Mungkin ada yang menarik di dalamnya yang kamu belum tahu... Ini serius!!!
follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
Saya Sertai Bloglist Haris Kaito
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Okeh, saya sertai bloglist Haris Kaito. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada banner di bawah.
TAG:
Tutorial Gadget "FOLLOWER" Yang Baru
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Ingin mempunyai gadget Follower yang boleh anda customize sendiri?! Boleh tukar warna background, warna font, saiz, mengikut citarasa kamu?! Ikuti tutorial berikut.
![]() |
| Gadget Follower yang biasa. |
![]() |
| Gadget Follower yang customize-able |
1. Pergi ke laman web Google Friend Connect
2. Pada paparan seperti di bawah, pilih Add the members gadget atau cara kedua, pilih Gadget > Members. Kedua-dua cara tersebut akan membawa kamu ke tempat yang sama.
![]() |
| Pilih samada untuk klik Add the members gadget/Gadget |
4. Setelah paparan seperti gambar di bawah keluar, salin code tersebut: Tekan right click > Select All > right click > Copy.
5. Untuk add pada blogspot, pergi ke blogspot Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > Ctrl+P untuk paste.
6. Kemudian save!
Saturday, May 21, 2011
Baru 600++ Follower, Dah Ada Blogger Yang Kata Saya "TAK ADA OTAK"
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Benarlah seperti yang selalu dicanangkan oleh blogger-blogger yang mempunyai beribu, belasan ribu malah puluhan ribu follower, bahawa semakin banyak follower kita, semakin banyak juga lah cabaran/tohmahan/kritikal/komen negatif yang akan kita terima. Bukan saya tidak sanggup menerima komen/kritikan blogger lain. Namun amat menyedihkan hati apabila komen yang dilemparkan kepada kita adalah tidak benar (yang boleh menjadikan ia sebagai satu fitnah) tanpa bukti dan usul periksa.
SILA BACA ENTRI INI SEHINGGA HABIS SEBELUM MEMBERI SEBARANG KOMEN.
Benarlah seperti yang selalu dicanangkan oleh blogger-blogger yang mempunyai beribu, belasan ribu malah puluhan ribu follower, bahawa semakin banyak follower kita, semakin banyak juga lah cabaran/tohmahan/kritikal/komen negatif yang akan kita terima. Bukan saya tidak sanggup menerima komen/kritikan blogger lain. Namun amat menyedihkan hati apabila komen yang dilemparkan kepada kita adalah tidak benar (yang boleh menjadikan ia sebagai satu fitnah) tanpa bukti dan usul periksa.
Bukan ingin menuding jari kepada sesiapa. Cuma ingin berkongsi sedikit nasihat untuk dijadikan satu pengajaran agar kita lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam dunia blog ini.
Petang tadi, saya menerima satu komen yang membuatkan saya tersentak seketika... Komen tersebut ditulis pada entri Tunjukkan Pada Saya Allah Itu Wujud yang saya tulis beberapa hari yang lalu. Nasib baik saya menapis semua komen yang ditampal pada entri-entri saya sebelum dipaparkan kepada umum dengan mengaktifkan fungsi comment moderation. Berikut adalah komen yang dihantar:
![]() |
| Komen yang dihantar... |
Untuk mendapatkan penjelasan daripada penghantar komen tersebut (ID blogger adalah dirahsiakan), maka saya berkirim salam dengan menampalkan komen berikut dalam salah satu entri milik beliau. Seperti di bawah:
![]() |
| Ada nada kecewa sedikit di situ... Sabar Luna! |
Dan tidak lama selepas itu, saya mendapat balasan berupa penjelasan untuk komen saya di atas seperti di bawah. Komen-komen tersebut saya tidak paparkan dalam entri saya kerana tidak ingin mendedahkan identiti blogger tersebut.
Saya sangat hargai balasan komen yang diberikan kepada saya oleh blogger terbabit. Sekurang-kurangnya hati tidaklah dijangkiti apa-apa penyakit (marah, geram, kecewa, risau, benci, dan segala penyakit hati yang lain). Semua itu HANYA SALAH FAHAM saja... Jadi beberapa nasihat yang ingin saya kongsikan di sini, juga merupakan peringatan buat diri saya:
![]() |
| Owh begitu rupanya... Saya mintak maaf la kt empunya komen ni jika saya telah tersalah tafsir tadi. |
Saya sangat hargai balasan komen yang diberikan kepada saya oleh blogger terbabit. Sekurang-kurangnya hati tidaklah dijangkiti apa-apa penyakit (marah, geram, kecewa, risau, benci, dan segala penyakit hati yang lain). Semua itu HANYA SALAH FAHAM saja... Jadi beberapa nasihat yang ingin saya kongsikan di sini, juga merupakan peringatan buat diri saya:
BUAT PENGUNJUNG BLOG:
- Sila baca isi entri sehingga habis sebelum memberi apa-apa komen kerana tajuk entri kadang kala tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan dalam keseluruhan isi entri tersebut. Tajuk yang kadang kala agak "panas" hanya satu taktik untuk menarik pengunjung membaca entri kita. Betulkan?!
- Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan sesebuah artikel yang diterbitkan oleh blogger lain, jangan cepat melenting/menghentam dengan memberikan komen yang tidak sepatutnya. Komen-komen seperti itu hanya menggambarkan peribadi kamu yang 'busuk'. Itu yang selalu menyebabkan perang antara blogger. Ingat bahawa komen kamu yang telah dipaparkan boleh dibaca oleh pengunjung lain.
BUAT PEMILIK BLOG:
- Janga cepat melatah apabila menerima sebarang komen negatif daripada pembaca kamu. Sila siasat perkara tersebut sebelum membuat apa-apa andaian negatif terhadap pemberi komen. Takut sekiranya kamu tersalah tafsir maksud yang ingin disampaikan oleh pembaca kamu itu.
- Sila buat tapisan terhadap komen-komen yang diberikan oleh pembaca kamu. Takut sekiranya ada pembaca yang iri hati berniat untuk menjatuhkan kamu atau memalukan kamu dengan menampalkan komen yang berbentuk fitnah yang boleh menjatuhkan maruah kamu.
- Cara untuk membuat tapisan sebelum komen tersebut dipaparkan kepada umum: (anda boleh aktifkannya dengan cara ini: Dashboard > Settings > Comments > Comment moderation > tanda pada Always.
Selamat berblog. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)










