follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, June 02, 2011

Wujudkah Suasana Begini Di Bandar?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum... Benarlah kata-kata dalam lirik lagu "Indahnya Beraya Di Desa" dendangan Azlina Aziz tu, yang menyatakan bahawa 'indahnya beraya di desa... sebuah desa bagaikan bersaudara...'. Itu antara petikan yang boleh saya kaitkan dengan entri kali ini mengenai sambutan kenduri di desa yang pada pandangan saya sungguh jauh berbeza dengan di bandar.

Pada hujung minggu lepas, saya sempat menghadiri satu kenduri kahwin di Parit Panjang, Sik, Kedah. Mula-mula tiba di lokasi kejadian dalam jam lebih kurang 12.30pm, wowwww!!!! Sesak giler dengan tetamu! Serius, tetamu sangat ramai. Penuh sekitar rumah pengantin tuh! Namun gambar-gambar di bawah ni saya rakam dalam jam 3.00pm, tetamu dah slow skit masa ni. Boleh la berlegar-legar sikijap sekejap untuk mengambil gambar menggunakan enset cabuk saya ni!

Indahnya suasana hijau begini di kampung! Rumah dikelilingi oleh pohon-pohon yang tinggi menghijau! Saya rindu kampung saya nun jauh di Papar, Sabah! Uwaaaaa...
Khemah lelaki dan wanita turut diasingkan. Bagus kalau macam ni. Memang tidak kelihatan drama-drama dari pasangan anak-anak muda kita yang belum berkahwin tu!
Tuan rumah sangatlah peramah!
Tak muat di depan, sampai ke belakang rumah pun ada jugak tetamu.
Suasana di bawah khemah wanita. Makcik kita ni sedang sibuk membungkus lauk untuk tetamu dia, ke bungkus untuk diri sendiri tu makcik?!
Dan ini, makan berhidang. Owhhhh tak main la pakai dome catering tu untuk makan berhidang. Pakai talam okeh! Klasik sungguh. Desa sungguh. Indah sungguh. Kedesaan tu terasa sangat. Wujudkah suasana begini di kota?! Dan tukang hidangnya adalah anak-anak  muda kampung ni. Di bandar?! Owh anak-anak muda kita tidak sanggup untuk kotorkan tangan mereka, datang kenduri untuk melaram je lebih. Baik perempuan mahupun lelaki.
Hek sempoinya! Main letak dalam segala bentuk dan saiz besen untuk lauk-lauk tuh.  Masa ni, tetamu dah kurang. Maka, makanan yang masih ada tu, diletakkan saja di meja bagi sesiapa yang nak makan untuk second round. Silakan! Kaut sendiri.
Yummie! Sedapnya... Masih terbayang-bayang lagi rasa 'gulai daging batang pisang' ni! Serius sangat sedap. Inilah pertama kali saya makan gulai ni. Menurut kata abang, gulai ni memang sinonim dengan hidangan kenduri di kawasan ulu macam kat tempat ni. Patutlah sang gajah mengamuk! "Dah la hutan tempat tinggal aku kau orang tebang, makanan aku pun kau orang sapu jugak!". Hahahaha...
Malas mau menyibuk bergambar sama. Tak kenal pun pengantin dia ni.. Huk3!

Hiarghhhhh!!! Pakcik ni dah bukak langkah dia! Haittttt!!!
Serius sangat meriah okeh!
Kumpulan pemuzik tradisional yang mengiringi persembahan silat.
Penonton pun ramai. Saya sungguh sangat terhibur dengan telatah mereka semua.

Video yang sempat saya rakamkam, juga menggunakan enset cabuk saya ni. Maaf, kualiti agak kurang memuaskan, tapi bolehlah jugak dengan muzik latar untuk persembahan silat tu.




Malam sebelum kenduri tu, sempat jugaklah datang untuk sertai rewang dengan penduduk kampung di rumah ni. Sekali lagi! Wowwww!!! Meriahnya rewang! Satu kampung turun padang bergotong royong sampai ke tengah malam. Sungguh muafakat yang membawa berkat... Yang tua, yang muda, yang kanak-kanak pun ada, bersama-sama membuat persiapan perkahwinan, dari dalam rumah ke luar rumah, dari membungkus bungan telur, souvenir, memasak, membasuh pinggan, semuanya duduk sekali turut sama membantu.

Alangkah indahnya sekiranya amalan desa tersebut diteruskan di kota! Mungkinkah?!


My 777th Follower - Cik Awin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Jeng! Jeng! Jeng! Siapa dia Follower ke-777 saya itu?!

My 777th Follower... Eheksss, terlajak lak :P

Aisyemen... Asyik terlajak saja. Nasib baik tak terlajak jauh. Masih boleh la saya nak menjejaki Follower ke-777 saya itu. Jadi, apa kata kamu semu pergi menerjah dia! Kasi takajut terkejut sama dia! Klik saja banner dia di bawah ni! Kita sama-sama saling support sesama blogger! Yeahhh!!!

Hek3! Bukan main besar lagi saya promote Cik Awin punya banner ni!

Ehemmmm... Yang si lelaki tu, jangan tenung lama-lama gambar ni, bahaya! Renungan cik awin kita ni terlalu menggoda. Hik3! Jangan tenung lama-lama tau! Satgi menjawab pulak gambar ni, "Apa pandang-pandang?!" Mau meloncat kamu dari depan PC/laptop kamu nanti. Hak3! Gurau aje la...

Sedang menanti Follower yang ke-800. Siapa pulak bakal orangnya itu?! Tunggu saja!


Wednesday, June 01, 2011

Salih Yacob Terhangat Di Pasaran?!

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Huhuhu... Tak habis-habis lagi cerita tentang si suami beristeri 4 ni, Salih Yacob. Setelah berita mengenai pernikahannya dengan Samihah Sheikh Ali, bukan setakat berita di TV, bukan setakat surat khabar, malah blogger pun turut menjadi ejen penyebar berita tersebut. Tak percaya?! Tengok gambar di bawah yang telah saya printscreen semalam selepas ping blog saya di blogged.my. Bukan main lagi, Most Popular Of Last 24 Hours tu! Semua kisah mengenai pernikahannya itu. Tidak kurang juga saya... Kehkehkeh!

Terhangatnya kau wahai Salih Yacob!

Kalau setakat artis beristeri empat, mungkin biasa-biasa saja kot cerita tu. Tapi macam mana la dia boleh buat isteri-isteri dia tu boleh bersetuju apabila dia mengutarakan hajat untuk melengkapkan kuotanya? Siap boleh buat kenyataan di media massa lagi tentang bakal isteri ke-4 dia tu. Alahai la Salih Yacob! Bertuah badan eh?!


Selamat Datang Ke Alam Universiti Buat Pelajar Kursus Diploma Universiti Awam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Ingatkan adik-adik undergraduate universiti awam ni akan memulakan sesi pengajian bermula September tahun ni, owh itu hanya untuk kursus degree saja rupanya. Untuk kursus diploma, mereka sudah mula mendaftar (bagi pelajar baru) pada minggu ni, dan akan memulakan sesi pembelajaran pada minggu hadapan. Manakala pelajar yang mengikuti kursus degree akan memulakan sesi semester baru pada September nanti. Mak aihhhhh!!! Jauhnya beza tempoh tersebut! Beruntunglah pelajar-pejar degree eh?! Balik kampung bercuti sakan lah kamu ye...

Patutlah banyak sangat khemah didirikan di hadapan Kolej Kediaman ni. Dah mula mendaftar rupanya hari ni.

Satu kampung turun mengiringi si pelajar untuk mendaftar di universiti! Siap bawak tikar berkelah dengan bakul makanan lagi tu.

Melihatkan suasana itu, membuatkan saya terkenangkan kembali 8 tahun dahulu iaitu pada tahun 2003 sewaktu mula melangkahkan kaki ke menara gading ni (walaupun tak nampak sebatang gading pun di sini), saya datang seorang diri tanpa dihantar oleh sesiapa pun! Huk3... Sedih... Sedih... Duk mengangkut beg pakaian yang lagi berat dari saya, datang nun jauh dari Sabah semata-mata ingin mengejar impian menjadi seorang pelajar universiti. Besar jugak amanat mak yang saya bawa memandangkan saya anak pertama ayah (dari tiga orang isteri) yang masuk universiti. Dari KK-KL-Kuantan, seorang diri okeh! Dah la masa mula-mula sampai di UMP (Universiti Malaysia Pahang) pada masa tu bagaikan sebuah padang jarak padang tekukur yang terletak nun jauh di ulu (jauh sangat dari bandar). Tanah masih merah lagi! Duhhhh, tak sanggup mau mengenang kembali.

Dah banyak pokok dah UMP sekarang ni!

Bertuahlah budak-budak UMP sekarang ni. Terlalu banyak perubahan terutamanya kemudahan-kemudahan asas yang telah disediakan di UMP ni. Apatah lagi sejak LPT (Lebuhraya Pantai Timur) ni dah dibuka dan Exit Tol Gambang ni merupakan antara pintu masuk utama ke Kuantan, maka jalan raya di hadapan universiti ini mula la menjadi jalan utama bagi bas-bas ekspress dari KL ke Kuantan, mudah la sikit boleh turun terus di pintu depan universiti, tak perlu turun di bandar Kuantan kemudian tunggu bas/teksi untuk datang ke UMP.

Sejak tu jugaklah, kedai-kedai, premis-premis perniagaan, dan terbaru, sekolah sukan didirikan di sekitar universiti ni menjadikan sekitar kawasan universiti yang dahulunya bagaikan pekan koboi, akhirnya semakin meriah. Walaupun tak semeriah universiti yang terletak di tengah-tengah bandar, tapi oklah dari yang dulu, lagi sedih weh!

Tak sangka saya ni betul-betul menyusuri setiap perkembangan di UMP ni depan mata saya setelah tahun ni masuk tahun ke-8 saya menjadi pelajar kemudian pekerja kemudian pelajar kembali di sini.

Haishhhh... Apa pulak yang saya mengarut panjang-panjang ni! Oklah buat adik-adikku yang mendaftar pada hari ini, tak kisah la di UMP ni ke atau di universiti awam lain, selamat menjalani minggu orientasi yang sungguh membosankan! Hahahaha... <- gelak jahat!


10 Langkah Untuk Menjadi Penulis Blog Yang Baik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Menjadi seorang penulis blog yang bagus/baik bukanlah sesusah mana sebenarnya. Menurut Brian Clark, pengasas Copyblogger dan CEO Copyblogger Media, terdapat 10 langkah untuk menjadi seorang penulis blog yang baik.

1. Write. (Menulis)

2. Write more. (Menulis lebih lagi)

3. Write even more. (Menulis bahkan lebih lagi)

4. Write even more than that. (Menulis bahkan lebih dari itu)

5. Write when you don't want to. (Menulis ketika anda tidak mahu)

6. Write when you do. (Menulis ketika anda lakukan)

7. Write when you have something to say. (Menulis ketika anda mempunyai sesuatu untuk dikatakan)

8. Write when you don't. (Menulis ketika anda tidak)

9. Write every day. (Menulis setiap hari)

10. Keep writing. (Terus menulis)

Senang saja bukan?!