follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, April 14, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Baiklah, tazkirah Zuhur pulak... Keh3! Article courtesy, yg dicedok dan diedit sedikit presentation ayatnya tanpa mengubah maksud dr korielis. Sama-sama tambah ilmu utk bekalan di 'sana' nnt...

Photo Courtesy :  Mamabarnas2008's Photobucket

"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk)."  (QS. 43:89)

Bolehkah menggunakan perkataan "SALAM"?! Kalau tidak yakin, better guna perkataan penuh. "ASSALAMUALAIKUM" atau "ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH". Susah ka utk menyebutnya?! Senang sja ba! 

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah S.A.W. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda S.A.W memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, tatacara memberi dan menjawab salam menurut sunnah Rasulullah S.A.W:
  • Ucapan salam : Assalamualaikum
  • Jawapan salam : Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh
Kesilapan dalam menjawab salam:
  • [Betul] : WAALAI KUMUS SALAM
  • [Salah] : WAALAI KUM SALAM
Tatacara utk berkirim salam pada org lain, contoh:
  1. [Betul] : "Kirim salam, assalamualaikum pada Ahmad ye."
  2. [Salah] : "Kirim salam kat Ahmad ye."
  3. [Salah] : "Ko tolong kirim salam maut kat Ahmad ye."
Statement ke-3 di atas walaupun dalam nada bergurau, ia adalah menyalahi syarat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan (ingat... kerana mulut badan binasa!) 

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. 

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. 
 
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Nota tambahan:
  • Semekom - maksudnya "celaka kamu".
Setakat itu sajalah...


7 comments:

Cik Cempaka said...

nice info..

Tapi part yang salam maut tu, tergelak plak membacanya..^^

LUNA LANUN said...

Cik Cempaka - hik3.. mn2 yg baik tu, kita amik la...

SobriMansor said...

Inilah masalahnya kalau jahil tentang agama. Jadi dengan post macam ni kita dapat educated orang yang tak tahu tentang cara-cara nak memberi salam kepada orang lain....nice info....tqvm

czueka zulaikha said...

thanks fer info..
kirim slm maut huhu klakar bce yg tu :P

LUNA LANUN said...

SobriMansor - utk peringatan pd diri sy juga..

czueka zulaikha - hik3.. ur welkam!

Aina said...

setahu saya 'salam' bermaksud selamat..bukan selamat tinggal..mungkin terjemahan selamat tinggal merujuk kpd isi cerita keseluruhan ayat dlm surah.bukan nak refer kpd ucapan salam...ada baca kat fb noraslina jusin isteri UZAR, katanya x pe ucap'salam' je sama macam ucap 'assalam' bezanya ada huruf alif dan lam kat depan dan dibaca dengan hukum syamsiah(sabdu).betulkankalau sy tsalah...

LUNA LANUN said...

Aina - kurg sesuai kiranya bertanya keoada sy yg masih ketandusan ilmu dan perlu byk belajar lg ni... sy cuma kongsikan hasil bacaan sy dr blog org lain...