follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, October 27, 2011

8 Sebab Utama Wanita Bertudung Lebih Baik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Jangan pernah bilang "tunggu sekejap" untuk menutup auratmu dengan memberikan alasan-alasan popular sebegini. Malaikat maut tidak akan menerima "tunggu sekejap" mu itu biarpun sedetik sekiranya sudah tiba saat mencabut nyawamu. Berikut merupakan 8 sebab utama mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik...

1. Tuntutan Agama
Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." Fatimah Az-Zahra kemudia menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."

2. Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?!

3. Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakain tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak membuatkan otak dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4. Tidak membazir
Tidak perlu pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli segala rawatan untuk menjadikan rambut kelihatan cantik. 

5. Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. Maka anda mempunyai 'nilai tambahan' di situ.

6. Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7. Menjadikan diri anda 'mahal'
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal yang lain.

8. Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai. Setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.

Perlu diingatkan bahawa bertudung mestilah berlandaskan tuntutan agama. Bertudung bukanlah satu fesyen terkini, tetapi merupakan suruhan Allah kepada wanita dalam menutup aurat.


Wednesday, October 26, 2011

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Artikel berikut saya baca dalam laman Facebook yang dikongsikan oleh seorang sahabat...

Cara mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu premis perniagaan terutamanya kedai makan/restoran itu menggunakan 'pelaris' (khadam jin) adalah dengan membaca Ayat Kursi sebanyak 3 kali di luar premis perniagaan tersebut. Sebaiknya semasa anda masih berada di dalam kenderaan anda. Kemudian buka tingkap kenderaan anda dan tiup sebanyak 7 kali ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sehingga habis nafas. 
Sekiranya terdapat 'pelaris' di premis tersebut, 'khadam' tersebut akan marah dan anda akan merasakan seperti ada angin yang tiba-tiba menerpa ke muka anda. Sekiranya berlaku sedemikian, eloklah dielakkan untuk makan di premis terbabit.

Sumber yang dipetik dari artikel yang dikongsi dalam laman Facebook.


Wordless Wednesday - Jangan Ucap Selamat Deepavali

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM






Monday, October 24, 2011

Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Diharamkan Mencium Bau Syurga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Artikel ni adalah sebagai peringatan pada diri sendiri agar tidak terjebak dalam situasi seperti ini dan juga kepada mereka yang sedang melakukan kesilapan ini...

*Fesyen bertudung seperti dalam gambar berikut adalah tidak menurut syarat menutup aurat yang disarankan dalam Islam, dan golongan seperti ini adalah diharamkan menhidu bau syurga!

Fesyen bonggol unta...

Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?! Ramai yang suka memakai tudung disertakan dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana terdapat perbezaan diantara sanggul yang sengaja ditinggikan dengan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang "membalut" aurat dan bukannya "menutup" aurat.

Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith, tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
[HR Muslim. Hadith no. 212]

Trend/fesyen seperti ini tiada di zaman Rasulullah, namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini), dilihat benar-benar terjadi.

Sumber: Facebook Page : Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus


Thursday, October 20, 2011

Disihir Guna Gambar Dalam Facebook

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sentiasalah berwaspada... Dunia sekarang ni, macam-macam cara orang yang dengki boleh buat kat kita... Sebagai umat Islam, jauhilah perbuatan sihir atau segala perbuatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyekutukan Allah.