follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, May 18, 2011

Bila Malaysia Banyak Sangat Cuti, Kerja Pun Ber'Cuti' Jugak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Pernah terbaca dalam satu artikel suatu masa dahulu mengenai fakta yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling banyak cuti umum. Benarkah?! Betulkan saya jika saya tersilap mengenai fakta itu. Jika diimbas dalam bulan Mei ini saja, sebanyak 3 jenis cuti umum (bergantung kepada negeri) iaitu Hari Pekerja, Hari Wesak dan Pesta Kaamatan (Sabah sahaja). Nasib baik Hari Ibu dan Hari Guru tidak diberikan cuti umum. Mungkinkah faktor kepelbagaian bangsa dan suku kaum di Malaysia ini yang menyebabkan setiap hari kebesaran setiap bangsa atau suku kaum perlu diberikan cuti umum demi menjaga keharmonian dan keamanan supaya tidak ada bangsa atau suku kaum yang merasa dianaktirikan di negara sendiri. Itu cuma pandangan peribadi saya.

Perkara tersebut sudah acap kali diutarakan kepada saya oleh mereka-mereka yang bukan berasal dari Malaysia. "Baru minggu lepas cuti, minggu ni pun cuti lagi. Bila kerja nak siap kalau asyik cuti memanjang." - Something like that. Bukan salah saya. Janganlah marah saya. Huk3! Cuti umum cuma sehari atau dua hari, namun pasti akan ada cuti tambahan, apatah lagi jika cuti umum tersebut cuma selang sehari dengan cuti hujung minggu.

Itu baru cuti umum okeh. Cuti khusus?! Cuti kawin la, cuti beranak la, cuti mengandung la, cuti nenek kawin la, cuti bf/gf sakit la, cuti nak balik kampung tengok lembu beranak la, dan macam-macam lagi yang kadang-kala bila difikirkan logik akal, memang tidak masuk akal. "Orang Malaysia ni memang banyak sangat cuti kan?!" Bayangkan warganegara asing yang bekerja di Malaysia berkata begitu kepada kamu?! Apa reaksi kamu?!

Baiklah, bukan mau menidakkan nikmat cuti tersebut. Ya, bercuti itu tidak salah, namun boleh mendatangkan impak yang tidak baik terhadap mutu perkhidmatan apabila seseorang pekerja itu bercuti, kerja/tanggungjawab yang dipikul oleh perkerja tersebut turut 'cuti'. Bukan ingin memburukkan nama baik mana-mana pihak. Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa pun. Namun, bayangkan sekiranya kamu punya perkara yang perlu diselesaikan segera, urgent sangat! Namun apabila ingin berurusan mengenai perkara 'urgent' tersebut, individu yang dipertanggungjawabkan untuk kerja terbabit bercuti, dan tiada pengganti, dan perlu menunggu sehingga individu tersebut masuk kerja semula, bukankah itu hanya memburukkan nama baik sesebuah institusi tersebut?! Tentunya kita tidak ingin reputasi pekerja negara kita dilabel sebagai tidak profesional la, tidak beretika la, tidak bertanggungjawab la, tidak yang macam-macam tidak. Jika bercuti, pastikan ada pengganti yang boleh menjalankan tugas kamu semasa ketiadaan kamu nanti.

Sekali lagi ditekankan, saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa pun. Itu cuma luahan pendapat saya. Lain manusia, lain fiilnya. Sendiri mau pikirla.


No comments: