BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Menjadi fitrah manusia biasa yang sentiasa mengharapkan yang paling sempurna untuk menyempurnakan hidupnya dalam segenap perkara. Okeh, saya tidak terkecuali. Mengejar yang sempurna itu tidak salah, cuma jangan 'terlalu' mengejarnya. Nanti kamu hanya mendapat lelah sekiranya yang dikejar itu tidak kesampaian. Begitulah halnya dalam memilih jodoh. Benar, jodoh itu adalah ketentuanNya. Sudah ditentukan jodoh kita dengan siapa sejak azali. Namun, itu tidak bermaksud bahawa kita hanya duduk diam dan tunggu sehingga jodoh kita jatuh di depan mata.
Okeh, itu sebenarnya intro melalut sedikit. :P Bait-bait kata dalam ayat-ayat di bawah yang saya baca di Facebook memanggil saya untuk berkongsi dengan kamu semua. Hayatilah...
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi. Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, mencuba untuk mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan. Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal
6 comments:
cantik gambar...i like it.kamu yang ambik yer....
mhafizhamza - hik3.. saya la tu yg ambil...
nk LIKE bebesau heheh
cantek.awak amik kos photography ke?
Adean - tak lah... main taram saja ni...
ada bakat jd photographer ni~
Post a Comment