follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, April 20, 2012

AURAT - MENUTUP atau MEMBALUT?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum wahai penghulu segala hari... Jumaat begini elok bagi input yang positif buat santapan rohani... Sama-sama kita perbaiki diri. Sama-sama sebarkan kebaikan. Sama-sama dapat manfaatnya. InsyaAllah!



Fesyen tudung menyerupai rahib wanita kristian



Berfesyen itu boleh. Tapi jangan sampai menimbulkan fitnah dan membawa kepada dosa. Fesyen muslimah?! Muslimah sekarang ni dah kebanyakannya jadi mangsa fesyen...


Wednesday, April 18, 2012

Terung Bakar - My another favourite Bugis dish..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Terung Bakar - Antara makanan Bugis yang menjadi kegemaran tekak ni...

Ni la dia antara makanan Bugis yang biasa menjadi hidangan kegemaran. Terung bakar! Yummy! I'm not sure kalau kaum lain pun ada makanan ni. Sonang yo buek! Kih3...

Bakar terung (biasanya saya bakar atas dapur gas je, guna api kecil) sampai kulit terung tu jadi hitam (senang nak kopek kulit terung tu nanti). Lepas dah masak, buang kulit terung. Kemudian ketepikan.

Untuk kuah lak. Just air asam jawa (biar pekat-pekat, sedap sikit). Buh garam dan cili secukup rasa. Then, lenyekkan terung yang telah dibuang kulit tadi dalam kuah air asam tu.

Tadaaaaa!!! As simple as that! Jemput makan...


Monday, April 16, 2012

Ronda Ronda Sekitar Pusat Bandar Tawau, Sabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...

Okeh, last entry cerita pasal borong amplang di Pasar Tanjung, Tawau. Terlanjur dah keluar gi pusat bandar Tawau, meh la jeling-jeling sikit bandar Tawau ni... Sorry la, tak banyak info yang saya tau pasal bandar Tawau ni... Tengok gambar je la ok. Kot-kot ada yang bakal bertugas di Tawau ni. Bolehlah tarik nafas lega bila tengok gambar-gambar ni yang menunjukkan bandar Tawau ni bukan bandar 'ulu' sebab bandar ni di tepi laut. Huk3!










Boleh tahan gak besar public library Tawau ni...

Bangunan Wisma Persekutuan, Tawau. Bangunan ni kat mana-mana tempat kt Malaysia ni, aku tengok sama patern je semua.

Bandar Tawau ni terletak di pantai timur Sabah (boleh rujuk Google Map okeh). Kalau menggunakan kenderaan darat dari Kota Kinabalu ke Tawau (sama ada menggunakan bas atau drive sendiri), mau naik kematu gak montot sebab kena amik masa sampai 12 jam.

Owh jangan risau, kalau tak nak naik pengangkutan darat, udara pun boleh maaa... Taken only 50 minutes from KKIA or KKIA T2 to Tawau Airport. Tawau ada airport okeh!

Lapangan Terbang Tawau...

Kalau dari Kota Kinabalu, boleh pilih nak naik MAS ke Air Asia... Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau pun ada jugak. Kalau malas nak transit kat Kota Kinabalu.

Ikut bajet masing-masing... Masa perjalanan sama je...

Okeh, happy sekarang?! So, welcome to Tawau!


Thursday, March 22, 2012

Borong Amplang di Pasar Tanjung, Tawau

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Siapa sini orang Tawau?! Sila angkat tangan! Saya sendiri sebenarnya lahir kt Tawau. Cuma membesar di Papar sampailah sekarang memang dah jadi pemastautin Papar.

Okeh, seperti entri yang pernah saya terbitkan sebelum ni bertajuk Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah, salah satu daripada makanan tersebut adalah amplang. Ya amplang! Dan tentunya bagi penggemar amplang, amplang Tawau menjadi pilihan sebab lebih sedap jika dibandingkan dengan amplang dari Kota Kinabalu. Jika ke Tawau, jangan lupa singgah di Pasar Tanjung yang terletak di pusat bandar Tawau yang menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan amplang ni untuk dibawa balik sebagai buah tangan. (Huhuhu, promot Pasar Tanjung lak! Saya takde share langsung dengan pengurusan Pasar Tanjung okeh! :P).

Hanya mampu tangkap gambar camni... Malas nak seberang jalan untuk dapatkan full picture of this building!

Pemandangan apabila melangkah masuk Pasar Tanjung.

Perghhhh!!! memang rambang mata tengok kiri kanan amplang pelbagai jenis berlambak! Rasa macam nak borong semuanya bawak balik KK. Yela sekali sekala dapat pegi Tawau, perlulah dimanfaatkan kesempatan tersebut!

Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan IKS tempatan.

Kat pasar ni, bukan setakat jual amplang saja okeh! Macam-macam produk IKS tempatan, mostly produk makanan laut memandangkan Tawau merupakan bandar di tepi pantai. Jadi hasil laut, banyaklah jual kat pasar ni. Betul tak orang Tawau?!

Udang Tawau, 1kg  RM45... Harga yang terpapar adalah pada September 2011.

Pada pendapat saya, harga amplang kt Tawau ni murah sikit dari kat Kota Kinabalu. Rasa pun lagi sedap dari amplang KK. Tapi tak tau la pendapat orang lain. Masing-masing punya tekak!

Tapi menurut saudara saya kat Tawau yang bawak kami ke Pasar Tanjung ari tu, kalau beli kat kilang pemprosesan amplang ni, boleh dapat lagi murah! Tapi masa tu tak dan nak pegi kilang tu sebab kelam kabut nak kejar flight balik KK malam tu jugak! Anyway, orang Tawau, sapa tau berapa harga amplang tu kalau beli terus kat kilang pemprosesan amplang tu eh?! Mana tau ada rezeki lain kali leh datang Tawau bawak keta lak! Bolehlah borong gila-gila masa tu! Waweeeee!!!!

Antara yang sempat diborong...

Ikutkan hati, nak borong banyak lagi. Tapi sebab naik flight, adeh satu hal lak. Sat lagi bagasi over limit lak!

Okeh, ni saja bingkisan dari Tawau, Sabah.


Friday, March 09, 2012

Cara Memagar Rumah Baru Daripada Gangguan Jin/Makhluk Halus

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Just a short entry yang ingin saya kongsi dengan para pembaca sekalian...

Sebelum menduduki rumah baru, disarankan untuk kita memagar rumah kita untuk melindungi rumah kita daripada gangguan jin untuk kesejahteraan penghuninya.

Cara berikut saya petik dari rancangan Usrah 2012 TV9 topik Misteri Hantu yang dikongsikan oleh Ustaz Muhamad Abdullah berdasarkan hadis-hadis sahih:

  1. Baca keseluruhan Surah Al-Baqarah di dalam rumah. Surah tersebut tidak perlu dihabiskan dengan sekali bacaan sahaja. Boleh dibaca ayat demi ayat dan dihabiskan dalam masa seminggu ataupun sebulan.
  2. Membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi di setiap penjuru rumah, kemudian pada daun pintu dan diakhiri dengan di muka pintu utama rumah dan diniatkan untuk melindungi rumah kita daripada gangguan jin dan syaitan.


Untuk pembacaan lanjut, boleh tengok dalam entri berikut:
  1. SIHIR
  2. FAKTA JIN