follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, May 03, 2011

Gambar Mayat Osama Bin Laden Disahkan Palsu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
 
Assalamualaikum...
 
 
Macam mana gambar ni boleh disebarkan dan didakwa sebagai mayat Osama Bin Laden? Gambar ni dikhabarkan dikeluarkan oleh sebuah stesen tv Pakistan, sedangkan dari pihak Amerika menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendedahkan apa-apa gambar atau video berkaitan dengan mayat Osama.

Malam ni tengok Buletin Utama, memberitakan bahawa gambar tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan Pakistan. Namun ABC News melaporkan kemungkinan mereka akan mendedahkan gambar mayat Osama serta video pengkebumian bekas pemimpin al-Qaida tersebut. 
Sejak pengumuman presiden Obama mengenai kematian Osama bin Laden semalam, belum sampai dua hari mengenai berita tersebut, sudah macam-macam cerita dan berita yang berlegar di internet membincangkan isu yang berkaitan dengan kematian tersebut. Macam-macam reaksi yang boleh dilihat dari seluruh dunia.
 
Apapun sebenarnya yang berlaku, sama ada betul atau sekadar satu lagi propaganda barat, Dia juga yang Maha mengetahuinya...
 
Sangat lawak, bukan sahaja stesen berita Fox News yang tersalah menyebut Obama sebagai telah mati, petang semalam, berita semasa di TV2 juga menyebut nama yang sama dan pagi tadi sedang dengar radio, berita radio pun menyebut Obama jugak! Berapa ramai dah yang men'doa'kan Obama mati... Huhuhuhu... No comment!


4 comments:

Nazyrah said...

haha obama fuhh kesiann dia hehehe
tapi aku rasa propaganda kot hehe

Info said...

Pada mulanya saya melihat berita ni..memang mengejutkan ..rupa dari kedua-dua gamber tersebut memang nak dikatankan serupa..

Tetapi mengenainya saya hanya rasa dia masih hidup..dan semua ini hanya propaganda barat..
Blog Informasi

anoyu said...

dy nk lawan royal wedding william -kate gamaknya

Menusuk Hati said...

osama ni,dah banyak kali dilaporkan mati..hm..bosan..jom baca POST TERBARU