follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, April 27, 2011

Apabila Surau Dijadikan Kedai Kopi!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Firstly, saya ingin mohon ampun dan maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut kepada sesiapa yang berkaitan yang bakal kecik hati, marah, terasa, touching, benci, tersinggung atau apa-apa perasaan negatif yang lain setelah membaca entri ini. Saya cuma ingin menegur. Ingin ditegur secara face-to-face, nanti ada pulak yang tarik muka, muncung sejengkal sampai boleh diikat dengan getah, mula la nak mengumpat, mula la tak mau bertegur sapa dah. Maka, kalau lepas baca ni, mulai besok, tolonglah jangan buat lagi.


Pernahkah kamu menghadapi situasi ini?! Kamu ingin menunaikan solat, namun 'jemaah menteri' sedang mengadakan 'mesyuarat tergempar' di belakang kamu?!

Sebab tu la waktu solat Zuhur saya selalu postponed kepada selepas jam 2pm. Waktu diantara jam 1tgh-2ptg adalah waktu surau itu dijadikan kedai kopi oleh 'astro-astro' itu. Macam mana mau solat dengan aman dan kusyuk, kalau orang yang duduk 'huhahuha' kat belakang tu sangat membingitkan telinga?! Ruang surau tu dah la kecik saja, dinding pulak tile, bila ada bunyi pasti akan bergema, suara yang rendah pun boleh jadi kuat ditambah dengan bilangan 'jemaah menteri' yang ramai.

Setiap hari bekerja, itulah rutin mereka. Jam 1tgh, berkumpul beramai-ramai dalam surau kemudian bukak macam-macam cerita, sehinggakan ada seorang sahabat ni pernah bercerita kepada saya yang dia hampir tergelak semasa sedang solat kerana 'jemaah menteri' di belakang sedang buat lawak. Ada juga yang merasa geram, mengumpat dalam hati (masa solat ni). Tak pasal-pasal dapat dosa free. Lalu solat menjadi tidak kusyuk.

PESAN KAMI YANG PRIHATIN:
  • Jangan jadikan surau sebagai kedai kopi.
  • Lepas selesai solat, tinggalkan surau.
  • Jika ingin bersembang, sila keluar dari surau.
  • Hormati orang lain yang ingin menunaikan solat.
  • Hormati fungsi surau.
Kesimpulannya:

TOLONG JANGAN BISING DALAM SURAU!!!!!


5 comments:

Ana Sue Saila said...

stuju2..kadang2 niat nak solat di awal waktu terpaksa terbantut dek kerana khuatir hati dan solat menjadi tidak khusyuk (saya sgt kecewa apabila keadaan ini berlaku)..niat nak dapat pahala lebih, alih2 dapat dosa percuma pula..

.:Yana:. said...

salam kenal..
saye sokong..
tau org nak solat, jgn la bising..
hormat la skit kan..
kalo nak bising jgn duk dalam surau..
memang mengganggu betul..

Cik Puan Izan❤ said...

pernah mengalami situasi begitu di tempat keje lama dulu...ada yg tidur lg...

kita nak solat...tapi dlm hati sumpah seranah org tu...kita jgk yg dpt dosa..huhuhu...

Anonymous said...

bila niat ade tindakan xde mcm tu la jdnye, nak d tegur berumur nak di tegah ilmu xcukup.. susah2

AjeyyKhalid said...

assalamualaikum ..
setuju sangat2 ..
surau tempat ibadah , bukannya tempat lepak2 ! :)

p/s : check my latest entry :) :

5 Sebab Kenape matapelajaran sejarah membosankan !

Gempar !! Pocong melompat di KB Mall !