Tuesday, July 05, 2011

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:
  1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.
  2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
  3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah (Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali), sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid.
  4. Membaca 4 Qul lalu meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.
  5. Niat untuk bangun menunaikan solat sunat Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T. akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
  6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.
  7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.
  8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Psan Rasulullah, jangan tidur secara meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak timbul fitnah. Tidur tanpa menutup aurat dengan sempurna akan menghindarkan malaikat, bahkan mengundang makhluk lain.
Laptop kata pergi, bantal kata mariiiii!!! Selamat malam semua. Zzzzzzzzzzzzz...

6 comments:

  1. terima kasih share ni.. slmt malam :)

    ReplyDelete
  2. Rasullullah tido mengiring badan ke kanan sebab tanak himpit jantung semasa tido. Itu hikmahnya.. Islam memang menjaga kesihatannya kan :)

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.