Friday, June 03, 2011

Alahailah Pakcik Drebar... Napelah Kau Buat Camni Kat Aku?!

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Aisyemennnn... Pakcik-pakcik drebar bas ekspress ni betul-betul menguji tahap kesabaran saya ni! Dia buat lagi... Dalam masa 2 bulan ni, dalam 8 kali kot saya berulang alik Kuantan-KL-Kuantan menaiki bas ekspress syarikat yang sama. Dan setiap kali saya menaiki bas ekspress tersebut, pakcik-pakcik drebar ni, mestipasti akan menghisap rokok semasa memandu, alasan seperti dalam entri saya sebelum ni, untuk menghilangkan mengantuk! Adoiiiiiii!!!! Sakit kepala saya menghidu asap rokok mereka! Sememangnya semasa mengikuti latihan pengukuhan profesional yang diwajibkan untuk setiap pemandu sebelum dibenarkan memandu bas ekspress yang disediakan syarikat ni, mereka diajar untuk merokok ke sekiranya mengantuk semasa memandu?!

Tu dia! Sedapnya pakcik ni hisap rokok eh?!

Segar bugar dah pakcik ni. Tak ngantuk dah la eh?!

Gambar di bawah ni saya rakam ketika sedang berhenti rehat di R&R Temerloh. Yang ni adalah sticker yang ditampalkan pada cermin depan bas ekpress tersebut. Sticker ni hanya untuk mencukupkan syarat saja ye?! Ke sekadar hiasan dalaman bas ekspress ni?!

Hah yang ni banyak-banyak ni untuk apa ye?!

Pada Selasa lepas, saya sempat menghantar borang maklum balas online kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa balasan. Tak dibalas jugak la tu jawabnya... Nanti kalau ada jawapan dari mereka, saya akan buat satu entri mengenainya. Sekian terima kasih!

4 comments:

  1. jap! jap! nanti sy join klu masih sempat... sedang sibuk update senarai peserta segmen Ben Ashaari ni.. huhuuhuhu...

    ReplyDelete
  2. Farah pun tak boleh bau rokok. Hishhhh.. Boleh pening dibuatnya!

    ReplyDelete
  3. merokok membahayakan kesihatan semua org sekeliling...

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.