follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, April 14, 2008

Logo Dalam Hidup Saya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum and Howdy! readers... Sekarang ketandusan idea untuk menulis... Apa kata saya konsi sedikit tentang kehadiran logo-logo berikut sepanjang hidup setakat ini...

Hurmmmm... Okeh, rasanya logo pertama yg muncul dlm hidup saya adalah Tadika Cheng Hwa (entah masih dgn nama yg sama atau sudah tukar, lama tidak menjengukkan diri di sini... Kemudian naik ke Darjah 1 pun bersekolah di S.R.J.K Cheng Hwa Papar (rasanya skrg suda S.J.K Cheng Hwa Papar).. Maaf, logo2 ini tidak dijumpai semasa sy meng'google'nya. Ooooo... Skolah cina eh?! Hik3! Dulu jaman2 skolah rendah memang terer la cakap cina (mandarin okeh, bkn kantonis mcm dlm crita2 kantonis dlm tv tuh), kemudian bila sudah masuk ke sekolah menengah, sudah jarang mempraktikkan bahasa itu sehingga ianya hilang ditelan masa... Tidak hilang semuanya, masih ada yg bersisa sedikit. Tetapi lidah ini sudah pekat melekat dgn belacan, maka bila pronounce sesuatu perkataan cina pun, sudah lari tune... Hik3...

SM ST JOSEPH PAPAR
Lokasi : Papar, Sabah

Kemudian saya berskolah menengah di sini dari Tingkatan 1 hingga 5. Banyak sejarah pahit manis di sini bersama rakan2 seperjuangan serta guru-guru yg sy sayang. Baikkan saya, masih setia di kampung sehingga usia 17 tahun... Hik3!

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Lokasi : Kg Saguking, Labuan

Saya sedar kehidupan itu berbeza apabila jauh dari bawah ketiak ibu.. Huk3... Pertama sekali tidur bkn di rumah... Inilah tempatnya. Sungguh tidak tipu okeh! Ini pertama sekali tidur bukan di rumah sendiri tanpa ibu bapa. Selama setahun menjalankan kehidupan di sini memang sangat menyiksakan kerana ketidakbiasaan jauh dr rumah. Dalam masa sebulan mesti balik rumah sekurang-kurangnya satu kali okeh!

KUKTEM
Lokasi : Kuantan, Pahang

Dan masa di sinilah banyak perubahan yg berlaku dalam hidup ini. Masa ni sungguh2 harus belajar survive di tempat orang... Rumah sudah jauh nun di seberang Laut Cina Selatan. Bermulanya kehidupan sebagai seorang mahasiswi dengan harapan untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia! Huh, semangat berkobar-kobar masa ni. Hidup sebagai seorang perantau (perantau la sangat.. hik3!), ada terkadang tidak balik untuk beraya di kampung.. Ini part yg paling sedih okeh! Huk3.. 3 tahun setengah menimba ilmu di sini. Dengan batch kami sebagai perintis di kampus yg pada mulanya semasa menjejakkan kaki di sini, seperti sebuah padang jarak padang tekukur... Hanya mereka dan keluarga mereka yg tau....

KUALITI ALAM SDN BHD
Lokasi : Seremban, Negeri Sembilan

Apa saya bikin di sini?! Latihan industri, sebagai memenuhi kriteria untuk dinobatkan sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia itu... Setat Disember 2006 sehingga April 2007,  5 bulan saja okeh!

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Lokasi : Kuantan, Pahang

Sudah selesai Ijazah Sarjana Muda, menyambungkan lagi menimba ilmu di sini. Owh ini merupakan tempat yg sama dengan KUKTEM okeh... Hanya penjenamaan semula universiti sahaja. Sekarang sedang bertarung untuk menggenggam Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia pula... Allah, Kau kuatkan semangat ini untuk terus menimba ilmu-Mu.


REJIMEN ASKAR WATANIAH

Hak3! Dan ini antara aktiviti yg saya sangat sukai. Jangan pandang saya sebelah mata okeh! Saya suka aktiviti yg lasak-lasak, mungkin kerna itulah saya ditakdirkan jatuh cinta dengan RAW ini. Bermula September 2005 sehingga sekarang, masih setia sama kamu. Belum memikirkan untuk berpaling tadah dari Batalion 1. Hik3... Forever First!

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Dulu masa sekolah menengah sudah pernah masuk persatuan silat (maaf sudah lupa nama persatuan itu, huk3!). Kemudian di universiti, mau menyambung kembali aktiviti itu dengan niat suci murni mau protect diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan juga negara. Aisyehhhh... Tinggi sungguh semangat patriotik di dalam diri ini rupanya.. Kih3!

Okeh... Begitulah alkisahnya sedikit tentang logo2 di atas.. Mungkin ada yg saya terlepas ingat... Tp yg di atas inilah yg plg diingati.. :P Okeh, sy mau beradu dulu... 


2 comments:

AQuadroGRAphx said...

ahli PSSCM cawangan mana? azwanazali@gmail.com. PSSCMCPP

LUNA LANUN said...

Cawangan PSSCM UMP, kuantan, Pahang.