follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, April 23, 2011

Macam Ni La Kalau Mau Hidup

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum...


Okeh, kita teruskan... Gambar-gambar berikut diambil sewaktu latihan berterusan/lanjutan Batalion 1 Rejimen 505 yang berpengkalan di Kuantan pada tahun 2008. Latihan dijalankan selama seminggu di Sungai Lembing, Pahang. Ikhtiar hidup merupakan salah satu modul latihan untuk fasa medan. Maklumat lanjut mengenai Askar Wataniah boleh dirujuk di [SINI].


Taklimat dan pameran mengenai ikhtiar hidup sewaktu latihan tersebut diberikan oleh anggota Rejimen Renjer Diraja (RRD) dari 7 Renjer Mekanise, Kem Batu Lima, Mentakab, Pahang. Just in case jika ada yang tersesat dalam hutan tebal nanti... Harus lah tahu bagaimana mau ikhtiar untuk meneruskan hidup kan? Walaupun tidak ingat semuanya secara terperinci, sekurang-kurangnya ilmu yang asas tu masih boleh digunapakai.

Sedang mendengar taklimat awal sebelum dibawa melihat lawatan di dalam hutan. Huhuhu... Sapu camouflage makeup pun main 'taram' saja. Akibatnya muka jadi macam kucing! Tapi masih nampak comel okeh! Ni maksudnya tak ikhlas untuk tenyeh makeup tu. Susah weh mau tanggalkan nanti! Guna makeup removal pun tidak berapa berkesan.


Baiklah, sekiranya kamu sudah pasti bahawa diri kamu telah sesat di dalam hutan, perkara pertama yang perlu kamu buat adalah mencari/mendirikan tempat perlindungan.

Temporary shelter. Sebagai tempat perlindungan sementara untuk tempoh sejam dua. Kalau yang ni, saya yakinlah untuk bina sendiri. Kihkihkih..

Juga dikategorikan sebagai temporary shelter untuk tempoh masa seminggu ke bawah. Errrkkk... Cam susah saja ni mau buat!

A-Shape temporary shelter: Sesuai untuk tempat yang sejuk seperti di kawasan tinggi...

Okeh, bila sudah selesai dengan tempat perlindungan, kena fikir macam mana mau carik makan! Selain memakan buah-buahan hutan, kamu juga boleh cuba untuk menangkap haiwan (kalau sudah bosan makan buah saja). Berikut beberapa jenis perangkap haiwan mengikut kategori haiwan. Maaf, cara-cara membuatnya tidak saya sertakan kerna saya sendiri tidak ingat. Kuikuikui...

Perangkap yang paling simple. Perangkap ni khas untuk memerangkap haiwan-haiwan yang berkaki rendah seperti arnab, ayam hutan dsb. Kalau rasa-rasa mau makan ular, perangkap ni pun boleh pakai jugak! 'Kerbau pendek' pun boleh kot?! Hak3! 'Kerbau pendek' besar sangat untuk perangkap ni.

Perangkap kancil dan haiwan seumpamanya...

Gambar diatas memperagakan beberapa jenis tumbuhan hutan yang tidak boleh dimakan/beracun. Sorry ler, tak ingat nama! :P

Bila dah dapat haril tangkapan, takkan mau makan mentah pulak kan?! So, harus hidupkan api. Kalau ada mancis/pemetik api, oklah. Kalau tiada?! Maka, mereka turut menunjukkan cara2 utk menghidupkan api menggunakan batu dan besi (untuk gambar di atas, mereka menggunakan besi parang)! Bahan bakar merupakan sejenis tumbuhan hutan seperti kapas dan jenis yg mudah terbakar... Sekali saja kena percikan api, memang terbakar... Tapi pastikan tidak basah okeh!

Dah dapat api, macam mana mau masak kalau teda periuk?! Senang saja, masak menggunakan buluh (kalau jumpa buluh la). Resepi yang dimasak oleh mereka masa tu adalah nasi dan ayam pansoh.  Resepinya sangat mudah, bubuh ayam, letak air, campur sedikit garam, kemudian letak buluh di atas api seperti di atas. Perghhhh!!! Boleh tahan jugak sedap. Mungkin sebab lapar kot, tu yang sedap semua tu!

Ohhhh kesiannn... Ashkar2 yang kebuluran. Yang ni sudah 10 tahun sesat dalam hutan! Hak3!


No comments: