BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
|
Rumah kelahiran P.Ramlee yang telah dipulihara oleh Arkib Negara bermula pada tahun 1991 setelah pengambilalihan rumah tersebut untuk diabadikan sebagai sebuah monumen sejarah negara. Gambar rumah asal. |
P.RAMLEE
RENTAK IRAMA SEMASA REMAJA
Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah
mengikat janji dengan takdir - suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang
akhirnya menjadi mekar segar dalam masa tiga dekad di dalam hayatnya. Semuanya
bermula apabila dia menerima tawaran menyanyi dan berlakon di Shaw Brothers
Malay Film Productions di Singapura. P.Ramlee telah mengorak langkah yang
pertama dan seterusnya menjadi seniman agung.
|
Bangunan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri
Pulau Pinang (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia) yang terletak bersebelahan dengan rumah kelahiran P.Ramlee. |
P.Ramlee (nama sebenarnya, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh) lahir di
Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Ayahanda beliau, seorang ahli pelayaran dari
Lho’ Seumawe, Acheh yang datang ke Pulau Pinang, telah berkahwin dengan Che Mah
bt. Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth pada tahun 1925.
Ramlee menerima didikan awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa, di Sekolah
Francis Light dan seterusnya di Penang Free School sehingga tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Semasa zaman persekolahannya, Ramlee kurang berminat terhadap
pelajarannya tetapi menunjukkan bakat cemerlang dalam bidang seni, terutama
seni muzik. Beliau beruntung mendapat tunjuk ajar dari Encik Kamaruddin,
seorang guru muzik yang memimpin ‘Brass
Band’ di Penang Free School.
Semasa pendudukan Jepun, Ramlee memasuki sekolah tentera laut Jepun
(Kaigun). Di sana beliau belajar menyanyi lagu-lagu Jepun dan menjadi terkenal
di kalangan rakan-rakan Jepun sebagai penyanyi yang baik. Beliau juga
berpeluang belajar main biola, piano dan ukulele di bawah tunjuk ajar Hirake
San semasa berada di Kaigun. Beliau belajar main gitar daripada Encik Zain
Kechik, pemimpin pancaragam “Bintang Sore”.
Penglibatan Ramlee dalam dunia muzik bermula apabila beliau masuk kumpulan
“Terona Sekampung” sebagai pemain biola. Hampir setiap malam beliau bersama
pancaragam ini menghibur para tetamu di majlis-majlis pesta yang lain. Semasa
inilah beliau mula mencipta lagu-lagu, dan salah sebuah daripada lagu-lagu itu
ialah “Azizah” yang merupakan suatu ciptaan khas untuk seorang gadis yang
pernah memikat hatinya. Ramlee meninggalkan “Terona Sekampung” dan menjadi
anggota pancaragam “Mutiara”, dan kemudiannya menjadi anggota kumpulan lain
yang dipanggil “Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia” sebagai pemain biola
utama kumpulan itu.
|
Biola milik P.Ramlee
|
Dalam satu pertandingan keroncong yang diadakan di seluruh Pulau Pinang dan
Seberang Prai dalam tahun 1947, pancaragam Ramlee telah menggondol kejuaraan
pertandingan dengan lagu “Keroncong Oh Suci” yang dinyanyikan oleh Ramlee
sendiri. Semasa pertandingan inilah
beliau mengubah namanya kepada “P.Ramlee” dengan mengambil huruf “P”
pada nama ayahandanya, Puteh bin Karim. P.Ramlee juga telah menempah nama
sebagai seorang biduan yang berbakat apabila beliau memenangi kejuaraan
“Bintang Utara Malaya” dalam tahun yang sama. Kemudian beliau memasuki kumpulan
muzik lain yang dipanggil “Mustika” di Butterworth. Di Bandar tersebut ada pula
pertunjukan pertanian dan P.Ramlee serta kumpulannya telah diundang untuk
menghibur para pengunjung semasa pesta itu diadakan. Pada suatu malam, alunan
lagu “Azizah” telah menarik minat seorang pengarah dari Singapura yang sedang
mencari bakat baru. Beliau menawarkan kepada P.Ramlee dan seorang rakannya,
Sukardi, suatu peluang kea lam perfileman - iaitu satu screen test di Shaw Brothers Malay Film Productions di Singapura.
|
Antara filem lakonan P.Ramlee. |
|
Biduanita yang pernah berganding dengan P.Ramlee sebagai heroin dalam filem-filem lakonan P.Ramlee. |
Pada
8 Ogos 1948, P.Ramlee bersama Sukardi menaiki keretapi di Prai untuk berhijrah
ke Singapura, maka bermulalah satu era baru dalam dunia muzik dan perfileman
Melayu - satu dunia fantasi yang dicipta oleh seorang pemimpin seni telah
menggembirakan jutaan manusia. Semua ini berlaku kerana seorang jejaka yang
tinggi lampai lagi berjerawat berani mengikat janji dengan takdir.
Sumber : Arkib Negara
Kejadian berlaku setelah selesai membentangkan paper di satu persidangan yang diadakan di Hotel Gurney, Pulau Pinang. Owhhhh, my sahabat seorang ni, kalau dia turut serta memang seronok kerna dia ni jenis yang kaki jalan. Dialah yang sentiasa menjadi tourist guide saya bila kami berkesempatan menghadiri any conference sama-sama. Pastinya akan diajaknya sahabat-sahabat yang lain untuk menjelajah seluruh tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut. Maka setelah masing-masing selesai membentangkan paper masing-masing, maka kami bertiga menaiki bas dari Komtar ke sini. Berikut antara foto yang sempat dirakam sewaktu lawatan sambil belajar (huhuhu) kami bertiga ke sana...
|
Lokasi di hadapan pintu masuk ke perkarangan Bangunan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang |
|
Jadual waktu lawatan. |
|
Pandangan hadapan rumah.
|
|
Pandangan sisi... |
|
Pintu masuk utama ke dalam rumah kelahiran P.Ramlee.
|
|
Galeri yang menempatkan pelbagai barangan milik peribadi P.Ramlee seperti alat muzik, baju, kasut, mesin taip dll. |
|
Jika kamu singgah sini, jangan lokek okeh! Dermalah barang singgit dua paling ciput. |
|
Ruang kamar tidur... |
|
Pintu masuk ke dapur... |
|
Ruang dapur. |
|
Terletak di bawah kolong rumah... |
|
Our tourist guide sedang merangka perjalanan seterusnya... |
Owh sangat panas pada petang itu. Kami sampai di sini lebih kurang jam 3pm, sempat la jugak menjelajah seluruh pelusuk bangunan di sini. Hiks... Kemudian, yangs edihnya terpaksa jalan kaki balik ke hotel pada petang itu kerna bas dan teksi sangat susah mau dapat masa tu. Haishhhhh...
2 comments:
selamat dtg kepenang...bila mai tu.....saya dah biase gi kat citu rumah p ramlee...
luna...ko jln kaki blk hotel???dr rumah p ramlee ni smpi ke gurney???ko jln kaki..hahaha...hebat...fyi dulu aku ddk dkt2 area umah die ni gak...pastu slalu jln kaki gi komtar ngn arwah mak & ayah aku...owh...i miss that moment...klau aku ckp dh xlarat jln mesti ayah aku sewa beca lak...syok...hehehe..classic betul...
Post a Comment