follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, May 21, 2011

Perkara Yang Biasa Dibuat Bila Menginap di Hotel

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Okeh stop! Jangan nak berfikiran kuning okeh! Entri ni tiada kena mengena dengan perkara tutttttttttttttt... Artikel berikut saya petik dari laman blog Macam-macam Cerita Ada. Memang macam-macam cerita ada dalam blog dia ni. Sumber artikel pula adalah dari Majalah Ujang yang ditulis oleh Sabrie Sab. Saya cuma edit sedikit.

Yang macam si Mamat'balak' ni, jangan dibuat bagi yang belum nikah okeh! Sumber ilustrasi: Majalah Ujang

 Kalau yang macam si 'awek' ni, silakan buat selalu. Kan dah kena sebijik. Sumber ilustrasi: Majalah Ujang

Perbuatan ini mungkin jarang dibuat orang yang biasa menginap di hotel tapi sering kali dibuat oleh orang yang tak biasa menginap di hotel Antaranya ialah...

1. Perkara pertama bila masuk bilik akan check segala barang-barang dalam bilik, dari dalam almari sampai la kat dalam mangkuk jamban.

2. Akan terus baring di tilam dan akan melompat-lompat di atas katil bagi menguji keempukan katil tersebut.

3. Akan duduk berjam dalam bilik air yang ada bath tub dan water heater bagi menikmati kemudahan yang memang takde kat rumah.

4. Tidak sesekali menghampakan kehendak perut bila sampai waktu makan di kafeteria yang menyediakan buffet dan akan makan segala benda yang ada.

5. Bila keluar dari bilik,jarang sekali akan menutup TV, air cond dan lampu serta suka memakai selipar hingga ke katil dengan alasan kat rumah tak berani nak buat.
6. Akan sedaya upaya untuk menyepahkan bilik dan menyusahkan pekerja hotel mengemas bilik.

7. Sebelum check out akan mengambil paket gula, serbuk minuman 3 in 1, sabun, tuala, selipar dan kalau boleh nak ambik sekali bantal, tilam, TV, peti ais dengan alasan... dah bayar!


Okeh, saya tidak mau berlagak sangat baik pulak. Saya juga mengaku melakukan beberapa perkara di atas terutama sekali perkara 5 tu... Huhuhuhu... Nasib baiklah kebanyakan hotel buat macam ni: apabila kita ingin keluar dari bilik dan mengambil slot card dari tempatnya, automatically bekalan elektrik di dalam bilik akan terputus. Jadi segala peralatan seperti TV, air cond, dan lampu akan terpadam sekali. Tapi kalau ada dua slot card?! Huhuuhu... Saya biasanya akan biar je satu tu dalam slot device dia tu, yang satu lagi saya bawak keluar. Jahatnya saya! Lain kali jangan buat lagi Luna, okeh! Baiklah!


2 comments:

Amalina said...

Tak suka lelaki yang mcm tu, grhhhh-,-

Frause said...

fedap dak..? fedap la....aku pon semak gak kalo tak tutup tv dalam bilek hotel tu....rasa pedis jer mata nih dengan cahaya...tak leh nak konsertate tidor la plaks..