follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, November 15, 2010

Missing You a Lot!

Seharian mood utk sambung siapkan thesis tu tidak kunjung tiba... Aduhhh... Gawat kalau macam ni! Seharian suntuk hari ni aktiviti hanya berlegar kepada 3 perkara ni: Makan, Tidur, Internet! Sudah cuba utk fokuskan minda kpd penulisan ini, tp tidak berhasil lho! Where have u been my mood!


Currently looking back these albums... Saya sangat rindu mereka. Saya rindukan kenangan lalu bersama mereka. Saya rindukan sekolah rendah, sy rindukan sekolah menengah, saya rindukan KML, saya rindukan UMPian 2003-2007. Masa berlalu begitu pantas membawa pergi semua kenangan itu! Okeh, cut d craps! Just disconnect this cable, then go to your desk! U really got bunch of works to do!


Sunday, November 14, 2010

Chap 4... in Progress


4 days?! Urghhhh... Too long ok! Tu pn x complete lg dgn discussion! Baru siap analisa 4 graf... Semangat Luna! Semangat! Berusaha! Semangat baru perlu dijaga kan kata kamu semalam. Bila sudah stop, akan makan masa untuk warming up utk menghadap microsoft word, excel n adobe acrobat documents ni smula! So bila malas mcm mn sekali pun, harus sentiasa mendisiplinkan diri utk kekalkan stamina yg sedia ada. Sudah pertengahan November, ada dateline yg perlu dikejar... Masa tidak akan menunggu kita. So, go ahead! Paksa diri mu utk lakukannya!

Yg ni situasi yg baru dikemas... Klu yg sdg fokus sungguh2 buat kerja, for sure penuh meja ni dgn segala kertas, buku, journal, etc... Maaf, bun itu tiada kaitan dlm ini cerita...

Almost 12am, mlm ini perlu tidur awal ok... Sudah bbrp hari asik tidur jam 7, 8 pg. Arghhh, again tabiat yg susah utk diubah! Sblm tu kena masuk ladang sebentar... Ekekekeke....

Yg ini hanya utk mengisi masa lapang sahaja... Hahaha... Addicted with this game.


Semangat Baru yg Perlu Dijaga


Foto dirakam semasa berada di kedai kraftangan, Miri

Its been a while huh?! Terlalu lama rasanya tidak update blog ni... Kebelakangan ini sgt sibuk dgn tugasan seharian yg tidak pernah putus... Dengan sedang berada pada tahap tekanan yg agak tinggi, terlalu banyak perkara yg sedang mengganggu fikiran. But abg selalu kata, 'selagi hidup, selagi tu la takkan habis masalah'. Namun hidup harus diteruskan walau apa pun ujian yg datang...

Oklah, no more talking rubbish... Cuma sedikit update, currently, sedang dalam process make over my blog. Already installed new template... Cuma content byk yg perlu di'edit'. Makan masa jugak... So, harus buat sedikit demi sedikit sementara ada masa terluang... Cuma mau blog sy tampil simple, ceria, tersusun rapi dan bisa membuatkan pembaca sekalian tersenyum. Dan sy sgt teruja melihat header dgn personal picture yg besar gedabak itu... Hehehe... Nanti lain kali perlu tukar yg lain...


Wednesday, January 27, 2010

On leave : HOME QUARANTINE

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sakit datang tanpa diundang... Ni Jidin punya pasal la ni! Wawawwawawwa.... Got lots of things to do this week. Tapi, pada masa ini juga sakit ni datang. Namun harus redha. Full paper for ICEST 2010 Conference kt Bangkok on tis April harus submit before/on 30th January. Result and discussion and conclusion punya part belum berapa nak siap. Aduhhh! Sakit kepala saya! Harus tidur dulu!

Macam biasa, pergi klinik sekadar untuk menambahkan koleksi ubat-ubatan saja... Luckily they were free. Jika tidak, terpaksa mintak doktor tahan saya di hospital utk claim insuran. Huhuhuhu.. That is what my Prudential-BSN Takaful assurance for.

Sejak mula buat my master degree di UMP ni, sudah beberapa kali keluar masuk hospital serta klinik-klinik di Kuantan ini, dan yang penting, semua penyakit mesti berkaitan dengan virus infection. Aduhhh... Suka betul virus2 ni bersarang di badan saya ini ya?! Tu la, Doktor kasi ubat, kasi antibiotik, suruh makan kasi abis, tp selalu buat koleksi saja ubat-ubat itu. Haishhhhhhh... Sendiri cari penyakit. Cannot blame others la kalau begitu!

Dan Doktor ini, dengar dari loghat beliau bercakap Bahasa Melayu, he must be non-malaysian. Nama seperti orang2 indochina sahaja. Thailand mungkin? Tidak mustahil juga sekiranya dari Vietnam. Tak kisah la dari mana pun.

So sekarang harus rehat sahaja dulu...


Thursday, January 14, 2010

Lesson From A Snail

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh selamat pagi semua. Ni saja ingin berkongsi sesuatu yang boleh diambil iktibar disebaliknya. Sebagai motivasi kepada diri sendiri sekiranya kita berada dalam situasi seperti berikut (bukan situasi di mana kamu menjadi siput la! haiyya lurus lak ngko ni berpikir!). Okeh, gambar-gambar dibawah dicedok dari satu sumber yang diGoogle.

Bila seseorang mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak boleh melakukan sesuatu, padahal kamu yakin kamu boleh buat, kamu rasa down tak sebentar?! Owh, jangan percaya kata-kata mereka tu. Belum tentu mereka benar! Yang penting kamu sentiasa berusaha ke arah itu! Jangan pernah putus asa okeh! Aja aja fighting!

Bila seseorang katakan bahawa kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara...

Jangan ragu terhadap keupayaan diri sendiri!


Sebaliknya hulurkan lagi keupayaan kamu!

Kamu harus hulurkan yang terbaik dari dalam diri kamu tu! Cuba sedaya mungkin!

Guna semua kuasa keinginan kamu disertai sikap sentiasa ke arah yang positif...

Jangan sesekali menyerah kalah!

Kerana akhirnya, kamu pasti akan berjaya dan membuktikan bahawa mereka salah!


10 Tips Menjadi Orang Yang Positif
  1. Ambil masa memulakan pagi anda dengan bersyukur dengan kehidupan anda. Bagi yang muslim, sudah tentunya solat subuh. Ia akan mewujudkan minda  yang subur untuk bersedia kepada kejayaan.
  2. Ubah kepayahan kepada kejayaan dengan memutuskan bahawa perubahan bukanlah musuh sebaliknya sahabat kamu.
  3. Membawa perubahan kepada kehidupan orang lain.
  4. Jangan buang tenaga berharga kamu terhadap gosip, isu yang sudah berlalu, pemikiran negatif atau perkara yang diluar kawalan kamu. Sebaliknya, labur tenaga kamu dalam perkara terkini yang positif.
  5. Hidup dengan penuh bertenaga, bersemangat dan memahami orang lain.
  6. Ingat!!! Tiada pengganti untuk kerja keras!
  7. Daripada asyik merungut, lebih baik fokus kepada penyelesaian. Ia adalah kunci kepada inovasi.
  8. Baca lebih banyak buku.
  9. Lebihkan senyuman. Ia merupakan anti-stress semulajadi.
  10. Nikmati perjalanan kamu. Kamu mempunyai satu perjalanan melalui kehidupan, maka jadikan ianya yang terbaik, dan nikmatilah ia.