Saturday, July 23, 2011

Merokok Adalah Haram - JAKIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Ini adalah entri 'salin dan tampal'...


Sila klik gambar untuk pembesaran. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


Walaupun ia memudaratkan kesihatan, namun amalan merokok terus menjadi pilihan ramai. Lebih kesal, 2.5 juta umat Islam di negara ini, masih ambil mudah mengenai fatwa, merokok itu adalah haram. Untuk rekod, terdapat 3 juta perokok tegar di Malaysia, termasuk remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun. Kekesalan itu dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim.  Menurutnya, fakwa yang dikeluarkan wajar diambil serius, walaupun Jakim belum mempunyai rancangan menguatkuasakannya menerusi undang-undang. Bagi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, amalan merokok dilihat antara punca kerajaan terpaksa menanggung kos perubatan penyakit kronik sehingga RM3 bilion setahun. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO juga meramalkan, tahun ini seramai 5 juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan jantung, strok dan kanser. Mereka ditemui di majlis perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram di Putrajaya siang tadi.
Sumber: Berita TV3


Sumber


Bacaan lanjut boleh rujuk dpada beberapa artikel berikut:
  1. Kandungan Rokok & Kesan Tabiat Merokok
  2. Merokok Adalah Haram

4 comments:

  1. Katakan Tak Nak kepada merokok.. :-)

    ReplyDelete
  2. assalam..
    wlu diorg taw...
    merokok haram...
    tp bg perokok tegar 2...
    hrm ke x..
    xda kesan..

    biar skit dlu bwu nk nyesal...

    ReplyDelete
  3. damha....
    rokok itu racun...

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.