follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, May 21, 2011

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Okeh sebetulnya memang ramai yang sudah kenal dengan Tengku Mahkota Pahang ni kan?! Saya pula... Sejak bermastautin di Kuantan ni bermula tahun 2003 tu la mula mengenali baginda. Tak sangka pula sejak saya tinggal di Pahang ni, saya secara langsung 'terkait' dengan Tengku Mahkota melalui tiga... ermmmmmm tiga apa ya?! Okeh senang cerita tiga perkara la.
  1. Baginda bakal menjadi ketua negeri Pahang, tempat saya duduk sekarang ni.
  2. Baginda merupakan Canselor bagi UMP, universiti tempat saya menuntut ilmu sejak tahun 2003 sehingga sekarang.
  3. Baginda merupakan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, pasukan yang saya sertai sekarang.

Dan dalam tiga perkara tersebut, yang paling mudah untuk saya bertemu dengan baginda adalah melalui pasukan Rejimen Askar Wataniah saya ni. Dan setelah manyak kali jumpa, berikut merupakan kali pertama dapat bergambar berdua bersebelahan dengan baginda. Tentunya saya sebagai rakyat biasa yang berasal dari negeri yang tidak mempunyai sultan (Sabah) sangat teruja okeh!


Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2009 Rejimen 505 Askar Wataniah

dirasmikan oleh
KDYTM Brig Jen Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
merangkap Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

pada
07 Oktober 2009

di
Dataran Raub, Pahang

Saya memang bersedia menunggu di tempat yang kurang manusia. Mau mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan baginda. Nasib baik lah bodyguard baginda tak halang dan tak larang saya untuk mengambil gambar bersama baginda.

Keterujaan yang amat sangat. Tak perasan la pulak Incik Razak Ramli sedang merakamkan situasi ini. Owh credit to you Yanti sebab tolong tangkap gambar.

Tengku Mahkota bertanya kepada saya setelah berjaya merakam gambar kenangan bersama baginda, "Nak letak mana gambar ni nanti?!" Saya cuma jawab, "Facebook!" Baginda gelak saja. Eh main gurau-gurau la pulak kau Luna!

Dan hasilnya yang agak kurang memuaskan. No more second chance. Redha je la saya. Takpe, next time akan saya usahakan lagi... Owhhhh muka saya sangat selebet dan sembab disebabkan ketidakcukupan tidur malam tadi.

Yang lain-lain tu duk pandang-pandang jeling-jeling saja.. Jangan jealous okeh!


No comments: