follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, April 13, 2011

Macam Tak Percaya Saja Menang GA Bangku Kosong

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera dan selamat petang (owhhh ptg ni ada pasar malam kt taman ni, hik3!)...

Apa yg macam tak percaya tu Luna?! Oklah direct to the point, org pon tak berselera mau baca panjang2 okeh!

Last 3 months ago, ada join in Pra Giveaway Bangku Kosong. Tak mengharap apa2 pun masa join GA tu. Saja suka suki mengisi masa lapang. Sudah Allah takdirkan itu rezeki saya.... Maksudnya SAYA MENANG la tu. Hakhakhak!

Keputusan Pra Giveaway Bangku Kosong telah dikeluarkan pada 05 Februari 2011, tp baru ini saat saya baca entri utk keputusan tu...


Setiap penyertaan yg layak akan diberikan no penyertaan. Saya dapat No. 50. Kemudian senarai peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kerna ada 5 hadiah yg ditawarkan utk 5 pemenang bertuah yg dipilih melalui Random.org, dan saya pun termasukla dlm Kump Ke-5. Hik3, its all about 5. Saya pun baru perasan!

Tarikh keputusan dibuat : 05 Februari 2011
No penyertaan saya : Yang ke-50
Kump saya : Kump 5

Result generated by Random.org. Kehkehkeh... 

Anyway, masih available lg ka hadiah dia tu?! Inchik HasrulHassan, blh claim lg ka hadiah sy?! Ka sudah expired?! Haiyyok!


Happy 27th Birthday To You

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

Dengan penuh rasa kesyukuran, aku memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah usia ku dalam rahmat agar lebih lama aku dapat mentaatiMu, berikanlah kesihatan tubuh badan kepada ku, tambahkanlah amalan baik ku dgn pertambahan usia ku, murahkanlah rezeki ku. Kurniakan aku iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.

Ya Allah Ya Sami'un Ya 'Alim
Kau kurniakan aku hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yg terpuji agar dengannya dapatlah aku menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri.

Ya Allah Ya Karim
Sejahterakanlah kehidupan ku ini, bahagiakanlah aku, agar kesejahteraan dan kebahagiaan ku  menjadi tempias berharga kepada kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga ku, agama ku, bangsa ku dan negara ku.

Amin Ya Rabbal Alamiin.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-27 Tahun buat saya... Ucapan dan doa yang sama sy tujukan buat semua saudara seagama yg menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini, hari sama dgn saya. Semoga kamus emua sentiasa berada dalam peliharaan Allah.


Tuesday, April 12, 2011

TARIAN POCO POCO ADALAH HARAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum readers@bloggers...


Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yg dipetik dari Malaysiakini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah HARAM!

Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
 

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

- Bernama

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawziyyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ia juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur.

Tepuk dada tanya iman.

Photo courtesy: pakarhowto


Wednesday, April 06, 2011

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 3 )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Baiklah, sy mau try jawab kuiz ni. Mau tau lanjut, blh klik link di bawah.




TEMUDUGA TERBUKA UNTUK JAWATAN KERAJAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Asslamualaikum selamat pagi semua... Okeh details adalah seperti di bawah...


MASIH MENCARI PEKERJAAN YANG SESUAI DENGAN DIRI ANDA?!

TAWARAN KERJA

Minat dalam bidang PERTAHANAN?! Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
  • Tidak rabun warna
  • Kelayakan minimum SP
  • Berumur di antara 18-40 tahun
Kelebihan:
  • Kerja di bawah agensi kerajaan
  • Gaji pokok : RM1800
  • Elaun bulanan (Kola) : RM300
  • Elaun penginapan : RM300
  • Elaun baju seragam : RM150
  • Dobi : RM60
  • Percuma kursus mempertahankan diri
  • Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas
Sekiranya berminat, sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2011 di Pejabat Pertahanan Negeri masing-masing.

Bagi yang berkelayakan, uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tawaran jawatan.

Jawatan: seperti senarai di bawah...

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

POWER RANGERS



KAMEN RIDERS



ULTRAMAN



SAILORMOON (wanita sahaja)


SEMOGA BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERSEBUT!

Emel yang saya terima dari seorang sahabat taon 2008 lepas... Cittttt podacittttt, saya pun dah terkena dolu! Hakhakhak... Gurau-gurau je okeh pagi2 bute cenggini. Okeh, sy sgt lapar dan saya mau berpergian utk bekpes! Pejabat Pertahanan Negeri yg dinyatakan di atas adalah rekaan semata2. Tiada kaitan dgn mana2 agensi kerajaan dalam negara ni.

Sumber ilustrasi : pakcik Google