BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
22-26 May 2009, a four-days expedition, which is being led by the
Commanding Officer of the Third Battalion of 505 Regiment, Lt-Col Dato'
Ir. Thong Kok Sing. The team which consisted of 73 officers n men were
flagged off by Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob at the Royal
Malaysian Air Force base, Kuantan.
A part of the multi-discipline
training in the force to encourage more people to join the Territorial
Army.
Fully sponsored by Pahang
State Government (RM24k), sumbangan peribadi Tengku Mahkota Pahang
(RM14k), duit poket RM200 per person (unexpectedly given by MB Pahang masa
majlis pelancaran xpdc ni kt TUDM Kuantan), credit to TUDM for their
kindness, let us ride their Charlie C-130.
Pengangkutan dari KKIA-T2 ke Kundasang ditaja oleh UMS menggunakan 2 buah bas. Kemudian penginapan pula ditaja oleh Kem BTN Kundasang! Owhhh sangat seronok! Kami hanya mengeluarkan duit sendiri untuk membeli cenderahati. Opssss lupa. Ada RM200 duit poket tu utk beli souvenir... Sangat marvelous!
Hasilnya, 54 org selamat menawan Lows Peak (termasuk saya okeh), yang baki tu tercicir la kat mana-mana pun sepanjang pendakian ke puncak tu... Huhuhuhu... Lets enjoy the views...
|
Pintu masuk utama ke Kem BTN Kundasang. Kelihatan Gunung Kinabalu yang tersergam gah di situ! |
|
Pemandangan dari balkoni dewan makan. Puncak Kinabalu diselaputi oleh kabus petang. Untuk pengetahuan kamu semua, Kem BTN Kundasang merupakan kem BTN paling cantik di Malaysia okeh. |
|
Perkampungan di Kundasang. Juga pemandangan dari balkoni dewan makan. |
|
Owh gambar sebegini harus okeh! |
|
Okeh ini terletak di atas setiap meja makan. |
|
Kol. Yaakob dan Kapten Khairi sedang membahagikan duit poket RM200 each kepada setiap peserta ekspedisi. Bukan main bersorak lagi we all semasa MB Pahang mengumumkan pemberian duit poket tersebut semasa merasmikan keberangkatan kami di TUDM Kuantan. |
|
Keesokan paginya di kem BTN tersebut, kebetulan semasa kami menginap 3 hari di sana, sedang ada program anjuran BTN untuk pelajar SPM. Perhimpunan pagi di padang kawad, perghhhh marvelous giler pemandangan dengan suasana sejuk (sejuknya tidak sama dengan Genting/Cameron Highlands okeh. Sini lagi sejuk.). Bilik mandi siap dilengkapi heater. Or else, kamu tidak sanggup mandi pada waktu pagi kerna kesejukan yang menusuk hingga ke kalbu. Huhuhu... |
|
Kalau mau melihat pemandangan yang clear begini?! Kena lihat di awal pagi. Biasanya pada wanktu tengahari dan petang, keadaan berkabus dan akan menutupi pemandangan yang indah ini. |
|
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Saya termasuk dalam kumpulan ke-4 digelar sebagai team sweeper. Kononnya team yang paling tough la ni. Yang paling lewat dilepaskan untuk mendaki. Bagi team yang kurang tough naik dulu. Huhuhuhu... So, mana-mana yang tercicir di sepanjang pendakian, kamilah yang akan kutip (kononnya la)... Tapi yang sebenarnya, pendakian ni bukan by team okeh, tidak semestinya semua pendaki sampai sekaligus. Mana-mana yang lambat akan tinggal. Cepat sampai, bolehlah kamu berehat lama sikit sebelum meneruskan pendakian ke puncak yang akan bermula pada pukul 12am ke atas. |
|
Sangat bersemangat untuk memulakan pendakian! Yeahhhh!!! Sweeper team! |
|
Owh again, ini wajib okeh! :P |
|
Sempat jugak mem"posing"kan diri di sini sebelum berangkat ke kaki gunung. |
|
Macam biasa, pengangkutan rasmi, musti 3 tan ni! Perjalanan dari kem BTN Kundasang ke Taman Negara Kinabalu (kaki gunung) menggunakan 3 tan. |
|
Sedang menunggu permit mendaki di hadapan pejabat Taman Negara Kinabalu. Sementara tu ada yang mengambil kesempatan untuk makan makanan yang dibekalkan. |
|
Dan sesi snap sana snap sini mengisi masa menunggu tersebut! |
|
Inilah laluan yang akan digunakan untuk ekspedisi kali ni. Bermula di Timpohon Gate (KM 0) > Kandis Shelter > Ubah Shelter > Lowii Shelter > Mempening Shelter (Sesuai dengan namanya, yang mana pada ketinggian di sini, kamu akan mula merasa pening, altitude sickness) > Layang-layang Hut > Villosa Shelter > Paka Shelter (Dari sini kamu akan mula melihat tumbuh-tumbuhan renek) > Waras Hut > Laban Rata + Gunting Lagadan (Rumah rehat buat pendaki merehatkan badan, makan dan tidur sebelum meneruskan perjalanan ke puncak tertinggi bermula jam 1am kebiasaannya) > Sayat Sayat Hut (selepas melepasi pintu gate di sini, maka kamu secara rasminya melayakkan diri mendapat sijil mendaki, tapi bukan sijil sampai ke puncak okeh) > Lows Peak (puncak tertinggi Gunung Kinabalu) |
|
Dan setelah menunggu hampir dua jam, akhirnya kami semua dapat passport masing-masing. Untuk mendaki perlu ada permit mendaki dan insuran okeh! Just incase apa-apa terjadi di sepanjang perjalanan, adalah juga insuran yang boleh cover. |
|
Buat pelawat yang tidak mendaki, kamu hanya boleh masuk sehingga ke pondok Timpohon sahaja okeh. Pintu pagar di pondok Timpohon ni punya guard yang akan memeriksa permit mendaki kamu sebelum meneruskan perjalanan. |
|
Akhirnya pada jam lebih kurang 12 tgh, kumpulan kami pun dilepaskan untuk memulakan pendakian. Okeh i'm ready to go further! |
|
Kamu dinasihatkan untuk membawa tongkat okeh. Tongkat seperti yang saya gunakan itu ada dijual di Timpohon Gate. Tongkat banyak membantu pendakian kamu sebagai menyokong tubuh kamu ketika mendaki. Seriously, sangat banyak membantu saya. Tongkat ni diberikan oleh seorang pendaki yang sangat baik hati memberikannya kepada saya semasa kami bertembung sebaik sahaja saya melepasi Timpohon Gate. Dia sedang dalam perjalanan turun semasa kami baru memulakan perjalanan naik. |
|
Pada ketinggian ini (forgot the height), pokok-pokok mula kelihatan renek. |
|
Di antara 0.5 ke 1.0km perjalanan, kamu akan bertemu dengan pondok-pondok rehat seperti ini untuk berehat dan berteduh sekiranya hujan. Owh kamu juga boleh melihat tupai-tupai yang akan mendekati kamu sekiranya kamu sedang makan. Tong sampah disediakan di setiap pondok rehat okeh. Jadi sila hormati alam sekitar dengan tidak membuang sampah pembungkus makanan kamu merata-rata. |
|
Paka Shelter. Owh pemandangan dari sini sangat awesome okeh! |
|
Lihatlah... Seriously sangat awesome! Harus posing di sini! |
|
Owh saya sudah kelihatan seperti maskot Digi. Itu adalah baju hujan, material baju tersebut adalah seperti beg plastik. Pantang terkena ranting kayu, urghhh terus robek! Nasib tidak begitu baik kerna hujan turun sangat lebat semasa dalam perjalanan. Nasib baik kerna sempat sampai ke pondok rehat. Sapa-sapa yang tidak sempat sampai ke pondok semasa hujan lebat, maka terpaksalah mereka meredah hujan ditambah dengan suhu sejuk pergunungan. Menggigil woooo! Sapa-sapa yang tidak punya raincoat, kesiannn... Basah kuyup mereka! Anyway, pada ketinggian ini, kamu sudah boleh melihat puncak-puncak Gunung Kinabalu. Tapi Lows Peak tidak boleh dilihat dari sini. |
|
Laluan tidaklah sukar. Namun disebabkan semakin tinggi, semakin kenipisan oksigen, huhhhh!!! Lelah jugak okeh! |
|
Laban Rata - Okeh, kawasan ini merupakan final pit stop (perhentian terakhir) sebelum meneruskan pendakian ke puncak Lows. Makanan untuk para pendaki disediakan di sini. Makan malam dan sarapan pagi yang disediakan di sini termasuk dalam pakej pendakian. Sebelum ni pendaki boleh memilih untuk membawa makanan sendiri untuk dimasak di Gunting Lagadan (sebuah lagi dorm yang terletak agak ke atas sedikit dari Laban Rata). Pemandangan di sini juga sangat-sangatlah awesome. Owh satu lagi, i'm not sure di mana saya dapat info ini, namun untuk pengetahuan kamu semua, pembinaan resthouse ini merupakan sabuah projek jiwa murni Angkatan Tentera Malaysia (betulkan saya jika silap okeh). |
|
Setelah makan, tidur dan merehatkan badan di Gunting Lagadan, kami meneruskan pendakian pada jam lebih kurang 1.00 pagi. Owh sebenarnya saya tidak boleh tidur disebabkan keadaan sejuk yang menusuk kalbu itu walaupun baju sudah 4 lapisan, serta stokin 2 lapis, masih tidak boleh tidur. |
|
Setelah hampir 2 jam perjalanan (tak sampai 2km pun perjalanan), saya sudah mula mabuk, pening, muntah, owh altitude sickness akhirnya menjangkiti saya. Seriously sangat sakit kepala. Adakalanya saya terpaksa merangkak untuk meneruskan perjalanan kerna saya akan rebah sekiranya berdiri. Kerna itu, bawalah bekalan panadol actifast, itulah yang paling mudah dan cepat untuk menghilangkan sickness altitude yang tidak keterlaluan. Selain itu, apabila angin bertiup, brrrrrr.... sejuknya menusuk hingga ke tulang! |
|
Matahari mula memunculkan sinarnya di ufuk timur. Urghhh tidak sempat menikmati pemandangan matahari terbit dari puncak Lows. Namun pemandangan di sini pun sudah cukup awesome! MasyaAllah... |
|
Setelah berhempas pulas hampir 7 jam, akhirnya! Aku tawan jugak kau wahai Lows Peak! Grrrrrr... Brrrrrr... Semua perasaan bercampur baur! Owh muka semua menampakkan kelesuan dan ketidakcukupan tidur! Semasa sampai di KM 8, saya hampir berputus asa untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak ini kerana badan sudah sangat-sangat lemah dek altitude sickness yang melanda, namun saya kuatkan semangat, melangkah sedikit demi sedikit dengan langkah-langkah yang kecil, dan itu semua berbaloi! |
|
Guide for each team akan tunggu di sini untuk memastikan kamu benar-benar telah sampai ke sini, untuk melayakkan kamu mendapat sijil. |
|
Puan Ida, Mejar Fathah dan saya yang mengambil peluang ini untuk posing sana sini di puncak ini. Owh, pihak taman kinabalu menetapkan batas masa untuk para pendaki berada di sini. Kamu harus turun sebelum itu kerna takut bila kabus melanda puncak ini, boleh menyukarkan perjalanan turun. |
|
Semasa berdiri di sini, perasaan gemuruh tiba-tiba melanda. Sangat gerun melihat ke bawah (belakang saya), kerna jurang itu sangat dalam okeh! Kalau jatuh, insyaAllah mati! Huhuhuhuhu... |
|
Mata sangat sakit semasa dipanah oleh cahaya matahari disebabkan kukurangan tidur itu! |
|
Inilah gaung yang dimaksudkan. Seriously gayat seh! Menggigil lutut melihat ke bawah! |
|
Hampir sejam jugak masa dihabiskan di puncak Lows itu. Pendaki dah kurang masa tu, so tiada masalah untuk kami stay lama. Jika tidak, sekejap saja boleh stay situ, cukup setakat mengambil gambar di papan tanda Lows Peak tersebut, kemudian harus beri laluan kepada pendaki lain. Untuk pengetahuan, kawasan di puncak itu tidak luas, tidak rata, berbatu, dan agak berbahaya okeh! Baiklah, masa untuk turun semula! |
|
Oh ya, jika kamu bernasib baik, kamu boleh melihat salji-salji yang sedang mencair di atas sana. Dan kamu bayangkanlah kami berwudhu untuk solat subuh menggunakan air-air yang bertakung dan berais di puncak gunung ini dalam suasana sejuk yang menusuk ke tulang itu! Kemudian bersolat di atas batu, memang sangat marvelous! |
|
Itulah dia the Ugly Sister Peak. Sekali pandang tidak ubah seperti rupa orang utan bukan?! Maha Besar ciptaanNya. |
|
South Peak |
|
Sila lihat gambar di belakang wang kertas not RM1 kamu... Inilah dia pemandangannya (tidak termasuk saya okeh!) |
|
Inilah yang saya maksudkan. Jika kamu lambat turun, kabus akan mula menyelubungi puncak gunung. Nanti akan menyukarkan perjalanan kamu untuk turun kerna jarak penglihatan yang terhad. |
|
Setiap kilometer akan ditandakan seperti ini... |
|
Sebelum meneruskan perjalanan ke kaki gunung, singgah untuk bersarapan pagi dahulu di Restoran Laban Rata. Okeh, ini di bahagian balkoni restoran okeh! Sambil bersarapan sambil menikmati pemandangan puncak kinabalu. Owhhh sangat sangatlah awesome! |
|
Posing terakhir di sini sebelum turun. |
|
Semasa dalam perjalanan turun, kami bertembung dengan porter ini. Perghhhh!!! Sangat kagum. Bahan-bahan mentah yang dibawa secara manual ke Laban Rata untuk digunakan di restoran. |
|
It was 40 kilos okeh! Rilek saja dia bawak, begitulah rutin seharian porter-porter di sini. Sehari tak tau berapa kali mereka turun naik untuk menghantar bekalan ke Laban Rata Resthouse tu. Kami yang berjalan dengan beg sandang yang berat tidak mencapai 1kg pun rasa macam nak mati pengsan bawak naik! Nasihat saya, jika kamu mendaki gunung kinabalu, bawak barangan yang perlu saja, tak perlu bawak toiletries, kamu tidak akan sanggup untuk menyentuh air pun di situ. Mau berus gigi pun rasa macam nak tercabut gigi tu terkena air gunung yang sangat sejuk. Oh ya, air di sini semuanya punca air gunung. Sangat freshhhh form the source! |
|
Masa turun, bolehlah nak melenggang. No need to rush! Nikmati keindahan ciptaan Allah sepuasnya... |
|
Antara laluan yang ditempuhi semasa perjalanan turun. InsyaAllah kamu tidak akan sesat walaupun kamu berjalan seorang kerna memang sudah ada laluannya yang terang begini. |
|
Mejar Fathah sudah sakit lutut katanya! Tu yang turun mengiring macam ketam je tu. Huhuhuhu. Sorry bos! |
|
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Oh ya, saya ingin berkongsi sedikit tips di sini, semasa mendaki naik, jangan terlalu banyak berhenti untuk berehat. Perkara tersebut selain melambatkan kamu untuk sampai ke Laban Rata, juga boleh menyebabkan stamina kamu turun, takut kamu punctured sebelum sampai ke resthouse. |
|
Carson Fall, small waterfall (boleh pakai ka istilah ni), yang terletak dekat dengan Timpohon Gate. |
|
Lebih kurang jam 12 tengahari, sampai jugak di kaki gunung ni! |
|
Dare to challenge them?! Masa ni untuk naik dan turun sekaligus okeh! Tiada singgah2 tidur2 rehat2 di Laban Rata tu. |
|
Biarpun penat, mereka tetap gumbira! Sangat precious moment itu! Sedang menunggu trak 3 tan untuk mengangkut kami balik ke Kem BTN Kundasang. |
|
Masa ni, bila ditanya adakah saya ingin mendaki Gunung Kinabalu lagi?! Owh saya hanya mampu menjawab bahawa saya sudah surrender bila mengenangkan cabaran yang dilalui bermula kami memulakan pendakian dari Timpohon Gate hingga ke Puncak Lows! Namun pada masa ni, saya akui saya rindu saat itu. Dan saya sedang merancang untuk kembali menawan Lows Peak itu lagi bila saya punya masa. |
|
Keesokan paginya, owh semala setelah kami sampai ke kem ini selesai mendaki itu, ramai yang tidak lalu untuk dinner kerana kepenatan yang amat sangat. Hanya fikir untuk terus tidur saja. Owh ini Kol. Yaakop sedang mengimbas kembali cerita-cerita di sepanjang perjalanan pendakian kami itu. Perghhhh respect la sama dia. Di usia emas pun rilek sja mendaki sampai ke puncak! |
|
Masing-masing sedang suka mengimbas kenangan semalam! |
|
Muka semua burn! Walaupun sejuk di atas nun.... |
|
Sarapan pagi terakhir kami di sini sebelum kembali ke Kota Kinabalu. |
|
Masa untuk mengembalikan cadar dan sarung bantal. |
|
Sepatutnya, tidak boleh mengambil gambar di dalam kem BTN. Mana-mana kem BTN pun begitu. Tapi kami, huhuhuhu, special case ke?! |
|
Okeh, good bye Kundasang. Nanti lain kali, saya pasti akan datang semula. InsyaAllah. |
Antara persiapan yang perlu dilakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu:
- Persiapan fizikal. Mantapkan stamina kamu. Seboleh-bolehnya sebulan sebelum mendaki, pastikan kamu kerap melakukan latihan. Kalau ada bukit untuk didaki, itu merupakan satu kelebihan untuk latihan kamu. Jika tidak kamu boleh berjoging. Berlari naik turun tangga juga merupakan satu option.
- Pastikan kamu bawa hanya satu bagpack (beg sandang belakang) sahaja, dan pastikan tidak terlalu berat dengan membawa barangan penting sahaja seperti contoh senarai di bawah. Kamu akan rasa ringan semasa di Pondok Timpohon, namun percayalah semakin tinggi/jauh perjalan naik ke atas, semakin kamu akan merasakan beg kamu semakin berat. Pejabat Taman Kinabalu menyediakan perkhidmatan penyimpanan bagasi untuk barang-barang kamu yang tidak dibawa bersama.
- Sebelum mendaki, pastikan barangan seperti pakaian spare yang
ingin dibawa naik dimasukkan ke dalam plastik yang kalis air sebelum
dimasukkan ke dalam beg kamu bagi mengelakkannya basah sekiranya hujan
turun semasa perjalanan.
- Pakaian mendaki pastikan sesuai! Pakaian sukan biasa sudah memadai. Kasut pastikan juga yang sesuai dengan permukaan licin batu basah. Adalah lebih baik jika baju sejuk tidak dipakai semasa mendaki dari Pondok Timpohon, takut jika hujan, masalah bagi kamu nanti apabila memulakan perjalanan malam dari Laban Rata kerana kamu akan sangat2 memerlukan baju sejuk yang kering di sana nanti.
Antara peralatan yang WAJIB dibawa semasa mendaki:
- Lampu suluh dan bateri tambahan (lampu suluh yang boleh diletakkan dikepala sangat digalakkan untuk memudahkan pendakian kerana ada tempat yang kamu perlu menggunakan kedua belah tangan untuk mendaki)
- Tongkat (boleh dibeli di pondok Timpohon)
- Makanan pembekal tenaga (energy bar or chocolate bare, kalau ada PowerBar, that's an advantage to u, jika tidak Coklat Cloud9 sangat digalakkan)
- Air minuman
- Baju hujan
- Baju sejuk dan stokin yang tebal (sangat diperlukan semasa tidur di Final Pit Stop dan pendakian malam)
- Ubat-ubatan yang sesuai untuk menghilangkan altitude sickness (saya cadangkan Panadol Actifast)
- Kamera (off coz untuk mengambil gambar)
- Sedikit duit (just incase kamu ingin membeli makanan atau keperluan tambahan di Laban Rata)
Jika sesiapa yang ada pengalaman dan ingin kongsikan tips ataupun barangan lain yang perlu dibawa semasa mendaki, bolehlah kongsi okeh. Tips dan senarai barangan yang saya sediakan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya yang baru dua kali mendaki gunung Kinabalu.
11 comments:
Salam Ziarah dari jamal..
Bestnye dah naek Kinabalu..bila la rezeki jamal nak naik pulak nie..huh. Gunung kat semenanjung nie dah puas teroka..:-)
www.jamaluddin.net
salam...wahhhh...dah tawan gunung kinabalu yer...
tahniah..:) cunnyer lahai gambor dari atas tu..
jamal - hik3... yg ni kali kedua naik. 1st time masa ikut rombongan skolah menengah time form 4 tahun 2000 dulu2... :P
sumaiyah - hik3.. kalau kamu sendiri yang menyaksikannya dari atas sana, perghhh!! sgt2 awesome!
mahalnya pengalaman ni=)...besnyee
Green Apel - sangat!!! :p memang sy suggestkan sgt kepada semua utk pergi dtg sini!
wahhhhh excitednya saya... 2-6 hb jun ni akan mendaki ke g.kinabalu....
skrg, setiap minggu buat latihan gunung datuk, angsi, broga, bunga buah, tokwan dan minggu depan ke nuang...
p/s masa mendaki elok suar pndek ke panjang ye?
tahniah kerna berjaya mendaki gunung kinabalu tu...saya hanya sampai kat pondok tempat nk mula mendaki tu...he333
bestnya tgk gambar tu...smapai sana sudah, tp mendakinya belom lg...
wow..bestnyer..a lil snow in malayia..
Salam sayang. blogwalking utk tambah ilmu. next year mahu ke kinabalu.. weeeeee
Huhuhu tgk header pya gambar pun dah lucu... bagus2... anyway seyes ke KK ni mmg dah lama sy nak pegi tgk plak orang2 yg upload pic cantek2 permandangan die perghhh llagi buat nak pegi...
Post a Comment