BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum...
Beberapa hari lepas heboh diperkatakan bahawa Que Haidar dan Linda Jasmine minum arak semasa bersukaria di sebuah kelab malam melalui penyebaran gambar mereka dalam beberapa laman web. Hari ini mereka telah tampil membuat kenyataan kepada akhbar untuk menafikan mengenai dakwaan tersebut. Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari Harian Metro.
KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.
Harian Metro, 24 April 2011
Hmmm... Saya tidak berminat untuk mengulas apa-apa sama ada mengenai gambar-gambar tersebut ataupun kenyataan akhbar mereka. Tepuk dada tanya iman.
pssstttt... kalau dah jejak kaki ke tempat maksiat tu, dosa tetap dosa kan?!
3 comments:
hurmm.. nak tangkis pun payah. dia tak tau kot datang ke tempat tu akan menimbulkan syak masyarakat..
erm.. setiap perbuatan manusia boleh mengundang fitnah. as a muslim. they must know club malam tu haram. they should be alert about than... the good thing, beware ur step and ur activities. =) wallahu'alam.
Dhla p tmpt mcm tu.pastu cara berpakaian SubhanAllah. Tak tau nk ckp apa..
Post a Comment