follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, April 12, 2011

TARIAN POCO POCO ADALAH HARAM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum readers@bloggers...


Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yg dipetik dari Malaysiakini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah HARAM!

Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
 

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

- Bernama

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawziyyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ia juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur.

Tepuk dada tanya iman.

Photo courtesy: pakarhowto


5 comments:

Ujang9897 said...

Fatwa haram ke tak di bawa ke JAKIM..

dan utk tentukan haram ke tak bukan ikut negeri..,

jumul ulamak tak mengatakkan dan mengeluarkan lagi hukum..rasanya, setakat ini JAKIM tidak mengatakan HARAM lagi..-sumber jakim

Rina Isa said...

Bagi yg beragama Islam, cuba selidik sedikit perkara ini (step asas poco2):-

"Selangkah kekiri, selangkah ke kanan, selangkah ke depan, dua langkah ke belakang".

Apa yg kalian dpt lihat??

Ida Mohd Ali said...

ntah la... sebab step tu ke yg menyerupai kaum tersebut?

LUNA LANUN said...

pernah baca satu artikel tentang asal usul tarian poco-poco tersebut yg dmngatakan bahawa tarian tu sebelum ni utk tujuan aktiviti pemujaan.

Rina Isa said...

Hal ini ada dijelaskan di dalam Kuliah Maghrib by Ust Azhar Idrus di Surau Kg Jaya pada 5/4/2011. Bole cari di sini:-

http://www.mymaktabaty.com/2008/07/mp3-ceramah-ustaz-azhar-idrus_21.html

Apapun yg penting adalah, sekiranya tidak jelas, ragu2 atau syubhah, sebaiknya dihindari jika benar2 belum memahami asal usul dari mana datangnya suatu perkara itu. Walaupun tujuan asal mungkin baik, tapi perlu diingat, "Tujuan itu tidak menghalalkan cara".