follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, April 19, 2011

Rasa Nak Cepuk Je Drebar Bas Ekspress Ni

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Ini adalah entri penutup untuk hari ini okeh!

Biasanya kalau saya naik bas ekspress confirm akan beli tiket bas dengan seat paling hadapan (seat belakang driver/sebelah pintu utama) kalau masih available la, sebab saya mabuk kalau duduk seat belakang. Lagipun duduk di seat hadapan ni, boleh menikmati pemandangan kiri kanan depan dan belakang tak boleh. Hik3!

Okeh, kembali kepada tajuk berita. Saya tak tahu la yang ni dah kali ke berapa naik bas ekspress dengan driver yang merokok dalam bas! Adoiiiiii... Geram rasa nak cepuk2 je pala driver bas tuh! Tak blh tunggu berhenti kt R&R dulu kah?! Haishhhhhh...

Gambar berikut adalah kejadian dua minggu lepas semasa dalam perjalanan Kuantan-KL.


Haiyyokkk!!! Pakcik.... Abang... Saudara... Sahabat... Tolonglah jangan merokok! Sticker logo Larangan Merokok besar-besar terpampang kt cermin hadapan betul2 atas depan pemandu. Hari2 bawak bas, takkan masih tak perasan kot dengan logo tu?! Ataukah logo itu sekadar hiasan semata-mata. Ini bukan bas bukak tingkap masuk angin. Ini bas fully air-conditioned okeh! Saya mabuk dengan bau asap rokok yang berkepul-kepul menerjah muka saya yang comel lotte ini! Mungkin bukan saya seorang yang tidak selesa dengan situasi begitu, tapi penumpang lain pun turut merasakan perkara yang sama. Tapi saya la yg paling tekesan kerana lubang hidung saya berada pada jarak yang paling dekat dengan pemandu tu.

Bila saya tegur, jawapannya sangat mudah! "Nak hilangkan mengantuk ni..." Haishhhhhh...

Photo Courtesy : moh zoom....
Dilarang Makan dan Minum, Dilarang Membuang Sampah, Dilarang Merokok, Tunggu Hingga Bas Berhenti 

Gambar di atas ni merupakan sticker logo larangan dalam bas berhenti2 rapid KL. Sebab tu ada logo terakhir (Tunggu Hingga Bas Berhenti). Untuk bas ekspress rasanya tiada log tu. Tapi yang pasti 3 logo pertama tu memang ada. Dan logo ini diletakkan betul2 di depan cermin sebelah atas driver.

Grrrrrrrr.... Itu saja la yang mampu saya lakukan. Nasib baik tidak termuntah disebabkan mabuk asap rokok hari tu! Saya sangat tidak setuju dengan perkara tersebut!

Oklah, saya ngantuk. Sudah jam 12.33am. mau tidur! Zzzzzzzzzzz....


8 comments:

mfadhlan said...

Bas transnasional tu...siot betul..penah jgk terkena dlu...memang tension giler, dok seat no.2 depan.
rasa nak je saman..tp kalau boleh report kat high management mmg kena buat mamat isap rokok tu...

saya_arief said...

haha..xdek disiplin la bro ni, isap rokok time bawak bas.
cepuk kat dahi dye.

Unknown said...

sangat tak selesa bau asap rokok tu, lagi2 tempat tertutup..lemas!!!!
tak de kesedaran sivik langsung!

suka ketawa?? baca ni..

eton said...

jgn cepuk abis kang.. hehehe..

EJA said...

cepuk jgn x cepuk..eja datang gegar dah follow :)

ezumie esbarisma said...

thnks ^_^ sila ambil award awk ye

http://ezumie.blogspot.com/2011/04/100-followers-ke-atas-sila-ambil-ur.html

Anonymous said...

Sabar je la..bukan semua org boleh bace signboard. =P

LUNA LANUN said...

@apis of artsignboard ni xperlu baca... budak tadika tgk jer gambar sign board tu pun dah paham... :P