BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Tentu sudah ramai di antara kamu yang tahu mengenai perubahan Hentian Puduraya bukan?! Setelah setahun lebih penutupannya untuk tujuan naik taraf, akhirnya pada 16 April 2011 secara rasminya hentian tersebut telah kembali beroperasi. Buat pertama kalinya pada hari semalam, saya menjejakkan kaki ke Hentian Puduraya setelah sebulan lebih ia beroperasi semula, dan owhhhh!!!! Saya tidak mampu untuk berkata apa2 kecuali WOWWWWWW!!!! MasyaAllah, sungguh tidak disangka, begitu jauh perbezaannya sebelum dinaiktaraf. Penutupannya yang mengambil masa begitu lama memang berbaloi. What you pay is what you get! Sangat awesome! Tidak ubah seperti sebuah shopping complex. Betulkah itu?! Cuma satu yang saya perasan, kebanyakan siling dalam tingkat2 bangunan tersebut rendah2 belaka... Maka kepada sesiapa yang sangat tinggi menggalah tu, berhati-hati okeh!
Setibanya saya dari kuantan, saya membuat keputusan untuk memasuki bangunan Hentian Puduraya tersebut biarpun sebenarnya, tiada urusan memasukinya. Namun berbekalkan kamera 5megapixel telefon bimbit, maka saya pun mula menjadi pelancong ynag jakun melakukan lawatan ke Hentian Puduraya. Setiap sudut dalam bangunan tersebut yang boleh diterokai, saya terokai. Klik sana klik sini. Okeh, hasilnya kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke Hentian Puduraya 'baru', saya ingin sajikan sedikit foto sekitar bangunan tersebut.
Lagi gambar boleh dilihat dalam
Photobucket saya okeh!
|
Wajah baru Hentian Puduraya |
|
Antara kemudahan yang disediakan |
|
Ruangan menunggu di segenap pelusuk bangunan dan tingkat.. Sangat selesa! |
|
Kaunter tiket yang terletak di Tingkat 1. Tiada lagi hiruk pikuk jerit pekik daripada kaunter-kaunter tiket. Baik-baik la pulak pekerja kaunter ni bila dah pindah bangunan baru. Dan tiada lagi staf-staf kaunter tu yang nak tarik-tarik pelanggan ke kaunter mereka untuk membeli tiket. Fuhhhh... Nasib baik. lebih selesa kalau begini. |
|
Rekabentuk pintu ke platform menaiki bas yang sangat menarik! |
|
Tandas yang sangat bersih |
|
Food court yang terletak di Tingkat 4. Sangat bersih dan sangat selesa. |
|
Barisan gerai-gerai makan di food court. Masih banyak yang belum occupy. |
|
Ruang makan bersebelah dengan balkoni di dalam food court. Owh food court fully aircon okeh! Dan tentunya ada ruang khas bagi perokok. |
|
Surau yang sangat bersih dan sangat mesra pengguna. Beg dan bagasi adalah tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ke dalam surau. Harus letak di kaunter meletak beg di depan surau. Gambar ni hanya untuk surau perempuan okeh! Surau lelaki, owh sudah semestinya saya tidak boleh masuk :P. Sewaktu masuk solat zuhur, kedengaran azan berkumandang dari surau ini. I'm not sure sama ada azan akan dilaungkan setiap kali masuk waktu solat ataupun kebetulan ketika saya datang ke sana, ada yang baik hati melaungkannya. Dan solat juga boleh dilakukan secara berjemaah mengikut imam, juga tidak pasti sama ada surau ini memang mempunyai imam dan bilal yang tetap. |
|
Pemandangan dari balkoni food court. Nice bukan?! |
|
Skrin begini ada di setiap tempat kecuali parkir dan surau. Dalam food court pun ada okeh! |
|
Platform menaiki bas juga lebih bersih daripada sebelumnya |
|
Dan saya sangat berpuas hati dengan kawalan keselamatan di hentian ini. CCTV boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam bangunan ini. Mungkin hanya dalam tandas dan dewan solat yang terkecuali dilengkapi CCTV. Kerna sewaktu melangkah masuk ke dalam surau wanita, selepas sahaja melalui pintu memasuki surau tersebut, terdapat 2 buah CCTV di laluan tersebut. Bayangkan betapa ketatnya kawalan keselamatan yang disediakan. Selain sebuah kaunter rakan cop, sekuriti juga boleh dilihat di mana-mana bahagian dalam bangunan termasuk di luar sekitar bangunan hentian ini. Memang saya tidak lihat ulat-ulat tiket yang sebelum ini berleluasa di hentian ini terutama di luar bangunan hentian. No more maggots! |
|
Main entrance tidak ubah seperti entrance shopping complex bukan?! :P Di bahagian atas yang dilihat dalam gambar ini adalah lokasi food court. |
|
Setakat ini saya sangat berpuas hati! |
6 comments:
wow esklusifnya!
hebakna di...
teringat kenangan gi pudu dulu zaman 98-2005... balik kampung...duduk asrama rawang, ngan study uitm.. lepak tempat rehat bau asap bas... rindu pulak rasanya..
bagus la...harap boleh buat kat semua perhentian bas...hehehhee
wahhh...berbeza sangat ngan puduraya dulu..hentian bas dah mcm airport.....
Sekarang dah teruk..patutnya x perlu ada puduraya nie..semua pindah ke BTS..
Post a Comment