follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, June 22, 2013

Cameron Highlands Tourist Guide - Places To Visit

Assalamualaikum...

Just to share some places to drop by when you visit Cameron Highland... Sekarang ni tengah membiasakan diri untuk buat sedikit research tentang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi apabila ingin bercuti ke satu-satu destinasi pelancongan. Bagi saya ianya penting supaya kita betul-betul well prepared untuk fully explored tempat tu dan tak missed sesuatu yg menarik yang menjadi tarikan pelancong bila berada di sana nanti. Website berikut menjadi rujukan saya untuk menyediakan checklist tempat2 utk dikunjungi di Cameron Highland.

  1. http://cameronhighlands.com
  2. http://www.cameronhighland.net/


Berikut merupakan checklist saya untuk percutian ke Cameron Highland. Antara tempat-tempat yang mesti anda lawati apabila berada di Cameron Highland. Semasa kunjungan, kami bermalam di Pekan Brinchang. Checklist berikut saya sediakan mengikut turutan persinggahan kami yang bermula di Pekan Brinchang, naik ke Kea Farm kemudian turun ke Pekan Tanah Rata melalui Pekan Brinchang.

  1. Pasar Malam Pekan Brinchang
  2. Ladang Strawberi
  3. Honey Bee Farm
  4. Taman Rama-Rama
  5. Taman Cactus
  6. Rose Centre
  7. Time Tunnel Gallery
  8. Taman Agro Teknologi MARDI
  9. Ladang Teh
  10. Air Terjun Lata Iskandar


Kebanyakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Cameron Highland terletak di antara Pekan Brinchang dan juga Kea Farm. Sekiranya ingin menginap di Cameron Highland, saya cadangkan agar anda menginap di Pekan Brinchang. Namun sekiranya anda mengimpikan persekitaran yg tenang dan aman, menginap di Pekan Tanah Rata adalah pilihan terbaik. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kepadatan pengunjung, adalah lebih baik untuk ke sini semasa off-peak seasons. Elakkan musim cuti sekolah ataupun cuti am. Memang jam pack terutamanya di Pekan Brinchang dan juga Kea Farm.




Pasar malam ni terletak di sepanjang jalan berhadapan Balai Polis Pekan Brinchang. Dibuka setiap malam Khamis dan Jumaat bermula pukul 4 petang sehingga ke lewat malam, manakala dibuka setiap malam sepanjang musim cuti sekolah dan cuti am.




Ladang strawberi menjadi tumpuan utama di Cameron Highland. Tidak lengkap bercuti di sini tanpa melawat dan merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi sendiri. Terdapat banyak ladang strawberi di sekitar Tanah Rata, Brinchang dan juga Kea Farm yang turut menawarkan perkhidmatan "self-plucking".

Kami memilih untuk melawat Big Red Strawberry Farm yang terletak di Pekan Brinchang.








Jangan lupa untuk memilih ladang/kebun strawberi yang menyediakan perkhidmatan "self-plucking" sekiranya anda ingin memetik buah strawberi anda sendiri.







Terdapat 3 buah ladang madu lebah yang membolehkan pelawat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengeluaran madu lebah:

- Ee Feng Gu Honey Bee Farm (terletak di Kea Farm)
- Highland Honey Bee Farm (terletak di pesisir jalan menuju ke Ladang Teh Boh)
- Cameron Tringkap Bee farm (terletak di Tringkap)

Kami memilih Ee Feng Gu Honey Bee farm untuk diterokai... Madu lebah adalah produk yang wajib dibawa balik setelah melawat ladang lebah tersebut.







Taman rama-rama yang kami lawati mengenakan bayaran sebanyak RM5/dewasa dan RM2/kanak-kanak (harga tertera sehingga semasa lawatan). Dibuka setiap hari dan terletak di sekitar Kea Farm. Mengikut peraturan taman tersebut, adalah dilarang untuk mengganggu rama-rama, tapi memandangkan rama-rama tersebut sangatlah mesra manusia, ambil kesempatan ler jawabnya.... Takde pun petugas taman yang duk peratikan kau doplohempatjam...









Kalau nak puas hati untuk tengok kaktus, pilihlah Cactus Point yg terletak di tepi jalan dari Brinchang ke Kea Farm. Kat Brinchang pun ada jugak, kat Cactus Valley yang berkongsi kawasan dengan Big Red Strawberry Farm, tapi masuk adalah berbayar. Kat Cactus Point, free of charge!

Cactus Valley, nak masuk kena bayar... Tu yang bergambar kat depan je nih!

Dah ada tempat yang free of charge, pilihlah Cactus Point. Produk pun lebih kurang sama je. Lagi pulak, Cactus Point ni lagi besar dari Cactus Valley.
















Tempat ni memang sangat cantik... Tempat yang wajib dilawati, terletak di Kea Farm. Agak ke belakang sikit dari jalan besar. Tapi berbaloi untuk sampai ke sini... Kawasannya luas, dan sesuai sangat kalau nak exercise naik turun tangga! Semput jugak dibuatnya kalau nak melawat seluruh kawasan taman tersebut.

Tiket dengan harga RM5/dewasa dan RM2/kanak-kanak dikenakan untuk lawatan dalam taman ini. Walaupun namanya Rose Center, namun terdapat berbagai jenis bunga yang menghiasi landskap taman tersebut. Melangkah masuk ke taman ini bagaikan melangkah masuk ke taman wonderland... Huhuhuhu... Sangat colourful, dari kejauhan lagi boleh tengok ke"colourful"an taman tersebut.



Snowhite "bapok" with 7 dwarfs... Hahahaha...




Semakin tinggi anda mendaki, semakin awesome pemandangan latar belakangnya!


Setakat paras ni je yang saya sanggup daki. Nun kat belakang tu, ada lagi tangga sampai ke puncak bukit!










Merupakan stesen penyelidikan MARDI yang terletak di Tanah Rata. Tiket berharga RM5/dewasa dan RM2/kanak-kanak dikenakan.






Landskap dalam taman ni pun awesome. Cumanya tak sempat nak snap banyak gambar sebab kejar masa untuk balik sebelum Maghrib ari tu!




Tidak akan lengkap percutian ke Cameron Highlands tanpa menjejakkan kaki ke salah satu ladang teh di sini. Kami memilih untuk singgah di Ladang Teh Bharat yang terletak di tepi jalan, sangat convenience kalau setakat nak singgah bergambar berlatarbelakangkan ladang teh, dengan sebuah Tea House yang mempunyai pemandangan yang sangat awesome sambil anda menghirup secawan teh.











Destinasi terakhir adalah Air Terjun Lata Iskandar. Terletak di tepi jalan laluan Tapah-Cameron Highland. Sekiranya anda melalui laluan Tapah-Cameron Highland, pastinya anda tidak akan terlepas untuk melalui kawasan air terjun ini. On tha way go to/back from Cameron Highland, bolehlah singgah sebentar... Setakat untuk bergambar, oklah kot. Nak mandi, ermmmmm... Saya tak prefer untuk mandi kat sini... Kawasan open sangat...




Adalah sangat tidak praktikal membawa baby stroller di kebanyakan tempat-tempat di atas, sebabnya kebanyakan kawasan tersebut bermukabumi tidak rata. Naik tangga sokmo! Kalau nak exercise, memang sesuai melawat sambil dukung baby macam saya ni! Balik dari holiday kat Cameron Highland, trus demam 2 hari disebabkan keletihan yang amat dek dukung baby naik turun bukit!