BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Okeh macam seronok la pulak dapat berkongsi sesuatu perkara yang
berlaku di sekeliling kita namun kita jarang mengambil tahu tentang
5W+1H (Who, What, Where, When, Why, How) perkara tersebut seperti yang
pernah saya kongsikan sebelum ini. Perkongsian begini secara tidak langsung boleh menambahkan pengetahuan am saya dan juga kamu semua.
Baik saya kongsi lagi 20 fakta menarik yang saya petik dari laman Wikipedia yang telah dikumpulkan dalam masa beberapa tahun oleh Reywas92. Namun ketepatan fakta tersebut tidak dijamin oleh penulis.
Baik saya kongsi lagi 20 fakta menarik yang saya petik dari laman Wikipedia yang telah dikumpulkan dalam masa beberapa tahun oleh Reywas92. Namun ketepatan fakta tersebut tidak dijamin oleh penulis.
- Perkataan 'Trivia' berasal dari perkataan Latin 'Tri- + via' yang bermaksud 'tiga laluan'.
- Perkataan 'Nazi' merupakan singkatan kepada 'Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei'.
- Elvis Presley mempunyai kembar lelaki seiras yang bernama Garon yang meninggal dalam kandungan.
- Marie Curie, seorang saintis penerima Anugerah Nobel yang menemui unsur radium, meninggal dunia akibat keracunan radiasi dan individu pertama yang mati akibat radiasi.
- Albert Einstein tidak pernah belajar memandu kereta.
- 'Laser' merupakan singkatan bagi 'Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation' atau Pembesaran Cahaya oleh Pancaran Sinaran yang Terangsang.
- Nama sebenar Ralph Lauren adalah Ralph Lifshitz.
- Semasa Albert Einstein meninggal dunia, perkataan terakhir beliau mati bersamanya kerana jururawat yang berada di sebelahnya tidak memahami Bahasa Jerman.
- Seseorang dengan berat 150 pound di bumi mempunyai berat sekitar dua tan di matahari.
- Secara purata, mata seseorang akan tertutup sekitar 30 minit sehari sewaktu berjaga kerana berkelip.
- 'Hippopotomonstrosesquippedaliophobia' ialah takut kepada perkataan panjang.
- Katak paling kecil di dunia ialah Eleutherodactylus Iberia. Ukuran panjangnya adalah 3/8 inci.
- Disebabkan oleh putaran bumi, objek yang dilontar ke arah barat sedikit lebih jauh daripada arah lain.
- Perkataan '-ology' atau 'kajian tentang' (contoh: pathology adalah kajian tentang penyakit) yang paling pendek adalah oology, kajian tentang telur.
- Setiap president Amerika Syarikat yang mempunyai janggut/jambang adalah dari Parti Republican.
- Nama Oprah pada Oprah Winfrey adalah hasil dari kesilapan menaip. Orang tuanya ingin menamakannya dengan nama dalam Bible, Orpah, namun bidan tidak dapat mengejanya dengan betul dan hasilnya adalah Oprah.
- Hitler adalah seorang vegetarian.
- Walt Disney pernah dipecat oleh seorang editor akhbar kerana kekurangan imaginasi.
- Hula Hoop adalah diharamkan di Finland.
- William Shakespeare meninggal dunia semasa hari ulang tahun kelahirannya pada tahun 1616.
1 comment:
wah..superb.. :)
Post a Comment