BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Orang kampung saya kata, "what you pay is what you get"... Hurmmm boleh pakai ka?! Kononnya jika kita bayar mahal, maka perkhidmatan yang kita terima pun setimpal dengan bayaran yang dibuat. Jika kita bayar murah, maka ke'murah'an perkhidmatan itu pun terserlah la. Pada kebiasaan fikiran umum kita, jika kita makan di hotel, yang sudah tentunya bayaran makanannya lebih tinggi daripada jika kita makan di warung/gerai cikai-cikai, sudah tentunya makan di hotel tu lebih sedap setimpal dengan harganya. Ya ka? Namun pada pandangan peribadi saya, masakan yang saya pernah jamah di hotel, ada juga yang kena pada tekak saya, namun tidak kurang yang tidak boleh diterima dek tekak ni. Kadang-kala, rasa makanan di hotel lebih kurang sama dengan di warung/gerai, kadang-kala makanan di warung/kedai melebihi sedap makanan di hotel. Bergantung kepada hotel jugak.
Namun sebenarnya, mahal harga yang kita bayar tu bergantung kepada perkhidmatan yang kita terima, persekitaran yang lebih selesa, standard amalan penyediaan makanan yang sentiasa dipantau, taraf sesebuah hotel (berapa banyak bintang yang mereka ada, mungkin sebanyak bintang-bintang di langit?! Haha, itu tipu!), dan beberapa faktor lain yang tidak ada jika kita makan di warung/kedai. Bergantung kepada seseorang untuk membuat penilaian sendiri. Tekak masing-masing. Duit pun dari poket masing-masing. Sendiri mau ingat la.
Memandangkan sekarang sudah masuk waktu makan tengahari, mari saya sajikan kamu dengan beberapa sajian dari hotel-hotel yang terkenal di Malaysia ni. Nama menu tidak disertakan sebab saya lupa untuk mencatitnya. Kerna waktu itu hanya fikir untuk makan saja. Hikhikhik... Selamat menjamu selera...
GURNEY HOTEL, PENANG
Pada pendapat saya, selama 3 hari berturut-turut menikmati hidangan tengahari di hotel ni, lauk pauk sangat menyelerakan, sesuai dengan persembahan makanan tersebut yang juga sangat menarik. Memang tidak mengecewakan tekak saya. Hidangan makanannya pada waktu itu lebih kepada makanan Melayu dan sedikit western meal.
|
Antara menu hidangan makanan tengahari. |
|
Aneka buah-buahan dan pencuci mulut yang sangat menarik, namun ada di antara pencuci mulut tersebut, yang hanya indah rupa dari rasa. Hiksss... |
|
Oleh kerana saya penggemar buah-buahan, habis buah-buahan yang dijadikan hiasan pada pencuci mulut tersebut saya tibai! Hahaha... |
|
Cheese cake if i'm not mistaken. |
|
Yang ni seriuosly tidak kena dengan tekak saya. Rasa kelat semacam je. |
|
Agak jugak la manisnya. Tak boleh makan lebih-lebih, jika tidak saya pasti rasa mual dan pening-pening lalat. Hiks... |
|
Segala jenis... Mmmmmm... Western food punya pembuka selera kot. maaf la, saya orang kampung, tak berapa nak paham makanan-makanan barat ni. (Alasan yang boleh diterima :D) |
|
Cuma sup... ermmmmm... ntah sup apa. Lupa sudah! |
|
Yang ini cuma bubur pulut hitam. Tiada yang istimewa, standard rasa bubur pulut hitam. |
HILTON HOTEL, KUCHING
Hanya merasa hidangan minum paginya. Ermmmmm... Biasa saja.
|
Antara pencuci mulut hidangan minum pagi. |
NOVOTEL HOTEL, 1BORNEO, KOTA KINABALU
Pada fikiran saya, mungkin hotel ini akan menghidangkan beberapa menu tempatan, namun sangkaan agak meleset. Hikss... Tidak dinafikan ada menu yang sedap hingga menjilat lantai (okeh ini perumpamaan yang sangat melampau! Haha...), tidak kurang yang tidak melekat pada tekak saya.
|
Antara hidangan pencuci mulut waktu makan tengahari. |
|
Ini sushi ka?! Tak sedap pun. Namun buat penggemar sushi, lain pula pendapat mereka. |
|
Ini apa ya?! Lupa lagi! |
Berikut adalah menu makan malam.
|
Ini cuma kepak ayam yang digoreng garing. |
|
Ikan goreng yang digoreng garing. |
|
Bubur sagu. |
HYATT REGENCY HOTEL, KUANTAN
Menu makan malam yang dihidangkan pada waktu tu memang sangat mengecewakan tekak saya. Sangat! Itu bukan selera saya. Ahhh menyesal!
|
Appetizer yang tak sedap wooo... |
|
Main course. Ikan, ermmm masak apa saya pun tak pasti. |
|
Dan pencuci mulut. Cheese cake, manis dan again buat saya pening! |
5 comments:
masak sendiri lagi sedap.. keh3...
not bad lah makanan kat hotel.. ada yang best ada yang x best :D
giler mmg lapa tol ak tgok entry ni..
Shooting A&W Contest
mknn hotel lebih kepada menjamu mata...
Cik Puan Izan - setuju sangat... indah rupa dari rasa. hik3!
wah... cara hidangannya sgt menyelerakan. Insyaallah, kalau ada duit sekali-sekala ok juga nak makan kat hotel. jangan selalu, takut terlalai & lupa pd yg susah.
Post a Comment