follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, December 07, 2010

Pekan Papar, Sabah [Episod 2]


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1432 to all bloggers yg follow my blog. Okeh, seperti yg tercatit pd title entri kali ni, Pekan Papar, Sabah. Entri ni sudah pernah post sebelum ni (Pekan Papar, Sabah)... Cuma gambar tidak begitu byk. So, hari ini mau tambah lagi beberapa keping gambar tentang pekan ini.

Soalan... Kenapa saya re-post semula entri ini?!

Jawapan... Sebab dari analisa my feed burner, agak byk jugak hit entri Pekan Papar ni.

Maka diharapkan entri kali ni, blh la bg sedikit gambaran mengenai pekan tempat asal sy ini. Gambar kali ni cuma sedikit tambahan saja, dalam fikiran sy, sy akan ambil lg bbrp keping gmbr terutama bangunan2 utama di pekan ini kelak bila sy balik kampung. Okeh, mari kita jalan2 di sekitar Pekan Papar...

Cuma sempat captured gambar bas sahaja. Hehehe... Malas mau interprem berdiri d tengah2 parkir bas tersebut utk snap gambar using my phone. Next time la, snap gambar guna DSLR. Nampak seperti pelancong pulak nanati.. Hahahaha... 

Ini adalah main road. Masa muda2 zaman skolah menengah, blm ada divider jalan dgn tiang lampu ni, but since jalan selalu sgt jam sbb kenderaan yg berhenti utk belok ke kanan, maka pihak MDP (Majlis Daerah Papar) adakan divider serta roundabout di hujung jalan ini.

Bangunan baru (konkrit) serta bangunan lama (papan). Dulu bangunan kedai hanya bangunan kayu seperti bangunan bercat hijau ini. Dan bangunan konkrit tersebut dibina setelah bangunan lama di tapak tersebut musnah dlm kebakaran. Rasanya dah 2 blok bangunan kayu yg musnah dlm kebakaran.

Gerai2 di pasar malam Pekan Papar. Pasar malam diadakan setiap sabtu, dr ptg hingga ke malam. Dan keesokan harinya adalah tamu (pasar tani). Tamu bkn sekadar menjual barangan makanan, barangan yg dijual di tamu ni lebih kurang seperti pasar malam jugak.


Jambatan Sungai Papar. Sepanjang hidup sy, jambatan ini sudah 2 kali runtuh, if i'm not mistaken. Many rumors came out dr penduduk tempatan, kononnya penunggu jambatan ini perlukan korban. Harus tanam tengkorak manusia dlm tiang konkrit jambatan ini. Bangunan putih di tebing sungai itu pula adalah pasar ikan.

Sungai ni agak lebar jugak. Airnya keruh sebab kedudukan di sini terletak hampir ke kuala sudah.. Dan bot2 nelayan berulang alik dr laut melalui sungai ini untuk memasarkan hasil laut mereka di pasar ikan yg terletak di tebing sungai ni.

So yang ini sajalah yg ada untuk sy post. Okeh, lain kali sy tambah lg. Mau jugak mempopularkan pekan saya ni. Hehehe... Terutama sekali stesen keretapi yg sudah dinaiktaraf.

2 comments:

eYRa said...

online tour guide ka ni?? haha.. btw, nice juga ada org sabah introduce part of sabah :)
btw, saya lama suda nda p papar. limpas2 jak la. tu pun setahun sekali jak

LUNA LANUN said...

hahaha... lbih kurg la tu...