follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, May 25, 2011

Holy Water - Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Tentu ramai di antara kamu semua, termasuk saya, yang pernah terdengar atau terbaca penyebaran cerita mengenai 'holy water' yang dianggap boleh memurtadkan orang Islam apabila terminum air tersebut bukan?! Sejauh mana kebenaran cerita tersebut?! Berikut merupakan artikel yang diterbitkan dalam laman web iluvislam.com yang ditulis oleh saudara Muhamad Na'im B. Ab Razak mengenai perkara tersebut. Benar atau tidak dakwaan itu, Allah jualah yang Maha Mengetahui.
Foto didaptasi dari laman web Central Basin.
Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.

Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran

"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".

Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.

"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.


13 comments:

k0k s3n w4i said...

i'm not christian, but i thank you on behalf of my christian friends for your fair-minded and sceptical assessment of some prejudiced people's slanders against christians. it's really ugly when some ignorant muslims project such wickedness onto others.

Cik Puan Izan❤ said...

tumpang baca...^^

Rina Rahamat said...

oh ye ker..pernah dgr juga kisah holy water nih yg boleh gelapkan hati kalo terminum..

rai said...

pelik..tapi benar..ramai org islam yg suka menyebarkan perkara yg tak tau betul ke tidak macam kisah holy water ni..

rafina mimi abdullah said...

akak baca tp tak berani nak komen lebih2 pasal isu ni berat melibatkan dua agama..hanya ALLAH SAJA YANG TAHU KEBENARANNYA..tapi keberanian adik untuk buat entri ni akak tabik..

Ina Azrina said...

"Salah satu ajaran agama Islam adalah bersikap adil termasuklah kepada orang bukan islam.. ia telah dibuktikan melalui sejarah dimana masyarakat bukan islam yang dipanggil kafir dzimmi di zaman Nabi Muhammad saw hidup dilindungi dan dijami...n keselamatan oleh kerajaan islam Madinah... dan islam juga mengajar supaya tidak menyebarkan apa2 berita yang tidak benar atau berunsurkan fitnah.. Apa yang kami lakukan adalah kerana mengikut tuntutan agama kami. walaubagaimanapun, sesetengah isu terutamanya berkaitan akidah (faith) merupakan sesuatu yang tiada kompromi dlm Islam".

- penulis blog www.iluvislam.com, Muhamad Na'im B. Ab Razak.

suzialfredshin said...

sy seorang mualaf dan pernah menganut agama kristian, dan apa yang saudari terangkan di sini adalah benar. walaupun sy sudah menganut agama Islam, tetapi tidak sekali2 pun sy akan terima fitnah sebegini kerana ianya dusta. Ya, holly water adalah air pili biasa sahaja dan dibaca sedikit doa. Apa sahaja, kita semua manusia biasa tetapi pegangan yang berbeza, itu sahaja..

ieda =.= said...

xnak komen ape2 bab tu.. tkot slp..hikhik..jauhkan diri anda dari sgala fikiran negatif..

^_^ syieda folower 700 luna lanun ^_^

LUNA LANUN said...

Mrs. Yie - artikel ni bukan tulisan asal saya akak. saya cuma kongsikan artekel yang ditulis oleh penama yang saya sebut di atas tu. saya cuma ingin sebarkan saja kalau2 ada yang belum membacanya...

Ismi Azraf said...

Apa yang ditulis di Iluvislam tersebut adalah benar. Islam meletakkan keadilan dalam setiap perkara dan setiap hukum perlu berasas dan diperjelas. Bab air tersebut juga benar kerana air tersebut bukan untuk diminum. Sebagai da'ie saya pernah ke gereja untuk perbincangan antara masyarat Islam dan Kristian demi kemaslahan. apa yang saya lihat penganut kristian tidak minum air tersebut malah mereka ambil air tersebut dari paip biasa.

Kadangkala yang menjadi hijab(penghalang) dakwah kepada penganut Kristian/mana2 agama untuk menerima Islam adalah berpunca dari kelalaian umat Islam itu sendiri.

Wallahua'lam.

syakirahmn said...

ada jugak baca ni di iLUVISLAM.
itu lah,baru tau.ingtkan mmg air campuranbenda2 kotor tu. rupanya tak...

Anonymous said...

saya berjanji akan menjadi follower tetap luna lanun....:)

Dragon said...

mintak maaf jika terslah taip...tp kita xleh membahaskn kaum kristian sbagai sahabat kita..ni dri mne yg sy tau dripd guru sy....