follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, May 14, 2011

5 Kebiasaan Blogger Yang Perlu Dihentikan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Istilah 'kebiasaan' yang digunakan di sini merujuk kepada suatu perilaku yang dilakukan berulang kali dari sehari ke sehari. Ada kebiasaan yang baik, dan ada sesetengahnya yang buruk. Perkara tersebut melangkaui semua bidang yang berbeza dalam kehidupan kita, termasuk ketika kamu berblog. Sebelum ini saya telah kongsikan mengenai 7 Kebiasaan Blogger Profesional. Kini mari kita lihat mengenai 5 kebiasaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger yang dikongsikan oleh Thanh Pham di laman Daily Web Tips.

1. Memeriksa Statistik dan Komen 100 Kali Sehari
  • Sebagai seorang blogger baru, sudah menjadi kebiasaan untuk menjadi terlalu obses terhadap trafik web serta komen dalam blog. Tentu saja kamu kamu inginkan ramai pembaca untuk berkunjung ke blog kamu, ramai orang yang link kepada kamu dan secara semulajadi kamu mahukan seramai mungkin pembaca yang akan memberikan komen terhadap setiap entri kamu. Itu tidak bererti kamu harus memeriksa statistik pelawat setiap selang 10 minit.
  • Kebiasaan ini hanya akan membuang banyak masa kamu yang boleh disalurkan kepada aktiviti yang lebih proaktif buat blog kamu. Tetapkan masa dalam sehari untuk memeriksa statistik kamu. Dua kali sehari adalah yang dicadangkan. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada lewat petang. Gunakan masa yang telah dijimatkan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan atau rangkaian dengan blogger lain.

2. Mengabaikan Komen Pembaca
  • Apabila ada pembaca yang meninggalkan komen dalam entri kamu, anggap ia sebagai suatu pujian dan penghargaan kepada penulisan kamu. Itu memberi tanggapan bahawa mereka membaca dan memahami isi kandungan dalam entri kamu sehingga mereka terpanggil untuk memberi maklum balas melalui ruangan komen. Namun apa yang kebiasaannya berlaku kebanyakan blogger tidak pernah memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen tersebut.
  • Seandainya terdapat satu perkara yang paling penting untuk membantu dalam membina pembaca setia, perkara tersebut merupakan maklum balas terhadap komen yang ditinggalkan oleh pembaca. Itu menunjukkan bahawa kamu mengambil berat tentang mereka, termasuk pembaca yang tidak meninggalkan sebarang komen.
  • Jangan pula berlebihan dengan membalas setiap satu komen sekiranya terlalu banyak komen yang ditinggalkan oleh pembaca, namun jelas untuk kamu membalas komen yang meminta pendapat atau memberi maklum balas terhadap komen yang berharga. Jika kamu tidak tahu bagaimana untuk memberikan maklum balas, cukup hanya dengan perkataan "Terima kasih".

3. Tidak Konsisten Dalam Posting
  • Ini merupakan kesalahan umum yang biasa dilakukan oleh blogger baru dengan  posting terlalu banyak kandungan blog di awal penubuhan blog kemudian mengambil rehat yang panjang daripada berblog. Itu merupakan mindset yang salah dan tidak sepatutnya dijadikan kebiasaan. Elakkan "kerompangan blog"  (a break in continuity atau istirehat dalam kesinambungan) sebanyak yang mungkin. Tentu kamu tidak menginginkan jadual posting kamu yang tidak teratur.
  • Jadi konsisten! Selain daripada fakta bahawa enjin carian lebih menyukai website yang kerap dikemaskini (regularly updated), pembaca juga akan turut menyukainya. Dengan penerbitan secara konsisten diharapkan dapat sentiasa menarik pembaca untuk membaca kandungan blog kamu. Jika kamu masih baru dalam dunia blog, pilih satu hari untuk terbitkan entri baru dan beri komitmen terhadap perkara tersebut. Jangan meletakkan sasaran yang terlalu tinggi.

4. Tidak Memberikan Kredit Kepada Yang Layak
  • Secara umum dapat disaksikan ramai blogger yang copy and paste idea atau hasil kerja orang lain tanpa memberi sebarang kredit. Ini bukan cara yang baik untuk membina kredibiliti. Ianya terlalu mudah di Internet untuk menjejaki semula sumber asal dan kamu boleh dipanggil keluar untuk itu. Beri kredit di mana kredit itu sepatutnya diberi. Nyatakan sumber dari mana kamu mendapatkan idea atau hasil kerja tersebut. Link semula kepada sumber asal merupakan cara yang terbaik.
  • Masalah tidak memberi kredit kepada yang sepatutnya selalunya timbul dalam penggunaan gambar hakcipta. Buat pengesahan bagi memastikan kamu boleh menggunakan gambar tersebut untuk posting blog kamu. Terdapat banyak sumber (contoh Flickr) untuk mendapatkan gambar secara percuma asalkan kamu tidak lupa untuk memberikan kredit kepada pemiliknya.

5. Tidak Menyemak dan Melakukan Pembetulan Kandungan Sebelum Diterbitkan
  • Tidak ada yang lebih menjengkelkan pembaca daripada membaca isi blog yang penuh dengan kesalahan menaip (typos), kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan yang sukar difahami serta isi kandungan blog yang tidak sampai kepada sasaran pembaca. Kamu akan kehilangan kredibiliti dan profesionalisma apabila menerbitkan kandungan blog yang penuh dengan kesalahan menaip (typos) dan kesalahan tatabahasa.
  • Biasakan diri untuk sentiasa menyemak dan melakukan sebarang pembetulan isi kandungan setiap entri blog sebelum kamu menerbitkannya.



9 comments:

Nurul Dyanna said...

thanx sebab bagi tips ini..

mcm ni lah said...

ooo mcm tu ke baru sy tau

myzziema said...

yang kelima tu mmg dah jadi kebiasaan sy. hehe. by the way, thanks for the info! sgt2 berguna utk newbie mcm saya ni :D

shahzniezarmx said...

yup...true!

solomolo said...

semua ni penting...

My Name is Mar said...

Nice.. Sangat suka:)
Tak pernah terlintas benda-benda yang dinyatakan di atas..
BTW, nak follow tp tatau cane..,

Anonymous said...

setuju..
follow sini

Ezad Skytech said...

thankz untuk tips ni Luna...(^^,)

Padilla said...

wahh.. nice entri.. sy dah follow awk.. :)