follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, April 21, 2011

Jika Kau Fikir Kau Tidak Sempurna, Sila Fikirkannya Semula!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum... Tazkirah untuk pagi Khamis ni. Sebelum baca artikel di bawah... Layan dulu video ni... Lepas menonton video berikut, pandanglah diri kamu.




Ncik Vujicic. Pertama kali  melihat video tentang satu program motivasi oleh Nick Vujicic ni adalah pada tahun lepas. Saya mengaku, hati sangat tersentuh dan saya tipu kalau saya tidak sebak dan mengalirkan air mata melihat video tersebut... Beliau seorang yang sangat kuat, sangat tabah, tidak pernah berputus asa dan tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk beliau tidak berjaya seperti orang lain yang jauh lebih sempurna dari diri beliau! Buktinya kamu boleh lihat sendiri tentang kejayaannya yang belum tentu orang yang sempurna fizikalnya boleh dapat.


video
An inspirational video about Nick Vujicic daily life. Video Courtesy : R.T. Production

Kalau beliau boleh lakukannya semua seorang diri, kenapa tidak kamu?!
Usai melihat video tersebut, hati saya terdetik seketika, "dia tiada tangan, dia tiada kaki, namun dia bisa berjaya, kenapa tidak aku?! Aku sempurna fizikal, ada kaki yang lengkap, ada tangan yang tiada cacat celanya. Aku sepatutnya lebih berjaya dari dia dari segi logik akal fikiran."


Nope!!! Itu salah, kejayaan bukan sekadar datang dari fizikal kita yang lengkap, tapi juga mental kita yang sentiasa kita fokuskan ke arah yang positif. Usaha itu penting! Tidak pernah putus asa itu penting! Juga jangan kamu pernah lupa kepadaNya. Jika kamu gagal dan silap pada hari ini, jadikan kegagalan dan kesilapan itu sebagai pemankin untuk kamu terus mencuba yang lebih baik pada hari esok. Kerna kegagalan dan  kesilapan itulah sebenarnya guru kehidupan kita yang jarang di antara kita ini sedari.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
[Surah Al-Ankabut, ayat 2-3]

 ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
[Surah Yusuf, ayat 12]

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
[Surah Al-Baqarah, ayat 216]

So, always AJA AJA FIGHTING!


9 comments:

nurayunni said...

bersyukur dengan yang diberi..:)

naseerpatah said...

kagumla dgn golongan mcm ni, mmg boleh naikkan semangat kita.. :)

azwa amani said...

errmmm...org kurg upaya ni selalunya lebih usaha...tak mcm kita ni...bersyukur pada nikmat kesempurnaan yg ada...

EwaFiwa said...

mmg harus bersyukur dgn segala yg kita ada :) . anyway drop here just to day hello ! saya follower baru anda ^__^

Maryam Fatanah said...

syukurlah..

Mr iZzo (^^,) said...

saLam kenaLan...dr segmen gegar gegar! huhu nice blog!(^_^)

sudi2 lah lawat kiter plak ye


http://themrizzo.blogspot.com

~ Mr Ej ~ said...

tiada manusia yang sempurna kt dunia skunk nieyh...so pk2 kan lah bersama....i follow u...follow me back yer...hehehe

cik hani said...

syukurlah kite dilahirkan sempurna..

tapi kdg2 kite alpa dengan kurniaan tu..

insan lg lemah dari kite mampu untuk berjaya dan kuat dari kite...

kn..

apis of art said...

byk kali gak terfikir n byg kalau berada kat tempat deorg..