follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, April 04, 2011

Tips Menjadi Pekerja Yang Disayangi Oleh Boss!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
  
Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semua wahai kamu yg bergelar pekerja kerna entri kali ini adalah buat semua pekerja yg ada boss. Okeh!
  • Macam mana mau bodek boss?!
  • Macam mana mau naik pangkat cepat?!
  • Macam mana mau naik gaji lagi?!
  • Macam mana mau disayangi boss?!
  • Macam mana mau boss rasa kagum dgn kamu?! 
Berikut antara tips yg agak2 kalau nak follow, follow la.. Kalau tak mau follow, tak payah follow. Hik3!
 
JANGAN BERJALAN TANPA SEBARANG DOKUMEN DI TANGAN 

Pekerja yg berjalan dengan dokumen di tangan kelihatan seperti seorang pekerja rajin yg sedang menuju ke mesyuarat penting. Pekerja yg berjalan tanpa apa-apa di tangan kelihatan seperti sedang menuju ke kafeteria. Pekerja dengan suratkhabar di tangan kelihatan seperti  sedang menuju ke tandas. Pastikan kamu angkut bawak balik dokumen2/barang2 yg berkaitan dgn kerja pada waktu malam untuk menunjukkan kunun2 bahawasanya kamu ini sangat rajin sampai bawak balik kerja ke rumah.

 GUNAKAN KOMPUTER/LAPTOP UNTUK KELIHATAN SANGAT SIBUK

Setiap kali kamu guna komputer, kamu kelihatan seperti sedang buat kerja kepada pemerhati kasual. Tapi pastikan screen komputer kamu tidak menghadap pemerhati tersebut, dan pastikan muka kamu kunun2 sgt serius dan sgt fokus terhadap screen komputer tu. Kamu boleh Facebooking, blogging, chatting, etc yg kamu suka. Jika kamu tertangkap oleh boss - dan kamu pasti akan tertangkap - alasan terbaik yg kamu perlu beri pada boss adalah, kamu sdg belajar software baru dengan komputer kamu tu seterusnya akan menjimatkan kos syarikat daripada menghantar kamu pergi training.

ATAS MEJA HARUS BERSEPAH 

Biasanya kalau meja kamu tu bersih tanpa sebarang dokumen, org lain akan melihat kamu seperti tidak bekerja dgn kerasnya... Sama seperti buku teks/rujukan, kalau buku nmpk bersih tanpa sebarang coretan/nota2 yg ditulis dlm buku tu, menunjukkan seolah-olah kamu tidak buka langsung pun buku tu. Jadi caranya, bina timbunan dokumen sekitar ruang kerja kamu. Timbunan mustilah byk dan tinggi. Kalau kamu tau ada org nak datang ke meja kamu, kamu sorok/letak dokumen yg kamu ingin guna bersama timbunan dokumen yg lain, dan kunu2 pura2 sdg mencari dokumen tersebut apabila org tu sudah sampai ke meja kamu. (Baik punya cover tuh!)

PETI SUARA (VOICE MAIL)

Jangan pernah mau untuk jawab telefon kamu sekiranya telefon  kamu dilengkapi dengan kemudahan peti suara pada waktu bekerja. Seseorang tidak akan telefon kamu saja-saja utk bersembang kosong pada waktu bekerja, mereka telefon kamu kerna mereka ingin kamu melakukan sesuatu kerja untuk mereka. That's no way to live! Tapis semua panggilan yg kamu terima melalui peti suara. Jika seseorang tinggalkan pesanan melalui peti suara yg  bunyinya seperti kerja yang tertangguh, kamu bagi respon pada waktu makan tengahari yang mana kamu sudah al-maklum bahawa mereka tiada di situ - itu menunjukkan seolah kamu ini seorang yg sangat rajin dan bersungguh-sungguh walaupun yg sebenarnya kamu tu seorang yg pandai putar belit! Hahahaha!

MUKA TERTEKAN DAN TIDAK SABAR 
 
Sentiasa cuba untuk kelihatan tidak sabar dan tertekan untuk beri tanggapan kepada boss dan rakan sekerja kamu bahawasanya kamu ini seorang yang sentiasa sibuk dengan projek yang penting.

BALIK KERJA LEWAT
 
Sentiasa tinggalkan pejabat lewat dari orang lain terutamanya semasa boss kamu masih ada di pejabat. Kamu boleh Facebooking, blogging, chatting, reading, etc untuk menghabiskan masa. Semasa ingin balik, pastikan kamu lalu di depan bilik boss (dan pastikan boss perasan itu adalah kamu). Hantar emel tentang kerja kepada boss/rakan sekerja di luar waktu bekerja (tgh malam/sebelum subuh) dan pada hari cuti untuk menunjukkan kamu sentiasa bekerja pada waktu orang lain sedang berehat.

MENGELUH DENGAN KREATIF

Mengeluh dengan kuat semasa ramai orang disekeliling kamu untuk beri tanggapan kepada mereka bahawasanya kamu sedang sangat tertekan dengan kerja.

STRATEGI MENIMBUN/MELONGGOK

Timbunan dan longgokan dokumen yg dah bersepah di atas meja kamu tu masih belum cukup. Jangan lupa tambah dengan timbunan dan longgokan buku-buku di atas lantai dan sebagainya (manual peralatan yg tebal adalah pilihan yg baik).

BINA TATABAHASA

Baca artikel atau majalah yg berkaitan dengan pekerjaan kamu dan pilih perkataan yang khusus terutamanya perkataan-perkataan teknikal yang merujuk kepada sesuatu perkara. Gunakan perkataan-perkataan tersebut semasa berbicara/berbincang dgn boss kamu. Ingat! Boss kamu tu tidak perlu untuk memahami kesemua perkataan yg kamu sebutkan, tapi kamu musti kedengarannya sangat mengagumkan semasa menggunakan perkataan-perkataan tersebut! Contohnya semasa kamu sedang membuat pembentangan kertas kerja, walaupun kamu hanya 'goreng' saja, tp kamu musti yakin dgn apa yg kamu 'goreng' itu! (Sama saja macam sy kalau sdg buat presentation, main hantam saja, tp body language musti menunjukkan keyakinan yg sangat tinggi! Keh3!)

PERLU ADA 2 JAKET  

Jika kamu bekerja dalam suasana pejabat yg terbuka, sentiasa pastikan jaket gantian kamu digantungkan pada kerusi. Dengan itu menunjukkan bahawa kamu masih lagi berada dalam premis pejabat kamu tu. Jacket kedua sepatutnya dipakai semasa kamu merayau ke tempat lain. Kalau boss tangkap kamu, sy tidak bertanggungjawab okeh! Sendiri mau ingat lorrr!

PALING PENTING


Jangan sesekali beritahu boss kamu tentang muslihat di atas. Hahahahaha...

Semoga kamu terhibur membacanya. Pesanan ikhlas dari saya, jangan sesekali aplikasikan semua muslihat di atas. Kerna sebelum kamu baca artikel ini, boss kamu sudah pun membacanya. Buatlah kalau mau dipelangkung oleh boss!

Okeh! Saja mau gurau2 tghari ni. Biasalah lepas lunch hour, musti mata dah mula mau layu. Prestasi sudah  mula mau turun... 


Photo courtesy - google search (tak dan nak tgk original source).


1 comment:

storyfromme said...

ha3,kalau keje kerajaan boleh la buat semua ni.kalau swasta memang kena buangkeje la jawabnye.