|
Beginilah presentation makanan yang dihidangkan dalam penerbangan AirAsia. Kalau AirAsiaX, i'm not so sure sebab tak pernah naik lagi AirAsiaX. Menu dihidangkan memang panas-panas. Mau jaga kualiti in-flight meals la tu kalik. Yang ni saya pre-book online, maksudnya semasa tempah tiket melalui online booking, saya booking makanan sekali. Jimat 25% daripada beli semasa on-board. Lagi satu yang bestnya bila buat pre-book ni, makanan untuk orang yang buat pre-book online ni akan dihidangkan terlebih dahulu. Lepas habis hidang untuk semua penumpang yang buat pre-book ni, barulah mereka akan layan untuk on-board punya purchasing. Banyak kelebihannya. Satu lagi, menu yang kamu inginkan semasa on-board purchasing tidak semestinya available okeh. Kadang2 mereka akan kehabisan stok. Makanya, untuk selamat, buatlah pre-book meals |
|
Inilah dia my favourite meals, Nasi Lemak Pak Nasser. Rendang ayam dia memang sedap. |
|
Yang ni pulak Spaghetti Chicken Ball. Ok jugak. Tidak mengecewakan tekak saya. Yang ni beli masa onboard. Sebetulnya saya order Nasi Lemak Pak Nasser tu, tapi dah habis, so order la yang lain. Owh lagi satu, AirAsia mengamalkan "No Outside Foods" untuk dimakan dalam penerbangan mereka. tapi saya dengan selamba yang bukan macam badak, suka sangat beli McD dan makan dalam flight. Hahahahaha. Lepas tu time flight attendant mereka mengutip sampah sesudah kita habis makan, mereka tamau kutip sampah yang bukan datang dari menu mereka. Nasib baiklah saya ni berhati mulia, tidak tinggalkan saja sampah itu di atas seat semasa turun dari pesawat. Mereka jugak yang susah nanti. |
Itu cerita AirAsia punya meals la. Kalau
MAS pulak, biasanya saya naik yang
Economy Class, makanan dah termasuk dengan harga tiket sekali. Bila kita dah onboard, dia bagi 2 choices of meals. So, kamu boleh pilih yang mana kamu mau. Untuk
First Class punya
menu, agak special kot... Tak pernah lagi merasa penerbangan
First Class ke mana-mana destinasi dengan MAS sebelum ni.
|
Okeh, macam ni la presentation untuk MAS pulak. Yang ni tahun lepas punya presentation, tak tau la kalau mereka dah tukar lain pulak. Comel polisterin mereka tu! Rasa cam nak bawak balik jer buat souvenir! Hahhaha |
|
Yang ni menu roti canai dengan kari ayam! Yakssss... Roti canainya sangat keras! Rasa macam makan getah tayar kereta pun ada! |
|
Yang ni pulak?! Flight apa pulak ni?! Hahahahha... Lain macam saja. Macam kotak kek pun ada. Owhhhh... Inilah dia rangsum penerbangan dalam Flight Charlie TUDM. Hik3! Mangga owhhh dapat naik Charlie. Bukan sembarangan orang blh naik Charllie macam penerbangan komersil lain. Ni semasa program Kembaraduga Mendaki Gunung Kinabalu last year, berpeluang menaiki Charlie. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir kalinya menaiki pesawat tersebut. Tak tau bila lagi akan dapat peluang macam tu. Shangat seronok walaupun duduk berlaga lutut dalam flight tuh! Hik3! Takpe, nanti lain kali saya post entri semasa penerbangan dengan Charlie tu. |
|
Dan beginilah isinya. Ada pulak depa bagi 3 in 1 punya minuman tu. Macam mana mau minum?! Bukannya ada air panas. :P |
Begitulah serba sedikit pengalaman makan makanan dalam penerbangan ni.
6 comments:
dear..meal in flight utk airasiaX tu sama jer ngan yang biase tu..
kalo MAS lak..yang bisnes/1st class tu memang class la hidangannye..siap hidang atas pinggan kaca lagi..
charlie..sy lom ade pengalaman lagi..da baca entry awak baru la tahu..macam tu rupenye eh..
tq..
saya dah biase naik air asia dari penang terus ke kk...tambangnya lebih kurang rm370 pergi sahaja...he3333..saya ada beli minyak wangi dlm flight tu...
tq share info. sy xpnh naik flight pon...
Saya adalah salah seorang disebalik tabir yang menyediakan makanan didalam kapal AirAsia..
aku suka nasi lemak air asia , rasa dia sedap wooo ... tp aritu naik mas dpt nasi briani... biasa je rasanya
Skrg masih bekerja di sebalik tabir lagi ke..
Post a Comment