follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, April 18, 2011

Platform Percuma Menjana Pendapatan Dari Blog

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamulaikum semua.. Baiklah, entri ini adalah merujuk kepada entri asal Faisal Abdullah. Saya mau kongsi kepada sesiapa yang terlepas pandang tips tersebut. Tips berikut merupakan hasil pengamatan dan pengalaman  Faisal Abdullah selama terjerumus dalam dunia blog ini. Berikut tips tersebut:


NUFFNANG
  • Sekarang ini ramai blogger yang melihat Nuffnang adalah satu-satunya cara untuk membuat duit secara online. Sebenarnya itu tidak benar. Pendapatan Nuffnang adalah tidak menentu dan sebenarnya tiada rahsia untuk mendapatkan income daripada Nuffnang. Jangan percaya dengan rahsia-rahsia yang di kata-katakan itu.
  • Berjaya atau tidak korang bergantung berapa banyak korang dapat Buffered Earning. Sebenarnya Buffered Earning adalah CPM atau bayaran berdasarkan impression. Cuma nama sahaja ditukarkan. Jika korang dapat Buffered Earning, maka korang akan dapatlah income. Kalau tidak, kirim salam je lah.. Tak semua orang boleh buat duit dengan Nuffnang… 
INNITY
  • Persaing Nuffnang adalah Innity. Innity adalah satu syarikat yang lebih bagus berbanding dengan Nuffnang kerana tiada pilih kasih kerana semuanya dilayan sama rata. Tak perlu nak tunggu Buffered Earning pun. Semua orang dapat kempen yang saya dapat dengan harga yang sama.
  • Innity juga mempunyai banyak kempen contohnya Pay Per Click dan Pay Per Impression. Dua-dua ini memberikan pulangan yang tinggi kepada blogger. Memandangkan mereka bayar mahal jadi untuk menjadi publisher mereka, sudah tentu susah dan hanya blog-blog yang mempunyai visitor yang tinggi sahaja layak untuk menyertai Innity. Tetapi ia sangat berbaloi-baloi. 70% pendapatan saya datangnya daripada Innity. 
ADSNIAGA
  • Selain Innity, saya juga menyertai publisher Adsniaga tetapi secara jujurnya Adsniaga terlalu murah berbanding dengan publisher-publisher yang lain. Bayangkan sudah sebulan saya letak Adsniaga di blog ini tetapi masih belum mencecah RM50. Ayooo.. tak bestlah macam ini.
  • Rasanya satu iklan itu dibayar hanya RM 0.01 sahaja. Memang penatlah nak cash out dari Adsniaga ini. Sekiranya rate untuk iklan di Adsniaga ditambah dan dibayar lebih mahal, rasanya Adsniaga ini akan menjadi pilihan blogger Malaysia. Tetapi sekiranya rate yang banyak sebegitu murah, rasanya sukar untuk mereka bersaing dengan publisher-publisher lain.
  • Yang uniknya,pengiklanan mereka menyerupai Google Adsense dan berbeza dengan iklan Innity, Nuffnang dan Advertlet.
  • Adsniaga mungkin tak bertahan lama kot di blog saya ini.. Tapi korang boleh cuba…
ADVERTLETS
  • Selain Innity, saya suka Advertlet kerana mereka juga menawarkan CPM. CPM ini banyak membantu para blogger untuk mendapatkan income. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mendapatkan klik daripada pembaca sekiranya kedudukan itu tidak sesuai atau iklan itu tidak menarik. Tak sampai sebulan saya dah berjaya cash out RM107  daripada mereka. Sekarang ini lagi menarik kerana sehari sahaja boleh dapat RM10-RM20.. Kalau sebulan? Korang darab lah sendiri.. Rugi kalau korang tak cuba Advertlet ini…
701 PANDUAN
  • Publisher yang terbaru saya join untuk bulan ini adalah 701 Panduan. Menariknya mengenai iklan ini adalah dia juga menawarkan dua jenis iklan. CPM dan CPC tetapi CPM dia kurang menarik kerana dibayar begitu sedikit tetapi yang bestnya adalah harga klik yang agak mahal. Bayangkan sehari sahaja dah boleh dapat dalam RM20–RM30. Kalau sebulan agak-agaknya berapa? Menarik bukan? Korang tak nak cuba ke? 
MANGAADS
  • Last but not least adalah MangaAds. No komen mengenai publisher ini dan nampak seperti kurang menarik… Apa pendapat korang?

Jutaan terima kasih buat Faisal Abdullah kerana beri kebenaran untuk saya konsikan artikel ini... Silakan berkunjung ke blog Faisal Abdullah kerana banyak blogging tips yg dia kongsikan di situ.


5 comments:

Unknown said...

info menarik!..nak jugak mrase income dr blogging nie..hehe

LUNA LANUN said...

syaz@rozelt - silakan.. cuba try test! :P

hanafi said...

aku pasang 701panduan aje.. nuffnang tak pandai sngt.. iklan pun asik tak keluar aje..

LUNA LANUN said...

hanafi - malas nak pening kepala psg byk sgt iklan.. :P

fara anak abah said...

saya pon guna advertlets ng nuffnang..sye lg ske advertlets..dgn follower y baru 100 lebih ni,seminggu saya dpt 50sen(ni tym saya buat Giveaway dulu la..) lame2 ok kot..jauh lg pjalanan..aim saya nak org suka baca pnulisan saya.kalau saya dpt duit sbb org bce pnulisan sye,rasa cam dihargai cket..haha