follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, May 10, 2011

Tempat-tempat Mustajab Berdoa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

  •  Masjid. Firman Allah:
Sesungguhnya masjid-masjid itu kepunyaan Allah, maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapa jua selain kepada Allah.” [Surah Al-Jinn, 18]
  • Tanah suci Mekah dan Masjidil HaramRasulullah bersabda:
Orang-orang yang menunaikan haji dan orang-orang yang menunaikan umrah, mereka itu adalah tetamu-tetamu Allah dan pengunjung-pengunjungNya. Jika mereka berdoa pasti doanya akan dikabulkan dan jika minta ampun pasti akan diampuni.[Riwayat An-Nasai]
  • Raudhatun Nabi di Madinah Al-Munawwarah
  • Masjid Al-Aqsa
  • Padang Arafah. Sahabat Jabir menceritakan:
"Rasulullah S.A.W. datang ke tempat wukuf di Arafah dan menghadap kiblat serta baginda sentiasa berdoa sehingga terbenam matahari."
  • Muzdalifah, Mina, Safa dan Marwa. Abu Daud meriwayatkan:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. datang ke bukit Safa dan baginda menunaikan solat di sana dengan memandang ke Kaabah baginda mengangkat kedua belah tangannya sambil memuji Allah dan berdoa dengan apa-apa permohonan yang ditunjuk Allah."