follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, January 10, 2010

Akuarium Seksyen 2 Shah Alam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Akuarium ni betul2 terletak bersebelahan dengan Wet World Shah Alam (yang sudah kelihatan lebih kepada 'Dry World' kerana keadaan yg kelihatan kering kontang itu). Rasanya seperti sudah lama Wet World Shah Alam tu tutup. Kenapa ya? Malas mau ambil pusing.

It was my abang punya idea la ni yang tetiba bawak saya datang ke akuarium ni. Katanya masa mengajak tu, 'Jom g pasar ikan jap, nak beli lauk sikit.' Blur2 sebentar apabila dia berkata begitu. Tapi layankan saja, adat menumpang kereta dia, jangan terlalu banyak songeh katanya.. Hik3! Sementara menunggu En Siam siapkan SEM analysis di SIRIM tu, we all spent time di akuarium ni. Sebenarnya, akuarium ini adalah kedai menjual ikan serta aksesori akuarium dan yang berkaitan dengan membela ikan. Already know that my abg ni memang dah lama minat dalam bela membela ikan ni.

Oklah, malas mau mengarang ayat lagi, so lets these pics tell u the story...

Akuarium ni sangat besar. Seperti sebuah kolam renang (mungkin keterlaluan pula perbandingan ini) hahahha... oklah, kurang dari kolam renang kalik. Tapi ikan ini sangat besar. Betul. Tidak tipu la.

Rasa seperti ingin terjun ke dalam kolam ini dan mengambil gambar di sebelah ikan ini agar anda boleh mendapat gambaran yang lebih tepat tentang betapa besarnya ikan ni. Ikan yang terbesar di akuarium ini. I told my abg, 'Besarnyer ikan ni bang, macam anak paus kan?' Tapi besar paus lagi. :P

Pari ini diberi makan cacing tanah. Berselera melihat mereka makan. Yaakkkksss!

Henlei sp. Stingray : RM3688
Goshhh!!! Mahalnya!

Gelak kecil saya apabila teringat betapa bersinar-sinar mata abg mention betapa comelnya ikan ini.. Saya hanya mampu mengerutkan kening memandang wajahnya.. Hahahhaha... Sungguh tidak terduga dia akan berkata begitu.

Tiger Oscar : RM6
Alahhhh, gambar tidak berapa sharp la snap guna kamera henset ni. Mata ikan-ikan tu jadi begitu disebabkan pantulan dr flash kamera.

Ni sejenis makanan untuk ikan-ikan itu. Masih hidup lg. Meremang bulu roma okeh tengok ulat2 itu. Yakkssss... Bukan takut, tp geli!

Endlicheri Bichir : RM168
Cantik kah ikan ini? Kenapa harganya sungguh mahal?!

Talapia Sabah, kalau tidak silap saya. Betulkan saya sekiranya silap. :P

Pigeon Checker Board : RM98

A Grade Love Shape Blood Parrot : RM12
Sungguh pelik nama ikan ini.. Hahaha... Gambar tidak begitu cantik, if u can c d real 1, memang sangat cantik ikan ini.

Dasar ikan spa. Hahaha... Saya cuma tekapkan tangan saya pada dinding akuarium itu, berebut ikan-ikan itu mendekati tangan saya.. Hahaha.. RM0.80 seekor kalau tidak salah saya.

Haiwan ini pula tidak termasuk dalam kategori ikan. Hahaha... Dan haiwan comel inilah yang membuatkan saya tercegat lama di tepi sangkar mereka, melihat aksi-aksi mereka. Sangat comel! Its hamster. Si tikus comel itu...

Sangat comel yang seekor yang sedang tidur itu. Kemudian datang si pengacau ini menguis-nguis dengan kepalanya si comel yg sedang tidur itu. Nakal, tp comel! Geram! Haishhhhh...

Rupanya dia ingin mnecari tempat untuk tidur juga. Sekejap saja dia sudah tidur! Dan aksinya tidur juga cukup mengujakan. Sangat sangat sangat sangaaaaaaaat comel ok! Lihatlah sendiri.

Kemudian di dalam sangkar sebelah, mereka berdua ini sedang main gaduh2 mungkin. Sangat comel!

Dan yang ini sedang layan tidur.

Luas juga kedai ini. Mereka turut menyediakan ruang pameran ikan seperti gambar-gamabr di bawah ini. Mari kita lihat...
Anda akan melalui lorong ini untuk ke ruang pameran.

Dan kolam ini. Cuba kita zoom...

Sangat byk coins dlm kolam ikan ini. Izit a wishing pond? Membazir saja mereka humban syiling ke dalam kolam ini. Bukannya ikan-ikan itu boleh menggunakan syiling-syiling itu untuk shopping. Hahahaha...

Ruang pameran.


Setelah melihat-lihat beberapa akuarium, mata terpaku ke arah akuarium ini. Kenapa? Sila lihat gambar di bawah ini. Its arowana. Apa yang ganjil mengenainya? Perhatikan gambar kedua di bawah.

Ikan ini sungguh kasihan. Ini adalah pandangan sebenar ikan ini dr tepi. Ianya bengkok hampir 90 darjah. Kuat sungguh semangat ikan ini untuk hidup dan terus berenang dgn kecacatannya itu.

Dan saya tidak faham apa yang sedang dilakukan oleh penyu ini. Semasa saya mendekati dinding akuarium ini untuk menangkap gambarnya, ia melekat di dinding akuarium seperti gambar di atas. Seolah-olah ingin menonjolkan dirinya untuk di'snap'. Sangat lucu melihat kelakuan penyu ini. Hahaha...

Dan pemandangan ini dilihat dari dalam kedai ini.

Sempat meluangkan setengah jam pusing-pusing dalam kedai ini sebelum En. Siam call untuk pergi mengambil result and report of my SEM Analysis. Sangat seronok dapat melihat kelakuan haiwan-haiwan dalam akuarium ini. Rasa seprti tidak puas melihat. Terfikir untuk mengajak abg untuk pergi ke zoo... Hahaha...


Thursday, January 07, 2010

Cerita Dari Shah Alam


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selesai segala tugasan dan setelah berpuas hati dengan urusan di UM, kami terus menuju ke Shah Alam. Oh lama sungguh tidak menjejakkan kaki di bandar ini. Terakhir kali mungkin 4 tahun yang lalu. Lama bukan? Dulu selalu datang sini kerana ada kawan yang belajar di UiTM Shah Alam. Selalu melepak di hostel mereka. Selain itu, there was 'somebody'. Hahahaha.. Cinta monyet sungguh. Itu dulu semasa saya masih budak hingusan. Haishhhhh... Baiklah, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat di'snap' semasa dalam perjalanan mencari lokasi SIRIM Shah Alam. Luckily my Mr Driver tau selok belok di Shah Alam ini. Hikhik! Harapkan saya drive sendiri, jawapannya, sesatlah saya di sini.

Kami masuk melalui susur ini. Dulu sangat familiar dengan gerbang ini. Semalam, seperti hampir-hampir terlupa tentangnya.

Dan bangunan ini, bangunan lama yg agak unik rekaannya. Betulkan bangunan lama?! Maaf kalau silap. Saya bukan orang Shah Alam! Hik alasan...

Tidak sampai 5 minit perjalanan dari susur masuk dari Lebuhraya Persekutuan, sudah jumpa tempat ini. Sangat mudah rupanya. Kalau saya drive sendiri pun tidak akan sesat punya. Menyusahkan abg saja kerna perlu drive saya ke Shah Alam.

Dan akan menjalankan analisis SEM itu di sini.

Gambar di ambil ketika kenderaan sedang melalui bangunan ini. Sangat suka gambar ini.

Setelah menemui lokasi yang bakal dituju besok, saya serta Mr Driver terus menuju ke Seksyen 2 untuk lunch. Sudah lama tidak merasa ABC Special di medan selera itu. Sangat sedap! Urghhh! Tapi malangnya, disebabkan jam yang sangat teruk serta ketiadaan tempat parkir, maka terpaksa kami beredar tanpa sempat turun dari kereta. Sedihnya saya.. Uhukk... Dan kami makan di tempat lain yang tidak sedap!

Untuk tidak menyusahkan Mr Driver, I decided to stay at Quality Hotel di Plaza Peransang kerana hanya itu saja hotel yang paling dekat dengan SIRIM dan paling convenient kerana berhampiran dengan beberapa shopping complex, hanya beberapa minit berjalan kaki, serta ada banyak gerai-gerai makan. So, tidak akan ada alasan untuk berkata susah untuk carik makan untuk makan malam. Dan stay di Quality Hotel, kebetulan mereka sedang mengadakan promosi, maka price untuk bilik pun sangat murah. I got RM101.20 for deluxe room with double single bed. Normal price adalah RM290, kalau tidak silap dan untuk government rate adalah RM190 something. Better saya ambil saja harga promosi itu. Dan saya pun diturunkan di hotel ini.. Ok dear, see u tomorrow!

Jam 2.58pm. Hari yang sangat panas. Pemandangan dari bilik 2129.

Saja snap senget kerana ingin memasukkan gambar awan dan langit itu.

Bangunan bersebelahan. Bangunan MBSA.


Dan pada waktu malam.

Oh I wish I could took tis pic using my DSLR. Huk, mesti sgt cantik!


Harus tidur dulu. Ada misi yang harus dilaksanakan besok.

Alamak! Faezah, dia ada di UiTM Shah Alam. Tidak sempat untuk berhubung dengannya. Sungguh saya lupa. Faezah, if u read this blog entry, harap maap ye, tidak datang bertemu kamu! Bukan jodoh kita. Hakk! Lain kali ya!


Wednesday, January 06, 2010

Surface Area & Pore Size Analysis


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Mission accomplished! Sangat suke! Berbaloi-baloi turun KL dari Kuantan semata-mata mahu menghantar sampel for BET analysis di UM. Sebelum ni tidak begitu memahami apa itu BET, hanya melalui pembacaan dari journal-journal yang dah publish kt Science Direct. Tapi tu pun tak penah dapat paham.. Haishhhh... But today, the 1 1/2 hour lecture given by Mr Rostam from Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya ni sangat banyak membantu saya untuk memahami apa itu Physisorption, apa itu BET analysis. Selain tu, penerangan yang cukup jelas untuk mengaitkan analisis ini dengan terma-terma seperti 'surface area', 'pore volume' and 'pore size distribution'. Thank you very much Rostam, dia memang sangat banyak membantu. To those yang mau atau bakal mau run any analysis regarding adsorbent, Rostam ni memang sangat banyak ilmu. He said that, there are 5 common test/analysis to determine the physical properties of adsorbent. There are BET, SEM-EDX, XRF and XRD, TG, and TPDRO. Mau tau lebih jelas, tanya dia sendiri la.. Huhuhu..

Harap maaf, gambar ini di'snap' tanpa pengetahuannya.. Haha...

Begitu kusyuk dia memberi penerangan. Ada gaya seorang lecturer yang sedang bagi kuliah.

Bab dia sedang explain figure-figure ni, saya sudah lost! Adussss!!! Sudah tidak mampu untuk folow.. Haha... Rasanya ni dan masuk ke minit 60 dia beri penerangan. Tu yang otak sudah agak tepu.

Semasa sedang snap gambar dia, tiba-tiba dia berpaling! Opocott!! Hahaha, sebab tu gambar ni vibrate skit. Terperanjat apabila dia tiba2 pandang saya. Rasanya dia tak perasan lagi ni saya sedang men'snap' gambar dia.

Dia sedang tiada dalam bilik meeting ini. Jumpa colleague katanya untuk discuss tentang quotation baru yang dia mau beri pada saya. Ada 8 sampel yang bakal diserahkan kepada dia.

Mission accomplished! Terus menuju ke Shah Alam. Besok ada misi seterusnya di SIRIM Shah Alam.

Oh hampir terlupa, pesanan dia tadi, 'nanti kalau ada kawan-kawan kat UMP tu yang mau buat analysis regarding food analysis,' pun boleh contact sama dia. Dia prefer if u can send ur sample by hand rather than by courier kerana dia boleh bagi penjelasan lebih lanjut kalau ada apa-apa yang anda tidak faham. Dia memang tidak lokek dengan ilmu. Tanya saja apa yg terlintas di fikiran kamu, kalau dia tahu, dia pasti akan jawab. Result katanya, dijanjikan boleh siap dalam masa dua minggu selepas mereka menerima PO dari saya. Dan result hanya boleh bertukar tangan setelah mereka mendapat bayaran untuk analysis tersebut. Hope bendahari UMP boleh selesaikannya ASAP, or else, harus tunggu lama untuk dapatkan result itu!


Monday, January 04, 2010

Rahsia di Dalam Loker?!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hahahaha... Hari ini sungguh bersemangat untuk memulakan hari baru (biarpun sy dah start hari baru tu pg td, sebab sy tidur jam 2am). Seperti biasa, apabila celik sahaja, perkara pertama yang dibuat adalah turn on my lappy, then minum segelas air kosong (perlu melatih diri utk mengamalkan perkara ini), kemudian ke bilik air. Setelah selesai semua perkara-perkara wajib, sy amik baju-baju yang dah 2 hari bertimbun di atas tilam (dah basuh, dah kering, dah angkat, hanya malas untuk melipatnya okeh), kemudian sy bukak loker, belek-belek baju dalam loker, kemudian berkata di dalam hati "banyaknya baju aku ni!". Asyik beli baju sahaja, tapi jarang memakainya, mau tak bertimbun baju dalam loker.


Keadaan dalam loker yang dah agak "lost weight" sedikit.. Hahaha... Sebab tahun ni dah beberapa kali angkut bawak balik Sabah. Timbunkan semua di Sabah pula. Kalau tidak, memang penuh! Rasa macam nak jual baju-baju yang dah lama tu pun ader. Patutkah sy jual?

Nice jugak susunan dalam loker sy ni yer? Bukan masa nak snap gambar ni baru susun tau! Memang sentiasa begini keadaan dalam loker me. Like mother, like daughter. Tak percaya, boleh tanya siapa-siapa yang pernah masuk my room. Ikut perangai my mom yang sentiasa kemas dan teratur. Sengaja ingin beri pujian pada diri sendiri sebagai satu semangat untuk memulakan hari ini.. Haishhhhh...


Sebenarnya ada dua loker. Loker yang satu lagi ni, tidak harus didedahkan isinya.. Hahaha... Kerana, macam-macam ada! Nanti kamu terkejut pulak melihat isinya seperti kamu melihat sebuah peti sejuk...





Friday, January 01, 2010

TOP-UP FREE sempena Tahun Baru


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Senario:
"Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.." Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan 'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?
Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, "Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga". Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya.
Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', tabi' tabii'n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

Kisah renungan:
Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda', "Setiap umat ada orang fakih, dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus." Kembali kepada kisah Syadad bin Aus. Satu malam, Syadad bin Aus hendak tidur, tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah. Maka dia berkata, "Ya Allah, nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini." Lalu, beliau bangkit dan solat sehingga Subuh. Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidur malam. Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang menentang golongan kuffar dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu, inikan pula hendak mengangkat senjata untuk pergi berperang.
Tahun baru:
Sesuatu cita-cita tidak mungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan semata-mata, tetapi harus dilaksanakan dengan perencanaan yang culup rapi. Yang dimaksudkan dengan perencanaan ialah suatu aliran menentukan matlamat, menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara yang dimaksudkan dengan perencanaan pula ialah penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya. Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan.
Konklusi:
Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah, kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama 'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal, 2)
Berkata ulama', terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati:
1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2. Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan.
3. Bangun malam dengan beribadat.
4. Bermunajat pada waktu sahur.
5. Berdamping dengan orang Soleh.
6. Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat.
7. Uzlah (mengasingkan) diri daripada orang jahil.
8. Jangan selalu bersama mereka (orang jahil).
9. Makan benda yang halal.
Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka:
1. Mata yang berhirasah (berjaga malam) di jalan Allah.
2. Mata yang menangis kerana Allah.

Ihsan Institut Kefeloan UMP
P/S: Gambar hanya sbg hiasan... :p