follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, May 05, 2011

Tunjukkan Pada Saya Allah Itu Wujud

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang

Assalamualaikum... 

Okeh dah baca artikel mengenai persoalan mengapa umat Islam menyembah Kaabah yang saya post pagi td?! Tiba-tiba teringat satu lagi contoh yang bijak untuk berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama macam NI, yang saya ambil dari cerita Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz a.k.a Atuk dalam rancangan Adik & Al-Quran semalam (best tau layan rancangan ni, banyak manfaatnya), mengenai keEsaan Allah. Ceritanya lebih kurang seperti di bawah:


Soalan:

Allah tu wujud ke?! Kalau wujud, mana Dia?! Tunjukkan pada saya. 

Cara Mengatasi Soalan:

Ajak dia datang rumah, kemudian hidangkan teh. Teh tu jangan lupa bubuh gula. Kemudian ajak dia minum. Lepas dia minum.... Ikuti dialog di bawah:

"Teh tu manis tak?"

"Manis."

"Macam mana teh tu jadi manis?!"

"Sebab ada gula."

"Jadi dalam teh tu ada gula la?!"

"Ya."

"Tunjukkan saya mana gula dalam teh tu yang menjadikan ia manis?!"

"Ermmmm....."

Kesimpulannya dari dialog di atas: kita boleh rasa manis teh tuh sebab kewujudan gula dalam teh tu, tapi kita tak nampak pun gula dalam teh tu (gula dah larut dan sebati dengan air teh). Namun kita yakin yang teh tu mengandungi gula yang menjadikannya manis. Sama juga dengan 'sakit'. Kita boleh rasa 'sakit' itu bukan?! Tapi kita tidak boleh nampak fizikal 'sakit' itu, bulat ke, bujur ke, segiempat ke, segitiga ke, lonjong ke, panjang ke, pendek ke, what so ever, namun kita rasakan 'sakit' itu.

Samalah halnya dengan kewujudan Allah. Kita tidak nampak Allah secara fizikal. Namun kita rasakan kewujudan Allah. Bagaimana kita boleh katakan begitu?! Cukuplah dengan sekadar kita memerhatikan keindahan dan keajaiban yang ada di dunia ni. Semua adalah ciptaanNya yang menunjukkan kewujudanNya. Sebagai contoh: bagaimana langit yang menjadi bumbung di atas kita tidak runtuh/jatuh ke bawah sedangkan ianya tidak bertiang untuk menyokongnya kekal di atas. Walaupun kita tidak nampak Allah tapi kita yakin, Allah itu wujud.

Semoga kamu mendapat manfaat dari penulisan ini okeh! Kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Mari mensyukuri nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita ni.


3 comments:

syafie said...

bijak betullah awak ni

http://orderbookonline.blogspot.com/2011/05/muaturun-percuma.html

senyumSOYA said...

betul2.. allah itu maha besar.. kalau kita tengok sekeliling kita byk dah bukti allah itu maha esa..

syukur ngn nikmat islam dalam diri~^^!

Mat Tampal said...

entri yang bernas :)
Mat suka... mat mintak izin untuk letak entri ini di blog Mat ye :) Harap dihalalkan :)

copytampal.com