follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, May 21, 2011

Baru 600++ Follower, Dah Ada Blogger Yang Kata Saya "TAK ADA OTAK"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...

SILA BACA ENTRI INI SEHINGGA HABIS SEBELUM MEMBERI SEBARANG KOMEN.

Benarlah seperti yang selalu dicanangkan oleh blogger-blogger yang mempunyai beribu, belasan ribu malah puluhan ribu follower, bahawa semakin banyak follower kita, semakin banyak juga lah cabaran/tohmahan/kritikal/komen negatif yang akan kita terima. Bukan saya tidak sanggup menerima komen/kritikan blogger lain. Namun amat menyedihkan hati apabila komen yang dilemparkan kepada kita adalah tidak benar (yang boleh menjadikan ia sebagai satu fitnah) tanpa bukti dan usul periksa.

Bukan ingin menuding jari kepada sesiapa. Cuma ingin berkongsi sedikit nasihat untuk dijadikan satu pengajaran agar kita lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam dunia blog ini.

Petang tadi, saya menerima satu komen yang membuatkan saya tersentak seketika... Komen tersebut ditulis pada entri Tunjukkan Pada Saya Allah Itu Wujud yang saya tulis beberapa hari yang lalu. Nasib baik saya menapis semua komen yang ditampal pada entri-entri saya sebelum dipaparkan kepada umum dengan mengaktifkan fungsi comment moderation. Berikut adalah komen yang dihantar:

Komen  yang dihantar...

Untuk mendapatkan penjelasan daripada penghantar komen tersebut (ID blogger adalah dirahsiakan), maka saya berkirim salam dengan menampalkan komen berikut dalam salah satu entri milik beliau. Seperti di bawah:

Ada nada kecewa sedikit di situ... Sabar Luna!

Dan tidak lama selepas itu, saya mendapat balasan berupa penjelasan untuk komen saya di atas seperti di bawah. Komen-komen tersebut saya tidak paparkan dalam entri saya kerana tidak ingin mendedahkan identiti blogger tersebut.

Owh begitu rupanya... Saya mintak maaf la kt empunya komen ni jika saya telah tersalah tafsir tadi.

Saya sangat hargai balasan komen yang diberikan kepada saya oleh blogger terbabit. Sekurang-kurangnya hati tidaklah dijangkiti apa-apa penyakit (marah, geram, kecewa, risau, benci, dan segala penyakit hati yang lain). Semua itu HANYA SALAH FAHAM saja... Jadi beberapa nasihat yang ingin saya kongsikan di sini, juga merupakan peringatan buat diri saya:

BUAT PENGUNJUNG BLOG:
  1. Sila baca isi entri sehingga habis sebelum memberi apa-apa komen kerana tajuk entri kadang kala tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan dalam keseluruhan isi entri tersebut. Tajuk yang kadang kala agak "panas" hanya satu taktik untuk menarik pengunjung membaca entri kita. Betulkan?!
  2. Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan sesebuah artikel yang diterbitkan oleh blogger lain, jangan cepat melenting/menghentam dengan memberikan komen yang tidak sepatutnya. Komen-komen seperti itu hanya menggambarkan peribadi kamu yang 'busuk'. Itu yang selalu menyebabkan perang antara blogger. Ingat bahawa komen kamu yang telah dipaparkan boleh dibaca oleh pengunjung lain.

BUAT PEMILIK BLOG: 
  1. Janga cepat melatah apabila menerima sebarang komen negatif daripada pembaca kamu. Sila siasat perkara tersebut sebelum membuat apa-apa andaian negatif terhadap pemberi komen. Takut sekiranya kamu tersalah tafsir maksud yang ingin disampaikan oleh pembaca kamu itu.
  2. Sila buat tapisan terhadap komen-komen yang diberikan oleh pembaca kamu. Takut sekiranya ada pembaca yang iri hati berniat untuk menjatuhkan kamu atau memalukan kamu dengan menampalkan komen yang berbentuk fitnah yang boleh menjatuhkan maruah kamu.
  3. Cara untuk membuat tapisan sebelum komen tersebut dipaparkan kepada umum: (anda boleh aktifkannya dengan cara ini: Dashboard > Settings > Comments > Comment moderation > tanda pada Always.

Selamat berblog. :)


13 comments:

Ahmad Syarif said...

Kalau dah follower ramai, mesti ada yang iri hati ..
Sabor jer la yerk.

-----------------------
sembang2 sampai terbang
http://sembangseposen.blogspot.com

Mag said...

haaaaa.... ini kes orang baca tajuk sahaja la nie... tu la pasal.. lain kali kena baca isi nya sekali... dont judge a book by its cover lah bebeh.. hehe... anda cool je la ye.. sabar.. anyway.. Suka baca entry anda.. nice dan menarik.. minat dan follow blog anda ye..

ini entry terbaru saya.
Kehidupan seorang PLAYBOY.. (GAMBAR 18SX)
Aku jumpa blog best punya.. (Mantap)
Gambar selebriti yang berjaya dengan pembedahan Plastik
Seorang Gadis tanpa Baju ditangkap mencuri sebuah bola di pantai
Onani (melancap) - Adakah normal?

soffya cik bulan said...

alhamdulillah,
pnh dpt komen mnghiris hati, sbb kdg2 org tk fhm apa kite nk sampaikan lalu perlian diberi
tp terima dgn hati terbuka....

mkin byk org bc, mkin byk persepsi kite terima...

tp tang komen yg awk dpt tu, hu agk terjut jgk bila kita bc kan, nsb ada penerangan diberi...

anazira said...

dye iri aty kot...banyak2 sabar yep...manusia cam2 ade........sabar taw

saya_arief said...

kene selidik betoi2..
bagus2..
:D

Anonymous said...

sabar2...ini ujian dari Allah SWT.

724422 @ matyo said...

ha.. ha.. ha.. ha
dalam dunia ramai manusia yang salah paham

kawan-kawan bergaduh kerana salah paham
suami isteri bercerai kerana salah paham
masyarakat huru hara kerana salah paham
negara berperang kerana salah paham

tapi saya suka baca komen pembaca blog awak..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
(pinjam gelak tukartiub)

sue perbs.. said...

eh betol jugak la mksud dia tu... cuma bila tk explain org bleh salah faham.. itu pntingnya explanation

Linda Rahim said...

dia pun komen umpama beri tajuk yang panas je...p sib bek juga kamu selesaikan...jd dia pun memberikan penerangan yg memuaskan hati...sy pun nk tapis la komen kat belog sy...tq yea...

LUNA LANUN said...

LindaRahim - memang sepatutnya la kita buat begitu... :)

Unknown said...

huhu,,,, da bce tjuk je mmg la mcm tu jdnye.... :D
follow me ya!

mencarinuryangesa.blogspot.com

thx :D

seliparpink said...

huhuhu..suspen..hurmm tulah dunia blogging sbenaryekan..saya ni pun masih mentah lagi..

LOV NOTE said...

uis seram plak kalo jd cmtu ..

erm slh phm aje tu.. tp mmg mnakotkn..

seb bek tuan blog pandai atasi.. ^^