Thursday, February 02, 2012

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Mesti sebelum ni anda biasa dengar apabila ingin membeli minyak wangi bagi pengguna Islam, peniaga/penjual minyak wangi tu mesti cakap, minyak wangi ni takde alkohol, tak haram, blh bawak solat... Ermmmm... Sebenarnya, alkohol dalam minyak wangi bukanlah haram dan hukumnya harus (boleh) dipakai dan dibawa bersolat dengan syarat alkohol tersebut bukan diambil dari proses pembuatan arak. Untuk lebih jelas, boleh baca artikel berikut yang dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

10 comments:

  1. Alcohol yg dalam minyak wangi tu yg macam ethanol, methanol and yg lain2 tu kan.. yg tu bahan kimia je kan. Bukan arak yg org minum tu..

    ReplyDelete
  2. bagus ni..info yg berguna hah...

    ReplyDelete
  3. Artikel'a keren girl...
    FOLLOW ME BACK YA....

    ReplyDelete
  4. Nice info..
    Salam kenal
    Jom join Hanif Blog Bloglist
    Hanif blog bloglist
    Salam kenal….dan I follow sekali
    Tolong komen setelah letakkan bloglist…Thanks

    Letakkan Hanif Blog ( http://hanifidrus.blogspot.com) di bloglist anda.
    Setiap hari saya akan merayau 10 blog di bloglist saya malah akan di ping ke Ping.busuk.
    Entri anda juga akan dilink ke bloglist

    ReplyDelete
  5. http://joejitakash.blogspot.com

    nak kartun? lawat blog saya! tq!

    ReplyDelete
  6. mcam-macam da dalam produk ..even gelatin pun ada

    ReplyDelete
  7. kena hati-hati pilih makanan dan barang-barang keperluan.. kalau tak, habis... bahayaaa..

    ReplyDelete
  8. terjawab sudah persoalan yg selalu membuatkn saya was2..terima kasih untuk informasi ini :)

    ReplyDelete
  9. maksudnya minyak wangi beralkohol boleh dibawa solat..

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.