follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, April 16, 2008

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Assalamulaikum... Siapa tidak kenal dengan ikon ni?! Kalau ada rakyat Malaysia yang tak kenal tu, baik kau berambus segra dari tanah Malaysia ni! Ekeekekke... Serius saya sangat teruja yang amat sangat bertentang mata dengan beliau pada masa ni! Sebelum ini hanya melihat beliau dari kaca TV saja, kini beliau di depan mata... Sangat kacak la kamu ni! Beliau sekacak yang dilihat di TV. Hik3! Sangat ensem lorrrr... Tapi kan... Tapi kan... Hik3! Bahasa Melayu dia sangat pelat. Ke sangat ermmm.... Tak tau macam mana mau jelaskan. Kamu harus dengar sendiri.

Dulu masa kecik, ingat lagi masa sekolah rendah, punya tinggi melangit malah sampai ke bulan cita-cita saya, mau jadi angkasawan. Seriusss!!! Sampaikan mak saya sendiri boleh recall bagitau saya bahawa, katanya masa saya kecik-kecik dulu, saya pun nak jadi macam Dr. SMS ni. Tapi kenyataannya sekarang, saya masih berpijak di bumi nyata lagi rupanya...

Okeh2... Kamu tidak mahu baca yg merepek ini.. Kita teruskan dgn gambar-gambar beliau... Kalau nak tengok koleksi gambar dengan Dr. Faiz la, ada jugak... Ekekekekeke.. Cukup koleksi gambar dengan angkasawan negara...

Event:
Program Sepagi Bersama Angkasawan Pertama Negara

Venue:
DKU 1& 2, Universiti Malaysia Pahang

Date:
15 April 2008

Saat beliau mula melangkah masuk ke dalam dewan, perghhhhh... Bergema dewan kuliah ni dengan tepukan gemuruh dan sorakan dari para hadirin (tentunya yang paling teruja adalah hadirin wanita, termasuk saya, ekekekeke!)


Opocotttt!!! Gugur jantung jap bila dia senyum saat saya zoom untuk mengambil gambar beliau!

Gambar ni sangat blur sebab diambil menggunakan kamera enset cabut saja masa ni sebab compact kamera saya sedang buat hal masa ni!

Sesi autograph! Serius mengalahkan artis yang pernah berkunjung ke UMP ni! Budak-budak kat sini tak berapa nak melayan retis-retis ni...

Encik sekuriti tu pun tidak terkecuali menunjukkan keterujaannya yang amat sangat! Dr, nak signnnnn...

Caitttttt!!! Lepas sesi autograph, bodyguard beliau tak beri kesempatan langsung untuk sesi bergambar. Tengok aje la muka dia kat belakang tu! Arghhhhhh!!!! Saya tak kira, berebut pun, berebut la! Janji boleh bergambar sebelah dia!

Hahahaha... Siap beli buku ni lagi as a sourvenir. Siap ada tandatangan beliau lagi tu...

Dr Faiz yang comel tu pulak tak hadir masa ni... Tapi dia hadir dalam event yang lain.


Udah-udah ler tu Luna!

Akhirnya, dapat jugak kau! Dengan muka yang sungguh selebet tak terkata, dapat juga privasi ni untuk bergambar berdua dengan penuh aman dan damai dengan beliau...








3 comments:

Jijahh @ f.k said...

gheeeeee.. jijah jumpe dia kat cafe.. 2-3 kali tertoleh sbb muka dia macam familiar.. tapi bila dia terperasan saya tengok dia.. dia senyum je.. suweet... masa naik lif baru teringat... angkasawan upenye .. patut aaa macam kenal

Tea said...

woah untungnya. jeles jeles jeles.

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

fewitt..cayalah ... ;)