follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, May 05, 2011

Pelakon Melayu Pertama Berlakon Dalam Filem Keluaran Hollywood

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang

Assalamualaikum...

Tahukah kamu siapa yang dimaksudkan dengan tajuk entri di atas?!

Salah satu adegan lakonan Ibrahim Pendek dalam filem Hollywood 'The Spiral Road'
Ibrahim Hassan atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Pendek merupakan pelakon Melayu dan pelakon Malaysia pertama yang berlakon di dalam filem keluaran Hollywood.

Sewaktu berlakon dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', pihak Universal International, Hollywood, yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood.
 
Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau merupakan pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood. Penggambaran filem yang diterbitkan pada tahun 1962 itu, 'The Spiral Road' telah di lakukan di Universal International, Hollywood. Filem tersebut turut dibintangi oleh Rock Hudson, Gene Rowlans dan Burt Ives. Beliau telah dibayar sebanyak US$35 sehari. Ketika itu beliau berusia 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, Singapura. 
 
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya. Tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.


4 comments:

zuwaidah said...

Laaaaaa..tak tahu pulak dia berlakon filem hollywood...hebat kan.

Farhana Jafri said...

prnah dgr sal ni tp xtahu plak dy xboleh smbung brlakon kt sne.. xsngke kcik2 mcm dy tp brbakat bsar :D

jemput singgah ANASAURUS :)

Anonymous said...

cool gak ibrahim pendik ni ye..

soorynotnice said...

bakat beliau terhalang disebabkan birokrasi...