BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Pagi semalam aku berjaga sehingga jam 4 am untuk menyiapkan presentation slide untuk Faculty's Colloquium yang dijadualkan pada jam 3 pm hari ini. Selesai menyiapkan slide tersebut, aku pun masuk untuk tidur sebentar sementara menunggu waktu Subuh. Usai solat Subuh, aku sambung tidur semula sebelum mak tiri aku kejutkan aku untuk menghantar anak-anaknya (adik2 aku ler tu) ke sekolah. Aduh, mengganggu gugat ketenteraman awam saja! Dengan berat hati dan rasa mengantuk yg teramat sangat, maka aku pergi juga untuk menghantar budak-budak tu.
Setibanya aku di rumah selepas menghantar budak2 tu, aku terus gedebushhhh di tilam! Niat di hati ingin menyambung tidur kembali sebelum memulakan perjalanan pada petang ini ke Kuantan (UMP), tapi entah kenapa mata ni sangat degil dan tamau lelap sudah! Dah guling-guling golek-golek tunggang terbalik sehingga ke jam 12tgh masih tidak boleh tidur, maka aku nekad, get ready saja kau (pronounce 'kau' harus pekat okeh!) untuk ke Kuantan!
Usai solat Zuhur, aku terus bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Hujan renyai-renyai pada masa tu. Disebabkan aku memandu seorang diri, maka aku pun menkusyukkan diri melayan lagu-lagu dari Sinar FM. Punya main mendayu-dayu lagunya. Membuai-buai. Beberapa kali jugak aku tersengguk (betulkah perkataan ni?!). Owhhh ini tidak boleh jadi ni! Mau bukak tingkap bagi angin masuk untuk menyegarkan muka aku yg teramat sangat mengantuk tu, tp hujan masih renyai-renyai.
Mula-mula bercadang untuk singgah di R&R Genting Sempah. Tapi selepas melewati terowong di Genting Sempah itu, aku melihat sangatlah banyak kenderaan di R&R tersebut. Hurrmmmm terbantut niat untuk singgah sebentar. Maka perjalanan aku teruskan dan bercadang untuk berhenti rehat dan tidur sebentar di R&R Temerloh saja.
Hampir 1km setelah melewati R&R Genting Sempah, jam lebih kurang 4.30 pm, tiba-tiba aku melihat tembok batu bukit pembahagi jalan berada betul-betul di hadapan dan kenderaan ku meluru laju ke arah tembok batu tersebut! Gedeganggggggggg!!!!!!!!! Aku dalam keadaan terpinga-pinga sebentar. Aku pejam mata, kemudian aku bukak dan ku lihat penutup enjin kenderaanku seperti berasap. Kemudian ku pejam semula mata kemudian ku bukak lagi, ku lihat seperti ada beberapa kelibat yang mnghampiri kenderaan aku. Kemudian ku pejam lagi mataku, dan apabila ku buka kembali mata ini, aku dengan termengah-mengah mencuba untuk melepaskan seat belt aku. Kemudian sayup-sayup aku dengar suara beberapa orang seperti mendekati aku. Kemudian ku pejam mata dan selepas itu aku sudah tidak ingat apa2 lagi sehingga la aku tersedar seorang lelaki sedang mengangkat aku masuk ke dalam sebuah kereta.
Aku sempat memandang ke luar tingkap kenderaan yang sedang aku naiki dan melihat ke arah keretaku yg sudah remuk teruk dan bertanya (entah kepada siapa pertanyaan aku itu aku tujukan). "What happened?! Apa yang dah jadi ni?! Saya excident kah?! Saya langgar orang kah?! Orang langgar saya kah!" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut ku dalam keadaan tercungap-cungap. Ku rasakan tersangat sukar untuk bernafas pada ketika itu. Nafasku tersekat-sekat. Dadaku sangat sakit!
Seorang wanita lingkungan usia 20an berbangsa India yang sedang duduk di seat penumpang hadapan kenderaan tersebut berkata kepadaku bahawa aku terlibat dalam kemalangan. Manakala pemandu kenderaan tersebut yang berbangsa Cina (ku panggil 'uncle' merujuk kepada fizikalnya). Mereka bertanya kepadaku soalan yang aku rasa bertalu-talu jugak. Mereka tanya aku dari mana, menghala ke mana, aku memandu seorang saja kah. Aku tercungap-cungap dan cuba untuk mengingati kembali apa yang sedang berlaku. Aku seolah-olah hilang ingatan. Aku tak tahu apa yang aku sedang buat pada masa itu, aku tak tahu aku ingin ke mana, dari mana, dengan siapa, ingatanku betul-betul hilang seketika.
Kemudian wanita India itu menyatakan bahawa dia telah pun menghubungi 'Abang' aku (kerna dalam list phonebook h/p ku, 'Abang' adalah nama pertama dalam senarai itu). Dia juga menyatakan bahawa dia telah pun mengeluarkan kesemua barang-barang ku dari dalam kenderaanku yang ku lihat ada di sebelah ku pada masa itu. Dia bertanya samada aku ingin menghubungi sesiapa lagi. Orang pertama yang aku hubungi adalah Dr. Chin (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pascasiswazah, Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, UMP) untuk informkan beliau bahawa aku tidak dapat hadir untuk present pada Kolokium Fakulti keesokan harinya (hari ini) kerana terlibat dalam kemalangan. Masa ni sudah beberapa ketika setelah ingatan kembali.
Semasa menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Bentong, wanita India dan uncle yang membawa aku ke hospital tu sempat menemani aku seketika sebelum ketibaan seorang staf HEP (Hal Ehwal Pelajar) universiti. Aku pun heran dan tatau macam mana staf tu blh tau dan tiba secepat itu (tempoh minimum dari UMP ke Hospital Bentong pun mengambil masa 2 jam jika melalui LPT)! Owh rupa-rupanya dia staf 'oncall' pada masa tu. Memang sudah standby untuk perkara-perkara kecemasan melibatkan pelajar. Dia datang untuk menyerahkan GL (Guarantee Letter) kepada pihak hospital. Dia menemani aku sehingga aku ditempatkan di wad perempuan dan sehingga parents aku sampai. Miss dengan uncle yang membawa ku ke hospital sudah pun berlalu pergi pada masa itu. Aku tidak sempat untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Terkilan jugak la aku.
Keadaan setelah dimasukkan ke wad |
Itulah kisah saya yang terlibat dalam kemalangan pada 20/01/2010 yang lalu. Hari ini genap setahun tragedi itu berlalu.
Foto-foto berikut adalah yang terawal saya lihat dengan jelas mengenai keadaan kenderaan saya yg diambil oleh seorang sahabat yang melawat pada malam kejadian. Tengkiu Jidin Mustapha dan Apis kerna datang terus dari Seremban ke Bentong semata-mata untuk melihat keadaan saya masa tu.
Kenderaan ini sudah ditunda ke balai polis Bentong semasa gambar ini diambil. Tayar hadapan dikatakan tidak dijumpai di lokasi kejadian. Ke mana agaknya tayar tu melambung?!
Keadaan sehari selepas kejadian.
Dengan keadaan kenderaan saya yang remuk teruk itu, physical injured hanya ini! Percaya lah. Cuma sedikit darah keluar dari kaki saya ni. Boleh pulak adik saya sapu ubat yang salah pada luka di kaki saya tu. Haishhhhhh....
Sedang tunggu turn buat 2nd x-ray. |
Hari kedua di wad, sedang menunggu giliran untuk buat 2nd x-ray (x-ray pertama dilakukan semasa mula-mula tiba di bilik kecemasan pada hari kejadian dan menurut doktor yang merawat saya, tiada kepatahan/keretakan tulang yang dikesan). X-ray kedua ni diambil memandangkan saya masih mengadu sakit pada bahagian dada dan rusuk kanan semasa bergerak. Keputusannya sama, tiada kepatahan/keretakan tulang dikesan.
Pada hari ketiga, saya dibenarkan pulang walaupun keadaan saya pada masa itu masih sangat lemah dan masih terlalu sukar untuk bergerak. Boleh pulak mereka tidak berikan saya walau sehari MC! Haiyyakkk! MC hanya pada tarikh saya dirawat dihospital saja! Maka baliklah saya ke KL dengan keadaan yang masih sakit (kenderaan kena pandu perlahan dan sangat berhati-hati kerana saya akan terasa sakit yang amat jika kenderaan bergegar dengan kuat). Setibanya di KL, saya mengadu sakit yang amat sangat di bahagian rusuk, belum sempat tiba di rumah, kami terus menuju ke Sentosa Medical Center dekat dengan Hentian Pekeliling tu.
Keesokan harinya setelah dr pakar orthopedic tu melihat x-ray yang diambil di situ mengesahkan terdapat keretakan di beberapa bahagian tulang rusuk kanan. Haishhhhhhhh.. Sangat-sangat kecewa dengan Hospital Bentong! Seminggu saya admit kt Sentosa Medical Center untuk mendapatkan rawatan lanjut. Abang yang sangat-sangat tidak puas hati terus menulis surat yang dialamatkan kepada Pengarah Hospital Bentong, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pengarah Kesihatan Malaysia. Amekaw!!! Nasib baik dapat respon sangat cepat dari Pengarah Hospital Bentong.
Setelah 5 hari tidak mandi dan tidak cuci rambut. Sebelum ni cuma gosok badan dengan tuala basah saja kerna pergerakan sangat terbatas. Rambut ni pun adik yg tolong cucikan. |
Ini perkara yang paling saya tidak suka bab cucuk-cucuk ni! Tangan jadi bengkak dan kebas dibuatnya. |
Beberapa hari selepas discharge dari Sentosa Medical Center,kami mula menjejaki dimana kenderaan tu telah diletakkan. Perghhhhhhhh!!! Punya jauh diorang tunda... Nun sampai di Mentakab bah dia urang tarik! Kereta, TOTAL LOST!!!!
Antara perkara yang dikesalkan melibatkan kemalangan ini:
- Kereta bapak aku TOTAL LOST! Tak dapat nak tolong! Rasa bersalah sangat-sangat!
- Duit dlm dompet saya dan di poket pintu kereta pun dorang boleh kebas! Podacitttt punya manusia! Nasib baik cash x banyak dalam wallet masa tuh! Saya tidak halalkan okeh! Kamu mengambil kesempatan dalam kesempitan saya pada masa itu!
- My Ray Ban sunglass yang harga ratus ribu riban tu (okeh tipu klu ribu riban, hanya RM800++), baru seminggu beli, pon podacittt itu kebas! Betul2 podacittttt punya manusia!
- Kecewa dengan perkhidmatan Hospital Bentong.
- Kecewa sebab tidak dapat say tengkiu arigato gozaimas kepada 3 orang yg telah menolong saya (Abang Melayu yg angkat saya ke dalam kereta, Miss India tu yg tlg punggah barang2 saya dari dalam kereta, dan jugak uncle Cina tu yg sanggup bawak saya ke Hospital Bentong walaupun dia sedang kejar masa ketika itu). Satu Malaysia betul!
- Beberapa orang 'podacitttt' dok tepon-tepon la, sms la, nak bkenalan la, kunun nak tanya khabar la selepas eksiden itu. Ni musti kes dorg amik business card saya yang bersepah dalam kereta akibat kemalangan itu.
KESIMPULANNYA : DON'T SLEEP AND DRIVE
7 comments:
mak aih,total lost!gaya kamu cerita mula2 2 xnampak seriyes sgt tau sbb kamu sempat sedar.maen pejam celik pejam celik kan.hu3
semoga cepat sehat! ^_^
aduh....kalau tgkkan keadaan kereta.... ngeri jer rasa...semoga di lindungi Allah sentiasa...:)
pewh...saya takut btl tgk kete tu. total lost! tp suke tgk lilitan towel biru ats kepala tu. so cute. mcm cikgu dlm kampung boy la. hugs!
nice to know ur blog.
sabar k... apa pun yang berlaku pasti ada rahmat yang tersembunyi, insya alllah
Ikutan yah,
ADAMSAINS™ ~ Berbagi Renungan dan Solusi!
http://www.adamsains.us/2011/07/daftar-isi-blog.html
teruk keadaan keta tu..tkot tgok..
Acik Riotaro - alhamdulillah... Allah masih pjgkn umur...
Post a Comment