Wednesday, August 17, 2011

Meriahnya Suasana Berbuka Puasa Di Padang MPK Kuantan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum.... Sedang bersiaran secara langsung dari Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Oh ya, masjid ini menyediakan perkhidmatan wireless secara percuma yang hanya boleh diaccess dari dalam masjid.

Okeh berbalik kepada perkara tajuk, jika anda mengunjungi bandar Kuantan pada bulan Ramadhan, ingin mencari bazar ramadhan, ingin berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang cukup-cukup santai dan relaks seperti suasana berkelah, maka saya syorkan anda berbuka di Padang MPK yang terletak bersebelahan dengan masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad Shah.




Padang ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di sekitar bandar Kuantan, malah juga dari luar bandar Kuantan setiap kali bulan Ramadhan. Ia disebabkan oleh kedudukannya yang sangat strategik. Selain kawasannya yang sangat luas, bazar ramadhan dan masjid negeri juga terletak bersebelahan dengan padang ini, yang akan memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka, seterusnya menunaikan solat Maghrib selepas berbuka di padang berkenaan. Maka, anda tidak perlu terkejar-kejar mencari masjid atau surau selepas berbuka.

Deretan gerai-gerai bazar ramadhan yang boleh dilihat dalam gambar berikut memudahkan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa sebelum duduk di atas padang menunggu masuk waktu Maghrib untuk berbuka puasa.






Anda boleh melihat padang yang dipenuhi oleh orang ramai yang sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa berlatar belakangkan Masjid Sultan Ahmad Shah pada gambar-gambar di bawah.








Tempat yang sesuai untuk berkumpul bersama  keluarga dan juga rakan-rakan. Anda boleh saksikan sendiri ada yang membentangkan tikar. Tidak kurang mereka yang membawa juadah sendiri dari rumah. Menjadikan suasana di sini tidak ubah seperti sebuah kawasan perkelahan.






Owh, jika anda bercadang untuk makan directly menggunakan tangan, sila sediakan air basuhan tangan okeh. Melainkan kalau anda rasa anda sanggup ke tandas awam ataupun masuk ke dalam masjid semata-mata untuk membasuh tangan sebelum makan.








Amacam?! Seronok kan?! Jadi kepada anda di luar sana yang ingin merasai suasana seperti di atas, bolehlah mengunjungi Padang MPK tersebut.

13 comments:

  1. Wah!!! Serius best !!! Tapi jauh pula nak pergi. huhu. Lepas buka je trus tarawih. huhu. Masjid dkt. :)

    ReplyDelete
  2. Last week bbuka kt situ.serius ramai gila n jam sgt2.takpernah ktn jam smpai mcmtu.hihi :P

    ReplyDelete
  3. baru je tadi berbuke kat sini..saaangat ramai..hohoh mcm semut

    ReplyDelete
  4. bestnyer suasana berbuka posa yg semacam nie...tentu meriah kan...*_*

    ReplyDelete
  5. eh seronoknya...macam dkt masjid putrajaya dan masjid negeri kat shah alam...tapi bukan atas padang la

    ReplyDelete
  6. best..best..azan straight masuk telinga..nak solat pun dekat..

    ReplyDelete
  7. oh, serius rindu kuantan., hurm, sem ni cuti 4 bulan sampai pas raya, xdapat la nak bukak pose ngn kawan3 kt padang mpk.. urm..

    ReplyDelete
  8. Tak best pun. Sesak. lepas tu bercampur lelaki perempuan. kadang2 ada yg lepas buka balik terus. haish. Harap mereka berubah insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. kalau berbuka ramai2 tu bersama famili xpe la, ada bagusnya, mengeratkan sillaturrahim..tapi kalau ramai2 tu campur budak2 muda laki ppuan duduk sama bergaul, x manis la plak dipandang kan..

    ReplyDelete
  10. masjid penuh tak lepas buka puasa? xde gambar suasana solat maghrib beramai-ramai lepas berbuka? masjid dekat sangat kan?

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.