaler purple, rupanya kaler merah/maroon or lebeh kurg la tu...

Baju ni bakal menjadi pakaian ke lab...

Ini juga. Huhuhu...

End of my story today... Mau packing2 utk balik Sabah petang ni.