follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, April 18, 2011

Platform Percuma Menjana Pendapatan Dari Blog

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamulaikum semua.. Baiklah, entri ini adalah merujuk kepada entri asal Faisal Abdullah. Saya mau kongsi kepada sesiapa yang terlepas pandang tips tersebut. Tips berikut merupakan hasil pengamatan dan pengalaman  Faisal Abdullah selama terjerumus dalam dunia blog ini. Berikut tips tersebut:


NUFFNANG
  • Sekarang ini ramai blogger yang melihat Nuffnang adalah satu-satunya cara untuk membuat duit secara online. Sebenarnya itu tidak benar. Pendapatan Nuffnang adalah tidak menentu dan sebenarnya tiada rahsia untuk mendapatkan income daripada Nuffnang. Jangan percaya dengan rahsia-rahsia yang di kata-katakan itu.
  • Berjaya atau tidak korang bergantung berapa banyak korang dapat Buffered Earning. Sebenarnya Buffered Earning adalah CPM atau bayaran berdasarkan impression. Cuma nama sahaja ditukarkan. Jika korang dapat Buffered Earning, maka korang akan dapatlah income. Kalau tidak, kirim salam je lah.. Tak semua orang boleh buat duit dengan Nuffnang… 
INNITY
  • Persaing Nuffnang adalah Innity. Innity adalah satu syarikat yang lebih bagus berbanding dengan Nuffnang kerana tiada pilih kasih kerana semuanya dilayan sama rata. Tak perlu nak tunggu Buffered Earning pun. Semua orang dapat kempen yang saya dapat dengan harga yang sama.
  • Innity juga mempunyai banyak kempen contohnya Pay Per Click dan Pay Per Impression. Dua-dua ini memberikan pulangan yang tinggi kepada blogger. Memandangkan mereka bayar mahal jadi untuk menjadi publisher mereka, sudah tentu susah dan hanya blog-blog yang mempunyai visitor yang tinggi sahaja layak untuk menyertai Innity. Tetapi ia sangat berbaloi-baloi. 70% pendapatan saya datangnya daripada Innity. 
ADSNIAGA
  • Selain Innity, saya juga menyertai publisher Adsniaga tetapi secara jujurnya Adsniaga terlalu murah berbanding dengan publisher-publisher yang lain. Bayangkan sudah sebulan saya letak Adsniaga di blog ini tetapi masih belum mencecah RM50. Ayooo.. tak bestlah macam ini.
  • Rasanya satu iklan itu dibayar hanya RM 0.01 sahaja. Memang penatlah nak cash out dari Adsniaga ini. Sekiranya rate untuk iklan di Adsniaga ditambah dan dibayar lebih mahal, rasanya Adsniaga ini akan menjadi pilihan blogger Malaysia. Tetapi sekiranya rate yang banyak sebegitu murah, rasanya sukar untuk mereka bersaing dengan publisher-publisher lain.
  • Yang uniknya,pengiklanan mereka menyerupai Google Adsense dan berbeza dengan iklan Innity, Nuffnang dan Advertlet.
  • Adsniaga mungkin tak bertahan lama kot di blog saya ini.. Tapi korang boleh cuba…
ADVERTLETS
  • Selain Innity, saya suka Advertlet kerana mereka juga menawarkan CPM. CPM ini banyak membantu para blogger untuk mendapatkan income. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mendapatkan klik daripada pembaca sekiranya kedudukan itu tidak sesuai atau iklan itu tidak menarik. Tak sampai sebulan saya dah berjaya cash out RM107  daripada mereka. Sekarang ini lagi menarik kerana sehari sahaja boleh dapat RM10-RM20.. Kalau sebulan? Korang darab lah sendiri.. Rugi kalau korang tak cuba Advertlet ini…
701 PANDUAN
  • Publisher yang terbaru saya join untuk bulan ini adalah 701 Panduan. Menariknya mengenai iklan ini adalah dia juga menawarkan dua jenis iklan. CPM dan CPC tetapi CPM dia kurang menarik kerana dibayar begitu sedikit tetapi yang bestnya adalah harga klik yang agak mahal. Bayangkan sehari sahaja dah boleh dapat dalam RM20–RM30. Kalau sebulan agak-agaknya berapa? Menarik bukan? Korang tak nak cuba ke? 
MANGAADS
  • Last but not least adalah MangaAds. No komen mengenai publisher ini dan nampak seperti kurang menarik… Apa pendapat korang?

Jutaan terima kasih buat Faisal Abdullah kerana beri kebenaran untuk saya konsikan artikel ini... Silakan berkunjung ke blog Faisal Abdullah kerana banyak blogging tips yg dia kongsikan di situ.


Tiada Kekuatan Selain Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin yg indah.. Baiklah! tazkirah pada pagi  Isnin ini... :)

"LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A’ZIM"
'Tiada Daya dan Kekuatan Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia" 

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah, bukan untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendakiNya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah taqdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan. 

Sumber artikel: ibnulatef.iluvislam.com


Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat petang Jumaat... Jom layan lagi segmen Ben Ashaari...



Okeh, segmen kali ni, Ben Ashaari mau kamu senaraikan 3 perkara berikut:
  1. Nyatakan KAREKTOR KARTUN KEGEMARAN
  2. Nyatakan CERITA KARTUN YANG PALING TIDAK SUKA TENGOK
  3. Nyatakan SUPERHERO YANG ANDA INGIN JADI
Syarat-syarat penyertaan:
  • Buat entri bertajuk : BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT dan linkkan ke entri asal
  • Sila letak HEADER BLOG BEN ASHAARI seperti di atas
  • Sila nyatakan SEBAB KENAPA dan SERTAKAN GAMBAR untuk setiap satu perkara di atas
  • Macam biasa, letakkan link entri kamu pada ruangan komen entri asal  Ben Ashaari
  • Tarikh tutup : 12.00 tgh mlm (15/01/2011)
Okeh, saya punya kesukaan, ketidaksukaan dan hero kegemaran adalah seperti berikut!


KAREKTOR KARTUN KEGEMARAN


 SIN CHAN
Kerna terpesona dengan suaranya yang lain dari yang lain. Hahahaha... Telatah dia pun buat saya selalu tidak kering gusi melihat gelagatnya.

 
 SPONGEBOB SQUAREPANTS
Kerna tergoda dengan suara dan gelaknya... Walaupun bersikap kebudak-budakan terutama sekali apabila bersama dengan Patrick Star, tp dia sangat la baik dan sangat jujur!


 RANCANGAN KARTUN PALING TIDAK SUKA TENGOK

 
DORA THE EXLORER & GO DIEGO GO
Sebab jalan ceritanya agak lembebbb...

 WONDERPETS
Apa yang penting?! Kerjasama!!! Walaupun selalu guna tagline kartun ni, tp serius memang tak suka tengok. Sebab animasinya is not my taste.


SUPERHERO IMPIAN

SUPERMAN
Superman, bkn Suparman okeh! (mintak ampun maaf kepada pemilik2 nama itu) Huk3!

Kalau orang tanya kenapa saya mau jadi Superman, walaupun dia pakai underwear kat luar, sebabnya dia punyai kuasa seperti KUAT, BOLEH TERBANG, LAJU, TELINGA SANGAT PEKA, MATA SANGAT TAJAM dll semua kuasa dalam 1 hero! Batman ada semua kuasa tu?! Ultraman ada?! Spiderman ada?! Catwoman ada?! Teda kan?!


Penawar Kepenatan : Petua oleh Rasullullah S.A.W.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, salam Jumaat semua saudara dan sahabat...

Okeh, actually mau post entri ni dr awl td, tp masa tengah godek2 gambar kt google utk disertakan dlm entri ni, tetiba my project leader, Dr. Sha**** dtg dari belakang, tokojut den! Kalau kt skrin komputer ni tertera benda2 yg berkaitan dengan research dia, ok la jugak leh cover sikit2... Sib bek meja ni dah bertimbun dgn barang2 lain, dgn journal2, buku log, nota2 berkaitan research dia, xdalah nampak sgt sy sdg tak buat kerja dia! Uhuhuukkk.. Mengelat eh! Kelam-kabut seketika trus sy dibuatnya. Nasib baik blh jwb lg soalan-soalan dia psl kerja yg dia bagi last week! Hik3.. nakalnya saya... No more nakal2 okeh!

Baiklah, atas tu intro yg x berkaitan dgn tajuk. So berikut adalah seperti perkara tajuk...

Photo Courtesy : Google (xtau sumber asal sbb copy paste dr belog org yg mengatakan sumber Google)

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang  diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : 

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." 

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: 

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (
Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar!) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam i
aitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman..
 
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Thursday, April 14, 2011

Hadir Taklimat Saja Pun Dapat Sijil

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

Okeh mau buat entri terakhir sebelum pergi ke pasar malam Gambang pulak.

Last 2 weeks ago ada attend ini taklimat SLAI/SLAB (Skim Latihan Akademik IPTA/Skim Latihan Akademik Bumiputera) KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) anjuran Jabatan Pendaftar, UMP. Nda sangka pula dia urang kasi sijil. Hik3... Apa la mau di bikin sama ini sijil?! Nda pa la, buat kenang-kenangan sja la.

Aduiiii na.. Berangan sudah sangat jauh nun di sana kunun2nya mau sambung PhD. Kasi abis dulu kau (pronounce 'kau'  harus pekat okeh!) punya master ni. Berkurun sudah duduk di sini nda pandai abis2!



Ni kalau ada staf Jabatan Pendaftar baca ni, huhuuhu, pesan saya, jgn mare okeh.