BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum, salam Jumaat semua saudara dan sahabat...
Okeh, actually mau post entri ni dr awl td, tp masa tengah godek2 gambar kt google utk disertakan dlm entri ni, tetiba my project leader, Dr. Sha**** dtg dari belakang, tokojut den! Kalau kt skrin komputer ni tertera benda2 yg berkaitan dengan research dia, ok la jugak leh cover sikit2... Sib bek meja ni dah bertimbun dgn barang2 lain, dgn journal2, buku log, nota2 berkaitan research dia, xdalah nampak sgt sy sdg tak buat kerja dia! Uhuhuukkk.. Mengelat eh! Kelam-kabut seketika trus sy dibuatnya. Nasib baik blh jwb lg soalan-soalan dia psl kerja yg dia bagi last week! Hik3.. nakalnya saya... No more nakal2 okeh!
Baiklah, atas tu intro yg x berkaitan dgn tajuk. So berikut adalah seperti perkara tajuk...
Photo Courtesy : Google (xtau sumber asal sbb copy paste dr belog org yg mengatakan sumber Google)
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar!) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a.w. ini.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman..
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
3 comments:
Alhamdulillah..thanks share info pesal penawar kepenatan nie luna..
syaz@rozelt - sy suka berkongsi ilmu yg bermanfaat ni.. klu ilmu tu org sampai2kn maka manfaat pahal tu akn trun kpd sy jugak.. dan ianya berlanjutan walau sy dah mati sekalipun... buat bekalan semua tu.. :P
dipanggil juga Zikir Fatimah
Post a Comment