follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, March 26, 2011

Lindungi Diri Anda Dari Kanser Serviks (Pangkal Rahim)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum readers... Baiklah, entri kali ni khas buat kaum Hawa kerna kanser pangkal rahim itu hanya berlaku kepada golongan wanita, namun kaum Adam pun blh mengambil tahu tentang informasi berikut dan disampaikan kepada golongan wanita yg berada di sekeliling mereka.
Okeh, entri ni berdasarkan fakta okeh! Tadak main copy paste dr sumber2 yg tidak diketahui kesahihannya. Sebetulnya, artikel dalam entri ni dapat dari risalah percuma yang sy ambil dari Pusat Kesihatan Pelajar UMP semasa mendapatkan rawatan tempoh hari. So, rasanya ini bukanlah copyrighted material. Sebab itu sy mau kongsi dgn kamu semua.

Background text tu pun pkai kaler pink. Pink kan sinonim dgn wanita. Ya ka?!

Beginilah ayatnya.... Kalau dlm gambar di atas x berapa mau kelihatan utk dibaca.

Ada dua versi bahasa dalam risalah tu, BM dan English. So, sy prefer ambil bahasa kebangsaan saja okeh! Semangat cintakan negara dlm diri ni sgt tinggi tau! Tapi kalau ajak tengok wayang, maaf sy tidak layan cerita Melayu lebih2 lagi cerita yg karut marut (cerita hantu, cerita cinta, cerita yg konon2 lawak) kecuali filem epik seperti Puteri Gunung Ledang dgn Hikayat Merong Mahawangsa kerna anda boleh lihat perbezaan kualitinya filem2 tersebut. Owhhh no offence okeh, itu cuma pendapat peribadi sy. Haishhhh melalut pergi bercerita tentang filem pulak kamu ini Luna.

Baiklah teruskan kepada perkara tajuk!

FAKTA PENTING TENTANG KANSER PANGKAL RAHIM DI MALAYSIA:
  • Kanser pangkal rahim ialah kanser kedua paling kerap yang dialami oleh wanita di Malaysia, selepas kanser payu dara (National Cancer registry, 2003).
  • Pada 2002, kanser pangkal rahim meliputi 12.9 % drp semua kanser wanita di Malaysia  (National Cancer registry, 2003).
  • Hampir setiap wanita menghadapi risiko kanser pangkal rahim, tanpa mengira usia atau gaya hidup (McIntosh, 2000; Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005; Gravit and Jamshidi, 2005).
S : Apakah Kanser Pangkal Rahim?
J : Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungkan badan uterus kepada vagina (salur kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak ke bahagian lain badan.


S : Apakah HPV (Human papillomavirus @ Virus papiloma manusia)? 
J : Virus papiloma manusia (HPV) ialah sekumpulan lebih 100 virus yang sangat umum. Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan kanser jenis tertentu. HPV jenis ini dinamakan HPV penyebab kanser 'berisiko tinggi'.

S : Apakah hubung kait antara HPV dan kanser pangkal rahim?
J : Kebanyakan jangkitan HPV berlaku tanpa sebarang gejala dan akan lenyap tanpa sebarang rawatan dalam tempoh beberapa bulan (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Jangkitan oleh HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) perlu berlaku sebelum pembentukan kanser pangkal rahim. Jangkitan ini adalah tanpa gejala dan sebahagian besar jangkitan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Tetapi dalam kes tertentu, jangkita akan berterusan, menyebabkan ia menular menjadi kanser pangkal rahim. Proses ini boleh mengambil masa lebih sepuluh tahun (Bosch et al., 2002; Burd, 2003).

Justeru langkah mendapatkan perlindungan daripada HPV 'berisiko tinggi' (penyebab kanser) adalah penting.

S : Bagaimana HPV disebarkan?
J : HPV ialah sejenis virus umum yang disebarkan menerusi sentuhan antara kulit kemaluan. Oleh yang demikian HPV boleh menjangkiti semua wanita tanpa mengenal usia atau gaya hidup. Hubungan seks tidak semestinya berlaku untuk mendapat jangkitan (McIntosh, 2000).

Dianggarkan bahawa kira-kira empat daripada lima wanita yang mengadakan hubungan seks secara aktif akan mengalami jangkitan HPV dalam hayat mereka, walaupun jika mereka hanya ada seorang atau dua orang pasangan seks (Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005).

S : Adakah saya masih menghadapi risiko jangkitan HPV jika sudah berkahwin?
J : Risiko jangkitan HPV bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80 % daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka (Baseman and Koutsky, 2005).

S : Apakah kondom mengurangkan risiko jangkitan HPV?
J : Kondom mengurangkan risiko tetapi tidak memberikan perlindungan sepenuhnya (McIntosh, 2000). Sepanjang hayat setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim (McIntosh, 2000; Baseman and Koutsky, 2005; Ho et al., 1998; Brown et al., 2005; Gravit and Jamshidi, 2005).

S : Apakah Pap smear?
J : Pap smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah untuk mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim. Biasanya sel diambil daripada pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan.

S : Bolehkah kanser pangkal rahim dicegah?
J : Sehingga baru-baru ini, satu-satunya cara untuk mencegah kanser pangkal rahim ialah menerusi ujian Pap smear dari semasa ke semasa untuk mengesan tanda awal penyakit. Vaksin untuk pencegahan jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim boleh didapati sekarang.

Berbincanglah dengan doktor anda untuk melindungi diri anda dan orang tersayang.

LINDUNGI DUNIAMU
BANTU BASMI KANSER PANGKAL RAHIM

Sebuah pesanan awam yang dibawakan kepada anda oleh

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (3277-U)
8th Floor, Menara Lien Hoe, No. 8, Persiaran Tropicana,
47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (603) 7801 6400   Fax: (603) 7806 5912 




Rujukan :
  • De Villers EM, et al. Virology 2004; 324: 17-24
  • McIntosh N. JHPIEGO strategy paper No. 8, May 2000. Available at http://www.reproline.jhu.edu/english/3cc/3refman/sphpv214.pdf - Last accessed 20 September 2007
  • Baseman JG, Koutsky LA. J Clin Virol 2005; 32S: S16-S24
  • Ho GYF, et al. N Engl J Med 1998; 338:423-8
  • Brown DR, et al. J Infect Dis 2005; 191:182-92
  • 2nd report of the National Cancer Registry; Cancer incidences in Malaysia, 2003
  • Gravitt PE and Jamshidi R. Infect Dis Clin North Am. 2005 Jun; 19(2):439-58
  • Bosh FX et al. J Clin Pathol 2002; 55:244-65
  • Burd EM. Clin Microbiol Rev 2003; 16: 1-17


Friday, March 25, 2011

GIVEAWAY - Kerudung Ungu Giveaway

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum readers...

Hah, dah lama x jalan2 kt belog belogger2 lain... Ari ni sempat g jalan2 sebentar, tersinggah la ini rumah blogger seorang yg sdg buat giveaway.. Baik sy mau bermain sama ini giveaway...

Duration :18 Mac - 28 Mac 2011
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Ada blog
  2. Follow blog Kerudung Ungu
  3. Buat satu entri ringkas tentang giveaway tersebut dan copy banner di atas dalam entri anda dan pautkan ke entri asal giveaway.
  4. Maklumkan Kerudung Ungu tentang penyertaan anda dlm ruangan komen entri giveaway tersebut.
  5. Hadiah... Sila rujuk entri asal.
Sekian terima kasih.


    Thursday, March 24, 2011

    I Feeeeeeeeellll Teda Good!

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

    Assalamualaikum readers... Entri ni sepatutnya sudah di pos semalam... Tetapi kerana ketiadaan 'feeling good' itu, maka dianjakkan untuk dipos pada hari ni! Okeh!

    PENGUMUMAN! PENGUMUMAN! IBU2! BAPAK2! Okeh sy tamau cerita panjang, cerita lebar...Kita saksikan apa yg berlaku seterusnya...

    Hidup buat master kt UMP ni, ni la hobi saya... Mengumpul ubat2an...
    Berikut senarai nama ubat yg dikumpul dlm gambar di atas:
    1. Difflam anti-inflammatory lozenges
    2. Paracetamol
    3. Loratadine
    4. Unasyn sultamicillin
    5. Diphenhydramin

    Antara tempat sy mendapatkan supply ubat2an d Kuantan ni...

    - Kuantan Medical Center
    - Klinik Desa Gambang

    Itu baru list supplier d Kuantan, blm buat list d KL lagi...  Dan itu adalah utk tempoh sepanjang pengajian Master di UMP ini.. Iaitu dlm tempoh 3 tahun... Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku. Jauhkan segala penyakit. Memang seronop dpt perhatian bila kita jatuh sakit ni, tak kisah la dr sesiapa pun. Tapi seksa badan menanggung kesakitan tu, selain empunya badan, Dia saja yg tau.

    Difflam Anti-Inflammatory Lozenges (with antibacterial)
    Each lozenges contains:
    Benzydamine hydrochloride 3.0 mg
    Cetylpyridinium chloride 1.33 mg
    by: iNova Pharmaceuticals (Aust) Pty Ltd.

    Ubat yg sgt menarik perhatian saya... Kaler ubat tu sgt menarik! Biasa ubat semua kaler pucat! Lozeng sakit tekak tu! Rasa lebih kurang lozeng Strepsil, cumanya versi klinik ni tiada perisa halia ke, lemon ke, epal ke, anggur ke, tembikai ke, durian ke or wat so ever la. Tp rasa mint tu ada. Yang putih tu paracetamol.

    Okeh mau pergi buat keraja dolu!


    Kembali ke Sarang Lama


    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

    Assalamualaikum readers...

    Duhhh!!!! Sarang pulak dah?! Sarang apa?! Sarang mana?! Saranghaeyo tu ka?! Sarang bukan sebarang sarang... Sarang seperti foto berikut...

    Ini labcoat siapa?! Saya pinjam dulu okeh! Sedang tunggu labcoat lain dari Sabah sana!

    Sahabat2 seperjuangan musti kenal ini sarang kan?! Akan bersarang di sini sampai viva... Cepatlah selesai semuanya! Terlalu byk perkara yg ingin dikejar... Masa semakin lama semakin berkurang buat saya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.

    Dulu buat adsorbent, SV dr sana Sudan mari, skrg ni buat membrane, projek leader sana Bangladesh mari! Masing2 punya loghat English sndri... Dulu dah tune kepala utk phm English Sudan PM Abdurahman tu, skrg ni kena tune pulak kepala ni utk phm English Dr. Iqbal. Baiklah!

    Seblah kaler biru muda, seblah lg kaler ijo... Baguslah! Meriah sikit tgk kaler2 kt tangan bila sedang buat kerja!

    Dulu zaman2 mengerjakan lab work master, clean room punya lab shoes x ensem mcm ni! Koyak sana, rabak sini. Huhuhuhu... Skrg dah tukar lab shoes ini. Harap blh tahan lama la... Nampak lak brand asadi itu! Hiks!

    Baiklah! Mau beredar dulu dari ini meja... My postdoc boss sdg menunggu di Gas Lab.

    Wassalam...


    Friday, March 18, 2011

    Sunrise (from Kuala Selangor to Sungai Buloh)

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

    Assalamualaikum semua... Duhhh sebetulnya sedang kehilangan idea untuk menaip kata-kata buat muatan entri blog kali ini... Sudah hampir 2 bulan meninggalkan aktiviti ini... Okeh, sy pun kurang senang dan kurang sehat dan kurang masa untuk menghadap laptop utk jangka waktu yg lama buat masa ni. Perjalanan hari ini sungguh melelahkan!

    Semalam tidur jam 3 pagi, kemudian bangkit jam 6 pagi... Kemudian keluar rumah jam 7 pagi, kemudian perjalanan 40 minit dari Kuala Selangor ke Sg Buloh! Kemudian mengejar komuter, kemudian kejar LRT, kemudian mengejar bas ke Kuantan, dan akhirnya sampai di UMP jam 12.30 tgh! Huhhhh, lama tidak melakukan aktiviti kejar mengejar ini membuatkan saya sgt exhausted... Dan jam 3 ptg, SV sdg menunggu di pejabatnya... Owh please, jgnlah dia marah okeh! Katanya semalam, ada 'critical condition' yg perlu dibincangkan! Dan ianya sgt URGENT!

    Okeh! Cut d crap! Meh cuci mata dgn foto-foto berikut.. Sudah sangat lama tidak mengupload gambar ke dlm belog! Gambar diambil menggunakan kamera hp 5.0 megapixel... Tidak berapa shantik. Tp layankan saja okeh!





    Okeh! Perlu bangkit dr tempat duduk sekarang! Persediaan perlu dibuat sebelum ke medan pertempuran itu...