Saturday, July 02, 2011

Saya Akui Saya Jatuh Cinta Dengan Suami Orang Ni! So What?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Saya hanya wanita biasa, juga punya hati, juga punya perasaan yang mudah tersentuh... Bukan saya minta jadi begitu, tapi siapa saya untuk menghalangnya?! Kalau itu sudah takdirNya... Serius saya dah lama minat dengan suami orang ni... Dah la handsome, kacak, bergaya, segak, bijak, pandai, cerdik, pokok pangkalnya, secara fizikalnya, dialah yang sempurna...

Mesti ramai golongan wanita terutamanya yang bergelar isteri di luar sana tu yang akan mencemuh saya dengan kenyataan yang saya keluarkan ni... Biasalah, bab-bab suami orang ni, pantang kalau diperdengarkan kepada mereka. Kau nak marah, marah la... But seriously, saya jatuh cinta dengan dia ni! Mesti engkau orang tertanya-tanya siapa si suami orang tu kan?! Sempurna sangat kah dia sampai saya boleh terjatuh hati kat dia. Okeh, apa nak disorokkan?! Bukan saya buat jenayah atau buat dosa pun. Ya, dialah orangnya...

12 comments:

  1. huhuhuhuhu... ingatkan sape lah :)

    ReplyDelete
  2. haha dengan dr sheikh muzaffar rupanya :D

    ReplyDelete
  3. cik luna.
    rasanya ramai yg minat suami org ni...hheee

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Nice entry. dr. shekh muzaffar mmg terbaik!!!

    ReplyDelete
  5. cuak aku ...nasib tk klik...kih kih kih kih

    ReplyDelete
  6. blog ni best..sy follow kembali..slmt berkenalan..

    ReplyDelete
  7. hmm..rasanyer ramai lg jatuh cinta ngan dia..tp cinta pandangan mata tak sama ngan cinta kenal jiwa..hahaha..
    pandai wat lawak!

    ReplyDelete
  8. Akak tak mahu komen pasal entry nak puji gambar header atas tu...CANTIK

    ReplyDelete
  9. Hatinya sudah berpunya sabar jerlah :-)

    ReplyDelete
  10. Salam...Dah follow,memang menarik...

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.