Friday, June 10, 2011

Hadiah Percutian 5H/4M Bersama 3 Orang Rakan Ke Queensland, Australia Bernilai RM28,000

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Bersempena dengan pelancaran pesawat baru Boeing 330-300 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Brisbane pada penerbangan terus tanpa henti sebanyak 5 kali seminggu, Tourism Queensland dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) ingin memberikan sebuah hadiah percutian kepada pemenang yang bertuah. Ini adalah peluang keemasan anda untuk memenangi sebuah percutian selama 5 hari 4 malam di Queensland, Australia bernilai RM28,000. Siap boleh bawa tiga orang rakan lagi tu!


Hadiah berjumlah RM28,000 termasuk:
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi MAS pergi dan balik untuk 4 orang
  • Penginapan selama 4 malam (twin share)
  • Pengangkutan pergi balik dari Lapangan Terbang Brisbane ke hotel
  • Dan banyak pengalaman menarik di Brisbane yang telah anda pilih.

Penyertaan sangat mudah! Cuma lengkapkan borang peraduan dan jawab 3 soalan mudah berkaitan promosi ini. Tanpa slogan! Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan dilakukan pada 05 JULY 2011.

Maklumat lanjut. Sila tengok SINI. Saya sudah! Anda?!

1 comment:

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.